Salam Perkenalan

Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara”(49:10)

Inilah ungkapan agung dalam kitab kita yang yakini dan imani.

Assalamualaikum w.b.t. , salam perkenalan kepada semua yg menziarahi dan melewati blog saya ini. Ini merupakan kali pertama saya menulis secara rasmi dalam blog saya sendiri. Sebelum ini, saya banyak menulis dalam blog ‘Friendster’ saya. Oleh sebab dorongan dan tunjuk ajar kawan-kawan saya, saya cuba menulis dalam blog saya sendiri. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menulis jua. Terima kasih kawan-kawan…..

Dalam tulisan pertama saya, saya mengutip ayat al-quran dari Surah Al-Hujurat yg cukup ‘familiar’ di kalangan kita. Ayat ini sering saya ungkapkan serta memberi komentar dalam ayat ini. Banyak pengertian yang kita boleh ambil dan kutip dari mutiara wahyu-Nya. “Bersaudara”, sering kita cakap dan bualkan di kalangan mereka yang sedarah dengan kita. Tetapi kita tidak sedar bahawa di dalam Islam bersaudara cukup ‘Besar‘ pengertiannya. Dalam Islam, bersaudara itu tidak terbatas di kalangan saudara kita tetapi ianya tiada sempadan (no boardest). Ianya ditunjangi oleh kalimah agung kita, La ila ha illa ALLAH, muhammadur Rasullulah. Kadang-kadang kita lupa, biasalah Insan. Namun bagi kita yang menghayati Islam dan mengamalkannya, ia merupakan satu perkara penting dalam kehidupan kita.

Saudara itu bukan sahaja yang mempunyai talian darah dengan kita, tetapi juga mereka yang sama-sama mengimani, mempercayai, serta menyintai sesama mereka kerana aqidah yang kita yakini. Iaitu,kalimah syahadatain. Inilah Islam, indah dan mempersonakan penganutnya. Namun, masih ada antara kita tidak faham dan kurang meyakini agama kita ini. Jadi, moleklah kita yang memahaminya berkongsi, memberitahu kepada mereka bahawa inilah Islam. Saudara yang kita cintai adalah mereka yang mengucapkan kalimah syahadatai ini. Kalimah yang menyatukan, kalimah yang mempersaudarakan kita dengan umat Islam di seluruh dunia. Inilah yang kita perlu yakini dan imani.

Rasanya cukuplah komentar saya pada kali ini. Saya tinggalkan sepotong hadis kepada anda semua supaya menjadi renungan kita pada masa depan.

” Tidak beriman seseorang itu sekiranya mereka tidak cintai saudara mereka seperti mana mereka mencintai saudara mereka sendiri” ( Sohih Bukhari )

Renungkan, salam perkenalan.

menziarahi Ustaz Yahaya B. Nayan di Jitra,Kedah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s