Kembara Kita: Di Tanah Asal-Ku (1)…

maka bertebarlah kamu di bumi, carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung ” ( Surah Al-Jumu’ah:10)

Sudah lama saya tidak menulis dalam blog saya ini. Banyak kekangan waktu juga program yg mesti disertai. Maka, kemaafan dipinta daripada saya kepada anda semua. Sahabat-sahabat saya sudah mula bertanya, ‘ Mono, kau dah tak menulis lagi ker?’ Hmmm, pada mulanya saya tanpa berfikir menjawab ‘ Aku sibukla’. Mudah kan? Tapi, bila dikenang kembali beban yg dipegang sekarang ini sangat besar, maka saya mesti berusaha juga untuk menulis blog saya ini. InsyaAllah, dari semasa ke semasa saya akan update. Terima kasih sahabatku…

yg menyarankan umat Islam utk mengembara mencari, memerhatikan, menilai, muhasabah diri, mengkaji segala nikmat Allah yg cukup banyak, besar juga tidak terhingga. Oleh yg demikian, saya menjadikan ayat tadi sebagai dalil utama dalam menulis artikel berkaitan kembara saya di dunia ini.

Pada hari ini, saya telah menghadiri suatu mesyuarat berkaitan program untuk adik-adik tingkatan satu di sekolah lama saya, Sek. Men. Keb. Agama Pedas (SMKAP). Sahabat saya, Hakim Adzman dan Afizhi Atan telah menjemput saya dengan kereta kenari mereka di Nilai, tempat saya belajar sekarang. Kami bertolak dari Nilai dalam pukul 9.00 pagi. Sewaktu perjalanan, fikiranku melayang mengenang segala peristiwa yg sudah dilalui oleh saya. Saya banyak berfikir tentang ‘kembara’ yg sedang saya lalui, yg saya yakin perjalanannya masih jauh utk mencapai matlamatnya. Di tangan saya, adanya kitab ‘Al-Muntalaq’ karangan seorang ulama’ Iraq yg bernama Ustaz Muhammad Ahmad ar-Rashid. Ada juga saya membaca bebarapa perenggan dalam buku berkenaan sepanjang perjalanan…

Dalam beberapa perenggan tersebut, yg saya baca, beliau menceritakan ulama’-ulama’ dahulu yg berjuang utk menjulang agama ini. Beliau menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya ulama’-ulama’ tersebut mempertahankan agama Islam. Saya melayang sekali lagi, adakah aku seperti mereka? adakah aku boleh jadi seperti mereka? Hmmm, ketika itu juga fikiran saya kembali tertumpu pada perbicaraan kedua-dua rakan-rakan saya di hadapan. Mereka banyak menceritakan tentang dakwah, dakwah dan hanya dakwah. Semangat mereka menjulang-julang dalam perkembangan dakwah mereka di kalangan sahabat. Aku? Persoalan itu kembali menyentap perasaan saya. Aku masih baru, dan jauh ketinggalan di belakang jika hendak dibandingkan dengan mereka seperti awan mendung dengan awan cerah.

awan mendung

Hebatkan sahabat kita?

Dari perbualan mereka tersebut, sedikit sebanyak telah menaikkan kembali semangatku dalam mengharungi seterusnya menempuh jalan panjang ini. Ramai sahabat saya yg  memberi serta menegur sekiranya saya ada melakukan salah dan silap. Mereka di ibaratkan oleh saya seperti cermin kepada saya. Terima kasih sahabatku!

Sedar tak sedar, rupa-rupanya kami sudah tiba di ‘tanah asal kami’, ini apa yg dipanggil oleh saya sendiri. Tanah asal yg dimaksudkan adalah SMKAP, di mana di sinilah kami yg diibaratkan benih-benih baru dalam Islam, dibelai, dijaga, dibesarkan dengan siraman cahaya tarbiyyah yg benar dan sohih. Disinilah segala-galanya bermula. Kami terhutang kepada-Mu ya ALLAH, kerna memberi tempat terbaik bagi kami menerima kefahaman tentang agama-Mu ya ALLAH!

smkap

Kembara dan pertemuan ini telah mentautkan kembali hati-hati kami semula, sebagai hamba-Nya, kita mesti bersyukur atas segala nikmat iman dan ukhwah yg di bina. Kita lihat kembali ayat pada permulaan artikel ini, ” … ingatlah ALLAH banyak-banyak agar kamu beruntung “, memperingatkan kembali kepada kita kepada keesaan ALLAH itu di mana-mana, iaitu dengan berzikir akan kebesaran ciptaan-Nya. Dalam kembara ini banyak membuka mata saya yg kecil ini utk mengenal tuhan, ciptaan-Nya serta anugerah sahabat kepada kita. Nimat Islam itu tidak akan dapat diganti dengan apa-apa nikmat di dunia ini, yg mana manusia selalu agung-agungkan. Oleh itu, bersyukurlah dan bersujudlah kepada-Nya, tanda kita patuh dan taat kepada-Nya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s