Kejora Sinar Zaman

Kumpulan Rabbani

” (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un’ (sesunggunya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” ( Al-Baqarah: 156 ).

Kejora Sina Zaman. Demikianlah lagu yang begitu menusuk hati ini. Lagu ini yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid tanah air kita yang begitu popular iaitu Rabbani. Saya sangat meminati kumpulan ini. Bukan kumpulan nasyid lain saya tak minat, namun terdapat satu ‘tarikan’ istimewa dalam kumpulan ini. ‘Tarikan’ yang kini hanya tinggal kenangan, hanya boleh di dengari melalui rakaman-rakaman mereka yang lalu. Tidak lagi kita dengar ‘tarikan’ ini secara ‘live’ dalam corong-corong radio mahupun di kaca televisyen. Beliau yang saya maksudkan adalah Allahyarham Ustaz Mohd Asri b. Ibrahim. ‘Tarikan’ yang telah meninggalkan kita. Bertemu kekasih beliau yang hakiki, Allah s.w.t!

Saya sering mengulang-ngulang lagu ini dalam komputer saya. Bukan kerana ada ‘hantu’ dalam lagu ini, namun liriknya yang begitu menyedarkan hati saya yang lemah ini. Menghayati bait-bait lagu ini, dan saya tahu lagu ini di tuju khas buat Allahyarham. Setiap baris dan ayatnya begitu menyentuh serta menceritakan kepada saya tentang Allahyarham. Menjadikan saya seakan-akan hampir dengan beliau. Saya bukanlah peminat yang begitu mengenal beliau, mahupun pernah bersalaman dengan beliau. Namun, setiap lagu yang disampaikan oleh beliau sentiasa mengetuk pintu kalbu saya ketika saya alpa. Istimewanya, semua di kalangan kita akan mudah mengenali suara beliau apabila tersiar lagu-lagu yang dinyanyikan beliau bersama kumpulan Rabbani dalam radio mahupun kaca televisyen.

Tetap dalam ingatan, Allahyarham Ustaz Asri.

Namun, bukanlah ini tujuan utama saya menulis artikel ini. Saya mahu kita semua berfikir dan mungkin boleh buat perbandingan. Perbandingan antara yang benar dengan yang salah. Melihat perkataan Kejora di atas, apa yang anda semua dapat gambarkan? Saya tertarik dengan perkataan Kejora yang diguna pakai dalam tajuk lagu ini. Menurut Kamus Dewan edisi Keempat, Kejora bermaksud bintang atau planet yang nampak (terbit) pada waktu Subuh, bintang barat, bintang timur atau zuhrah. Manakala menurut guru Bahasa Melayu saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas (SMKAP), Puan Rosiah, beliau menakrifkan Kejora ini dengan maksud Bintang yang paling terang dan cantik antara bintang-bintang yang lain.

Jadi, sudah dapat apa yang saya cuba ceritakan?

Saya ingin anda semua memikirkan mengapa Kejora itu dipilih dalam lagu ini? Saya melihat bagaimana penulis lirik ini ingin menceritakan kepada kita bahawa orang-orang yang berusaha dalam Dakwah yang hanya dengan mendendangkan lagu-lagu berunsur peringatan kepada kita adalah seperti sinar mentari yang terang kepada kita. Menjelaskan mesej Islam dalam hiburan. Apatah lagi kepada mereka yang menyerahlan hidup nya untuk Dakwah ini! Contoh terbaik bagi kita ialah Nabi Muhammad s.a.w, laksana mentari terang yang mekar di dunia ini dengan membawa petunjuk hakiki kepada seluruh alam ini. Malah, tidak terkira banyaknya mereka yang menyerahkan segala-galanya untuk Islam. Harta, Jiwa malah Keluarga diserahkan bulat-bulat kepada Allah dan Rasul.

Antara tokoh yang perlu kita kenal ialah Sheikh Muhahideen, Abul Futuh Afify. Saya pasti ramai di kalangan kita tidak mengenalinya. Anda boleh ke laman Ustaz Abdul Halim Abdullah dalam senarai ‘rujukanku’ saya di blog ini. Beliau merupakan Pendakwah serta Pejuang yang memahami Islam sebenar. Berjuang dalam peperangan membebaskan Palestin dan kini beliau telah kembali menemui Allah s.w.t. Bertemu dengan Allah dalam keadaan mulia, memperjuangkan kebenaran di atas dunia ini. Sama juga seperti Allahyarham Ustaz Asri. Berusaha membawa sinar Islam ini dengan lagu yang menyemai rohani kepada umat Islam di Malaysia ini. Malah, mungkin sudah ada di kalangan muallaf (saudara baru masuk Islam) yang masuk Islam kerana lagu yang disampaikan oleh beliau dan Rabbani. Menjadi peringatan kepada kita bahawa adakah kita boleh berbangga dengan diri kita sekarang, yang mungkin sama sekali jauh jika hendak dibandingkan dengan mereka yang telah pergi?

” Hanya kepada-Nya kamu semua akan kembali. Itu merupakan janji Allah yang benar dan pasti. Sesungguhnya Dialah yang memulai penciptaan makhluk kemudian mengulanginya (menghidupkannya kembali setelah berbangkit), agar Dia memberi balasan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dengan adil. Sedangkan untuk orang-orang kafir (disediakan) minuman air yang mendidih dan seksaan yang pedih kerana kekafiran mereka.” ( Yunus: 4 ).

Nah, inilah bukti kepada kita bahawa setiap daripada kita akan menemui-Nya. Janji yang benar, tidak diragukan lagi. Maka, pilihan di tangan anda. Mati dalam keadaan benar mahupun mati dalam keadaan kekafiran! Kita semua akan di adili-Nya dengan seadil-adil bila tiba masanya nanti.

Selain itu, kita melihat mereka yang benar pada jalannya di atas dunia ini, akan sentiasa di ingati malah di sebut-sebut oleh kebanyakan orang. Perjuangan yang di bawa oleh mereka sentiasa akan di sambung oleh generasi baru yang memahami tuntutan kebenaran ini. Kita lihat bagaimana As-Syahid Imam Hasan Al-Banna yang syahid pada usia yang  sangat muda telah meninggalkan generasi Ikhwanul Muslimin yang sehingga hari ini masih thabat dalam jalan yang di bawanya. As-Syahid Sheikh Ahmed Yasin, pejuang yang tidak kenal erti lumpuh, terus segar visi yang di bawa beliau kepada generasi HAMAS yang baru. Malah, perjuangan Allahyarham Ustaz Asri dalam industri nasyid tanah air tetap di sambung oleh ahli kumpulan Rabbani yang lain. Mereka tidak berpecah, malah meneruskan dengan penuh keyakinan. Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa setiap kebaikan akan terus menjadi ikutan dan betapa pentingnya kepada kita untuk menyediakan generasi yang satu hari nanti akan memimpin dunia ini. Generasi yang membawa harapan dengan iman dan taqwa kepada-Nya.

Di bawah ini saya sertakan sedikit lirik lagu Kejora Sinar Zaman yang dinyanyikan oleh kumpulan Rabbani.

Lirik lagu Kejora Sina Zaman:

Engkaulah Kejora Sinar Zaman

Menginsafi Rohani

Merdu mengalun Rima

Bermadah dari hati

Menyemaikan Cinta Maha Esa

Meniupkan kesyahduan-Nya

Tetap meneruskan perjuangan!

Buat kita semua, sentiasa memantapkan amalan dan istiqamah dengan amalan yang menjadi kebiasaan kita. Biarlah sedikit namun ada nilai di sisi Allah s.w.t. Selamat Meningkatkan Diri!

Rujukan:-

1. Al-Quran dan Terjemahan.

2. Ustaz Abdul Halim Abdullah. 2010. http://inijalanku.wordpress.com/2010/04/25/syeikh-mujahideen-abul-futuh-afify-ke-rahmatullah/.

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

About these ads

4 thoughts on “Kejora Sinar Zaman

  1. bukan mudah untuk melahirkan generasi baru yg mengikut perjuangan kita.
    dan Allahyarham Ust Asri telah berjaya melahirkan ramai pemuda yg memilih utk berdakwah sbgaimana yg telah beliau lakukan..

    itu beliau, bgaimana dgn kita?
    terus usaha! mantapkan amal! pastikan istiqamah!
    ~Membina Generasi Harapan.,.

    • Mohd Nor Adzim Shaari says:

      Ya, setuju dengan saudara.

      Ramai di kalangan kita yg masih dalam samaran duni, penuh godaan nafsu. Seharusnya bagi kita menterjemahkan perubahan kepada Generasi dengan beramal, dan bukan lagi menanti sesuatu ‘miracle’ untuk berubah. Allah sendiri melepaskan tanggungjawab perubahan pada sesuatu kaum itu dengan kaum itu sendiri yg mahu berubah. Maka, keputusan perubahan itu terletak di atas tangan kita, bukan dengan sesuatu yg belum pasti.

      Jzkk saudara.

      -adzim shaari-

  2. qainah says:

    MasyaAllah..mmg Allahyarham mmpnyai bakat yg sgt istimewa, sesiapa yg mndgr alunan suaranya psti mngkagumi, bkn setakat dlm industri nasyid, malah pndai jg brtarannum. Jasa n pengorbanan bliau dlm brdakwah mlalui nasyid patut dikagumi n diteruskn. nmun bgi2, ank2 melayu skrg sdg hanyut dgn lagu2 yg lbh ‘rancak’, ‘seronok’, n x krg jg mnjdikn artis2pujaan sbg idola. Ya, mmg kta sdg diuji.. hyati dialog dlm surah an-Naml ayt 47 ‘Mereka menjawab: “Kami mendapat nasib yang malang, disebabkan kamu dan orang-orang yang besertamu.” Shaleh berkata: “Nasibmu ada pada sisi Allah, (bukan kami yang menjadi sebab), tetapi kamu kaum yang diuji.” Cuba kaitkn prstiwa ini dgn ank2 mda skrg..cra hdp Islam dianggp menyushkn, n cba menyalhkn org yg mnyampaikn kbnrn. pdahal cra hdp mrk yg dianggp ‘up 2 date’ n ‘trendy’ i2 yg sndrinya mnyushkn mrk..kesimpulannya, kta prlu mncntohi usaha murni Allahyarham yg berusaha menarik minat ank mda melalui muzik, sekian.

    • Mohd Nor Adzim Shaari says:

      Ya, setuju ngan saudari. Zaman muda sekarang penuh dengan keseronokan pada hiburan semata-mata, namun sudah hilang usaha2 mendidik hati dan diri anak2 muda sekarang. Selaku orang yg muda ketika ini, saya merasakan terpanggil bersama-sama dengan rakan-rakan yg ingin melihat sinar kejora ini kembali menyinar di bumi Malaysia ini. Bukanlah kerana seseorang individu itu kita berubah, tetapi kerana kita faham dengan tabiat beragama ini. Hal ini yg penting dalam memastikan kefahaman Islam yg benar dapat diberikan kepada muda-mudi zaman sekarang.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s