Riadhah,satu kemestian bukan satu pilihan!

Akal yang sihat datang dari badan yang cergas

Inilah ungkapan ulung dari Bahasa Arab. Ungkapan ini sering digunakan kepada mereka yang kurang beriadhah. Ramai antara kita mengatakan terutamanya bagi mereka yang kuat belajar bahawa sukan atau riadha ini satu pilihan bagi membentuk tubuh badan yang cergas. Ini tidak benar!Malah beriadhah itu akan menyeimbangkan kecerdasan minda dengan kecergasan badan. Acapkali kita lihat orang yang pandai dan cerdik sering duduk di dalam bilik sambil menelaah buku hingga tidak mahu keluar dari bilik. Mereka ini telah dilatih dan kebanyakan latihan itu daripada ibu bapa untuk fokus pada pembelajaran tanpa berkomunikasi dan latihan di luar bilik. Saya tidak nafikan bahawa masih ada ibu bpa mementingkan penjagaan tubuh badan yang baik serta kecerdasan otak yang mantap, tetapi fenomena ‘belajar sampai mati‘ ini bukanlah hanya menelaah dan melakukan latihan minda semata-mata kerana otak kita ini akan lebih cerdas apabila seluruh fizikal kita ini seiring mengeluarkan usaha dalam membentuk diri kita yang cemerlang.

Ungkapan di atas saya petik kerana ketulusan ayatnya kepada kita bahawa betapa pentingnya jalinan minda dengan tubuh badan kita. Pepatah ini juga popular di kalangan golongan terpelajar. Namun,seperti di atas, masih ramai di kalangan kita tidak mengerti makna yang tersirat dalam ungkapan tersebut. Telah saya jelaskan di atas bahawa golongan cerdik pandai dan terpelajar haruslah memulakan langkah untuk ‘turun padang‘, beriadhah, bersukan sambil kita mensyukuri nikmat yang diberi-Nya kepada kita. Gunakanlah seluruh tubuh badan kita ini dalam mengharungi kehidupan yang penuh panca roba serta liku.

Saudaraku yang dikasihi,

Tajuk dipilih bukan tujuan memperli atau mengata seseorang individu atau kumpulan, tetapi ingin membuka minda juga ‘basirah‘ kita bahawa riadhah atau senaman itu cukup penting dalam mengimbangi kesihatan kita.          

Sabda Rasulullah s.a.w : “ Mukmin yang baik itu adalah di kalangan mukmin yang kuat

Lihat! Bagaimana Rasulullah s.a.w membayangkan mukmin yang terbaik itu datang daripada mukmin yang kuat. Kuat apa? Kuat fizikal dan mental. Contoh yang dapat kita ambil ialah Saidina Umar Al-Faruq, merupakan sahabat yang berani, sihat tubuh badan, cerdik serta kuat fizikalnya. Saidina Umar merupakan tentera Islam saff pertama kerana kekuatan dan keberaniannya dalam memerangi orang-orang kafir. Beliau bukan sahaja kuat dan berani malah cerdik. Kita lihat dalam zaman pemerintahan beliau, sistem pemerintahan makin bertambah baik, penguasaan umat Islam semakin luas kerana kecerdikan beliau dalam memerintah negara. Selain itu, Khalid Al-Walid yang digelar Saifullah iaitu Pedang Allah. Beliau merupakan mukmin terbaik kerana kekuatan dan keberaniannya dalam medan perang. Khalid Al-Walid juga bijak dalam memikirkan taktik perang ketika itu. Kita lihat sewaktu tentera Islam berperang dengan tentera Rom yang mana ketika itu Jeneral Islam sudah syahid, Khalid Al-Walid mengambil peranan untuk mengepalai tentera Islam ketika itu. Beliau menyusun kembali tentera Islam seakan-akan tentera Rom melihat tentera bantua Islam dari Madinah sudah tiba untuk membantu tetapi itu adalah taktik Khalid untuk mengelak kematian tentera Islam yang lebih ramai di medan perang. Contoh di beri ini bertujuan untuk mebuka bahawa mukmin terbaik itu bukan hanya pada mereka yang mepunyai minda yang cerdik, tetapi mukmin terbaik juga memerlukan fizikal yang cergas. Apa yang kita dapat ambil dari contoh-contoh di atas?

Kecergasan dan kesihatan!

Melalui apa?

Tidak dapat tidak : Riadhah!

Bagi kita, mungkin kita kata riadhah ini sampingan sahaja, atau lebih tepat lagi pilihan. Pada zaman modenisasi ini, kita lebih mementingkan pemakanan yang baik dan diet yang betul. Ya, penting tu!!! Tapi, tanpa tindakan dan refleksi daripada tubuh badan kita maka keseimbangan untuk kesihatan tubuh bdana kita akan terganggu. Cuba kita tanya artis-artis yang ‘sangat‘ kita puja sekarang… Bagaimana mereka menjaga kesihatan mereka atau lebih tepat lagi suara merdu mereka? Sudah tentu mereka akan kata senaman, sekurang-kurangnya 40 minit seminggu sekali. Kita? Senaman 5 minit sebulan sekali! Cukup ringkas, wahai kawanku.

Kita beriadhah bukan mengambil masa yang lama atau sehari suntuk, tetapi cukup 40 minit seminggu sekali seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan di kaca televisyen negara. Rakan Muda antara pertubuhan yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan rakyat Malaysia terutamanya belia untuk bersukan dan riadhah. Hal ini menunjukkkan kepada kita bahawa pentingnya kita melakukan senaman dalam mengekalkan kecergasa tubuh badan kita. Oleh itu, cuba kita ‘curi’ masa yang kita kata sibuk sangat tu untuk beriadhah walaupun 40 minit. Asalkan kita beriadhah…

Kesimpulannya, riadhah bagi kita, bagi seorang mukmin bukan satu pilihan tetapi satu kemestian dalam kelangsungan tarbiyyah diri kita bagi memastikan kita ini dilahirkan kuat tubuh badan. Sebelum saya akhiri tulisan saya kali ini, mari kita renung Sabda Rasulullah s.a.w ini :

Ramai manusia yang lupa akan dua nikmat iaitu nikmat masa lapang dan kesihatan

Majulah mukmin dengan kekuatan tubuh badan!

WaALLAHua’alam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s