Taubat Nasuha

solah-1.jpg

Para Alim Ulama berkata:

” Mengerjakan Taubat itu hukumnya wajib dari segala macam dosa. Jikalau kemaksiatan itu terjadi antara seseorang hamba Allah dengan Allah s.w.t sahaja, yakni tidak ada hubungannya dengan hak seseorang manusia yang lain, maka untuk bertaubat itu harus menepati tiga syarat iaitu: Pertama; hendaklah menghentikan sama sekali seketika itu juga dari kemaksiatan yang dilakukan, kedua; supaya merasa menyesal kerana telah melakukan kesalahan(kemasiatan) tadi dan ketiga; berniat tidak akan mengulangi perbuatan maksiat tersebut selama-lamanya. Jikalau salah satu dari tiga syarat tersebut yang di atas tertinggal maka tidak sah taubatnya”

Huraian di atas saya ambil dari kitab Riyadhus Solihin, karangan Imam Nawawi. Saya cuma mengambil bahagian taubat kita dengan Allah dahulu untuk artikel kali ini, manakala bagi taubat kita yang bersangkut paut dengan menusia, insyaALLAH akan saya ulas dalam artikel yang lain. Ok, melalui keterangan di atas, kita dapat faham bahawa bertaubat itu wajib bagi segala dosa dan terutamanya antara kita dengan Allah s.w.t. Tidak kira besar atau kecil, kita wajib bertaubat kerana kita mesti membersihkan hati kita ini sentiasa supaya bintik-bintik hitam yang ada dalam hati kita itu tidak akan menguasai hati kita. Saya, juga anda wajib melakukannya apabila kita melakukan dosa, apatah lagi kita ini bukannya maksum. Ingatlah, Nabi s.a.w bersabda:

“Dalam Hati ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruhnya dan Apabila rosak daging itu, maka rosaklah daging itu. Ketahuilah, daging itu adalah hati”.

Lihat, junjungan besar kita telah mengungkapkan kepada kita betapa pentingnya menjaga hati. Salah satu caranya adalah dengan kita sentiasa bertaubat, memastikan diri kita ini tidak bongkak, sombong dan ego dengan kejayaan kita selama ini. Walaupun kita seorang da’i, taubat itu penting dalam memastikan sifat-sifat tadi tidak terlekat dalan diri kita, kerana kita adalah DA’I!

Bertaubat antara Kita dengan Allah s.w.t

Mari kita selami dan ungkaikan satu persatu syarat taubat ini :-

1. Hendaklah kita menghentikan sama sekali ketika itu juga dari kemaksiatan yang dilakukan.

    Keterangan : Apa yang kita perolehi dari syarat pertama? Jangan bertangguh! Saudara, kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita melakukan dosa tapi tiba-tiba kita teringat bahawa kita melakukan dosa… Namun, ramai di kalangan kita akan kata “Eh? Aku buat salah tadi… Hm, tak pa la, umur aku panjang lagi… Nanti-nantila, kita enjoy dulu hidup nie. Dah tua, barula aku nak pi masjid, waktula aku bertaubat ” Hm, itulah kata-kata yang akan keluar, tidak kira di hati atau di mulut. Allah s.w.t berfirman :

” Dan Allah tidak akan menunda ( kematian ) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan ” (Al-Munafiqun:11)

Mati tidak kira umur, saudaraku!

2. Hendaklah kita merasa menyesal kerana telah melakukan dosa( kemaksiatan )

     Keterangan: ‘ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna ‘. Inilah yang akan berlaku kepada mereka yang tidak ada rasa langsung menyesal tentang dosa(maksiat) yang mereka lakukan. Kebanyakan yang termasuk dalam golongan ini adalah orang-orang Kafir, munafiq serta mereka yang menangguh-nangguh untuk beriman. Tak payah kita pi jauh, tengok, lihat, dan tadabbur dalam kitab yang kita selalu baca, kita pemisah al-haq dan al-batil… Golongan-golongan inilah yang menyesal di akhirat sana tetapi ‘ nasi sudah menjadi bubur ‘. Maka, saudaraku, apabila kita bertaubat, menangislah sepuas-puasnya kerana Jibril a.s pernah berkata :

” Air mata yang menangis kerana Allah s.w.t akan memadam api neraka di akhirat nanti “.

Menyesal lah atas apa dosa yang dilakukan sebelum bertaubat.

3. Hendaklah kita berniat tidak akan mengulangi perbuatan dosa(maksiat) itu selama-lamanya.

     Keterangan: Saudara, apabila kita sudah bertaubat, kita mesti berazam tidak akan mengulanginya malah kita akan ucap ‘ Selamat Tinggal kisah silamku ‘. Itulah ucapan yang akan terungkap apabila seseorang itu bertaubat dengan seseungguhnya terutama di kalangan para da’i. Kita akan delete sama sekali dosa kita, dan we will not turning back!. Kita akan  format diri kita sebagai mana kita mengformat laptop atau desktpo kita. Maka, insyaALLAH, terlahirlah kembali bayi-bayi yang tidak berdosa ke dunia ini dalam menempuh kehidupan ini.

# Jikalau satu syarat di atas tidak dipenuhi maka tidak sah taubatnya

Saudara,

Ibarat kita solah, tidak sah sekiranya tidak cukup rukunnya, sama juga seperti puasa, apabila rukunnya tidak dipenuhi maka tidak sah puasanya. Oleh itu, taubat juga kita wajib ikut syaratnya supaya taubat kita diterima dan tidak menjadi perbuatan yang sia-sia apabila kita lakukannya. It’s so simple… tapi sudah berapa kali kita lakukan dalam kehidupan kita ini???

Sehari sekali?

Seminggu sekali??

Sebulan sekali???

atau setahun sekali?????

Anda yang mengetahuinya…

solah.jpg

Saudaraku,

Zaman kita ini penuh onak dan duri dari pelbagai aspek. Onak di rumah, onak di tempat kerja atau onak di tempat belajar, boleh kata di mana-mana sahaja. Sebagai manusia pula, kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Oleh itu, mohon ampulah kepada Allah s.w.t , yang Maha Pengasih, yang Maha Penyanyang lagi maha pengampun. Bertaubatlah apabila kita melakukan dosa, jangan bertangguh lagi.

Allah s.w.t berfirman :

Dan bertaubatlah engkau semua kepada Allah, hai sekalian orang Mu’min, supaya engkau semua memperoleh kebahagiaan.” (an-Nur: 31)

Kebahagiaan akan kita perolehi apabila hati kita ini terpaut hanya kepada-Nya, bukan pada harta, keluarga atau pengkat. Tapi, dengan-Nya dan hanya dengan-Nya kita berserah…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s