Posted by: Mohd Nor Adzim Shaari | September 20, 2009

Salam Eidul Mubarak!

selamat_hari_raya

Assalamualaikum kepada semua teman dan para pengunjung!

Dalam kesempatan di pagi Raya ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang tetap menyokong usaha saya. Apa yang penting segala kritikan membina daripada anda semua, akan saya baiki dari semasa ke semasa. Oleh itu, saya memohon maaf kepada anda sekiranya ada dalam penulisan saya ini yang membuat hati anda terasa sakit atau kekurangan maklumat dalam penulisan ini, saya mohon seribu kemaafan. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah supaya segala jasa baik anda semua di balas oleh-Nya sesuai dengan apa yang kita telah lakukan demi dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui. Tidak lupa juga, natijah dari bulan Ramadhan yang lepas, seharusnya menjadi titik permulaan perubahan kita dalam jalan kebenaran ini, jalan yang diredhai Allah s.w.t serta menjadi batu loncatan kepada kita untuk mengubah dunia ini kepada Islam seluruhnya, insya -Allah.

Sekian, Salam Lebaran, Salam Eidul Mubarak dan teruskan perjuangan serta Istiqamah dalam menggengam janji dengan-Nya!

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)


Posted by: Mohd Nor Adzim Shaari | September 19, 2009

An-Nahl: 11

Petunjuk buat semua manusia.

Petunjuk buat semua manusia.

“Dengan (air hujan) itu Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir” (An-Nahl: 11)

Renungan kita hari ini, dalam hari Ramadhan yang terakhir buat kita pada tahun ini. Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa hanya Allah s.w.t yang berhak mengizinkan seluruh tumbuh-tumbuhan untuk hidup mahupun mati, bukan kita! Ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa kekuasaan Allah sahaja yang mampu untuk memberi kehidupan kepada yang diizinkan oleh-Nya. Apatah lagi cuba menyalahkan benda atau perkara lain sekiranyan impian mereka itu tidak tercapai.

Sebagai manusia, kita hanya mampu untuk mengusahakan sahaja dengan tangan dan usaha diri kita sendiri. Malah, Rasulullah s.a.w sendiri pernah menyebut bahawa rezeki yang diusahakan oleh tangan atau diri sendiri adalah lebih baik dari rezeki yang diperoleh daripada orang lain. Kita juga banyak melihat contoh-contoh terbaik daripada kalangan orang-orang beriman dalam menguruskan rezeki mereka. Contohnya, Saidina Abdul Rahman Bin Auf, yang mana profesion beliau sebagai usahawan di pasar Madinah ketika zaman baginda s.a.w dan hasil yang diperolehi oleh beliau telah menunjukkan kepada kita bahawa seorang Muslim mampu melakukannya. Usaha yang menjadi ukuran bagi kita, bukan sebab lain.

Akhir sekali, dalam penciptaan Allah itu ada pengajaran bagi kita untuk memkirkan kebesaran-Nya, kekuasaan-Nya dan betapa kecilnya kita berbanding segala kekuasaan Allah di dunia ini.

Salam Ingatan buat semua…

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Posted by: Mohd Nor Adzim Shaari | September 17, 2009

Mengharungi Cabaran Baru

Penulis bergambar di hadapan Replika unik di KLCC.

Penulis bergambar di hadapan Replika unik di KLCC.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat meningkatkan amalan dalam tiga malam terakhir dalam Ramadhan tahun ini.

Alhamdulillah, kita masih di beri peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba-Nya di atas muka bumi ini yang penuh dengan rahmat dan berkah. Kali ini saya cuba mengupas tajuk yang agak ‘gempak’ di atas dari sudut sebagai mahasiswa harapan di negara ini. Umumnya, semua tahu bahawa setiap manusia telah disusun oleh Allah s.w.t untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam kehidupan, tidak kira dari sudut mental mahupun fizikal, semua manusia tidak terelak dari cabaran yang telah disusun-Nya. Saya tidak mahu mengupas tajuk ini dengan panjang lebar kerana saya perolehi idea ini pun dari ucapan yang mudah daripada seorang hamba Allah. Baca Lagi…

Posted by: Mohd Nor Adzim Shaari | September 14, 2009

Program Semai Kasih 2009: Memupuk Keprihatinan Sejagat

Program Semai Kasih 2009: Memupuk Keprihatinan Sejagat.

Program Semai Kasih 2009: Memupuk Keprihatinan Sejagat.

“Siapa yang tidak mengasihi manusia, tidak dikasihi Allah” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ramadhan adalah bulan pesta, pesta untuk hamba-hambaNya beribadah. Namun, masih ada hambaNya yang tidak mengambil peluang yang luas ini. Apa yang menyedihkan kepada kita ialah ada segelintir masyarakat kita tidak menghormati akan kemuliaan bulan ini dengan mengadakan ‘pesta-pesta’ yang bertentangan dengan syara’! Hal ini telah menimbulkan kebimbangan kepada diri saya sebagai hambaNya terhadap umat ini… Baca Lagi…

Posted by: Mohd Nor Adzim Shaari | September 11, 2009

Menziarahi Kawan, Menghulurkan Bantuan

Bersama rombongan Ziarah daripada PRU USIM

Salam Ramadhan kepada semua!

Alhamdulillah, Allah s.w.t terus memberi saya semangat untuk menulis walaupun di bebankan beberapa tanggungjawab sebagai Hamba-Nya. InsyaAllah, saya akan terus update beberapa peristiwa lepas yang saya alami, yang mana mungkin boleh memberi ‘ibrah(pengajaran) kepada kita semua.

Sebelum kita memasuki bulan Ramadhan yang mulia ini, saya telah dikejutkan dengan satu peristiwa yang mana saya sendiri pun tak sangka. Namun, ini semua adalah ketentuan Ilahi, dan yang pasti ada hikmahnya.. Peristiwa yang mengejutkan tersebut adalah kejadian rumah kampung terbakar di kampung rakan saya. Pada mulanya saya hanya menyangka rumah yang terbakar itu adalah rumah yang sudah tidak diduduki, namun jangkaan saya meleset kerana rumah kampung yang terbakar tersebut adalah rumah kampung rakan saya sendiri. Innalillahi wa inna hirajiunBaca Lagi…

Posted by: Mohd Nor Adzim Shaari | Ogos 24, 2009

Ahlan Ya Ramadhan!

Kami sangat menantikanmu!

Kami sangat menantikanmu!

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana masih memberi peluang kepada saya untuk menulis dan kekal dalam bidang penulisan ini. Walaupun tidak selalu menulis, namun keinginan yang berterusan telah memberi peluang kepada saya untuk kembali mengasah bakat dalam penulisan. Kepada teman dan pengunjung yang setia, saya mohon maaf kerana tidak dapat mengeluarkan isu yang baru pada setiap minggu atau setiap hari, saya minta maaf. Saya akan cuba perbaiki diri saya. Hurm, dalam masa yang panjang tidak menulis, banyak input yang diperolehi dan saya akan cuba menjadikan output kepada anda semua, insyaALLAH.

Ramadhan telah kembali dan kita seharusnya mengalu-alukan kedatangan bulan ini. Hal ini kerana terdapat banyak hikmah dan pengajaran serta ganjaran dalam bulan ini. Saya tidak berniat nak menulis atau menyenaraikan amalan-amalan yang afdhal dalam bulan ini, apa yang saya ingin katakan disini hanyalah mengajak diri saya sendiri dan anda semua untuk memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu” (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai’e dan Baihaqi).

Ringkas dan mudah unjuran daripada Rasulullah s.a.w sendiri kepada kita. Tegakkan Ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan agar ganjaran pengampunan daripada Allah s.w.t akan diperolehi oleh kita. Maka, Bangkitlah Kita! Melaksanakan Ramadhan sehabis baik pada tahun ini!

“Ramadhan tahun ini MESTI lebih baik dari Ramadhan yang lepas”

Selamat berIbadah semua!!!

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Posted by: Mohd Nor Adzim Shaari | Julai 8, 2009

Malam Realitinya Ilusi: Hanya Gerhana Bukan Terbenamnya Matahari

Malam+Realitinya+Ilusi+2009

Jom kita meramaikan Majlis Ilmu ini!

Posted by: Mohd Nor Adzim Shaari | Mei 29, 2009

Selamat datang ke Negeri Sembilan, wahai Pemuda Melaka

Pemuda Melaka

Selamat datang di ucapkan kepada Pemuda dari Melaka ke Negeri Sembilan!

Alhamdulillah, kerana ikatan Aqidah yang jitu dan kukuh, kita telah berjumpa dalam satu pertemuan yang memang Allah telah rancangkan untuk kita bertemu. Apabila melihat kembali pertemuan yang penuh kasih sayang ini, saya terkenang bagaimana kehidupan para sahabat r.anhum ketika mereka menyambut junjungan besar mereka, Nabi Muhamad s.a.w di Madinah Al-Munawarrah. Sambutan yang penuh girang dan laksana matahari yang mekar memancar di ufuk timur. Baca Lagi…

Posted by: Mohd Nor Adzim Shaari | Mei 18, 2009

KBAZ, mengumpul mujahid dan mujahidah muda di Malaysia

Saya bersama teman, Fadhil

Saya bersama teman, Fadhil

Assalamualaikum w.b.t kepada semua,

Pada 9 Mei 2009 yang lalu, telah berlangsungnya satu persidangan ilmiah yang dianjurkan oleh Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Konvesyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) telah menghimpunkan seramai 3000 orang peserta, kebanyakan terdiri daripada kalangan pemuda-pemudi dari seluruh pelosok tanah air. Tema yang dipilih adalah satu pendekatan terbaru daripada pihak penganjur yang mahu membawa satu dimensi baru kepada masyarakat Malaysia, khususnya pemuda-pemudi di Malaysia. Tema yang cukup optimistik diberi oleh pihak penganjur adalah sebahagian usaha murni untuk menyampaikan satu mesej kepada belia di Malaysia adalah bahawa agenda yang didokong oleh mereka yang menentang kekuasaan Allah akan tumbang akhirnya! Agenda Zionis akan berakhir walaupun ketika ini kita melihat agenda mereka ’seakan-akan berjaya’…namun sebenarnya TIDAK!

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai konvesyen ini kerana memang tidak cukup dengan penulisan di alam maya ini mampu menjelaskan kepada anda semua. Namun, panelis yang dijemput, Dr.Azzam Tamimi, Dr.Mohsen Soleh dan Dr. Roslan Mohd Nor, telah menemukan kepada saya satu kesimpulan yang sangat berharga buat kita semua. Apa yang kita mahu lakukan iaitu mahu menamatkan agenda jahat ini adalah bermula dari DIRI KITA SENDIRI, BUKAN ORANG LAIN. Ringkasnya, semua yang kita rancangkan mestilah di mulakan daripada diri kita sendiri kerana itulah yang telah diajarkan oleh Baginda Rasul s.a.w dalam sirah Baginda. Bukan diri Baginda yang mengubah para sahabat r.anhum ketika itu, tetapi diri para sahabat r.anhum sendiri yang terkesan dan tersedar dari lamunan tidur yang panjang untuk berubah ke arah sinar yang terang di sana…

Apa yang pasti dalam konvesyen ini, saya dapat melihat kumpulan mujahid dan mujahidah di Malaysia yang akan membawa pembaharuan di negara Malaysia ini boleh bersatu!!

Peserta berpusu-pusu ke KBAZ

Peserta berpusu-pusu ke KBAZ

Mujahid yang hadir

Mujahid yang hadir

Penuh dan Komited

Penuh dan Komited

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)


Posted by: Mohd Nor Adzim Shaari | Mei 2, 2009

Kembara Perak

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Hurm…sudah lama agaknya aku ini tidak merantau ke negeri orang.. Namun, Alhamdulillah, Allah telah kurniakan rahmat dan peluang kepada ku untuk melangkah ke negeri Perak pula..

Ya, pada 26 April yg lepas, aku bersama teman-teman seperjuangan meluangkan masa untuk mengembara dan merantau ke negeri orang, negeri Perak. Kesempatan ini di ambil sepenuhnya oleh aku untuk menambah kefahaman dan memahami realiti kehidupan ummah sekarang. Baca Lagi…

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

kategori