Why are the drums so silent?

Hmmm,tajuk apa nie?

Saya mendapat ilham menulis tajuk ini selepas melihat rakaman International Islamic Fair 2006 (iif06) yg juga menganjurkan konsert ‘Souds of Islam‘. Tajuk ini sebenarnya adalah tajuk bagi sebuah lagu yg dinyanyikan oleh salah seorang penyanyi nasyid pada malam itu, iaitu Dawud Wharnsby Ali, berasal dari Kanada, seorang muslim. Saya agak tertarik pada tajuknya, kerana ia menggambarkan situasi umat Islam sekarang. Saya mula mengkaji lagu tersebut, dan masih dalam kajian sekarang ini. Namun, tuntutan utk menulis hubungan lagu ini dengan kehidupan kita sebagai muslim semakin memuncak apabila tiap kali saya mengulang lagu ini. Saya cuba menghayati lagu ini tiap kali saya ulanginya… dan semakin membuak-buak semangat saya utk berkongsi pandangan saya bersama tetamu saya di blog ini.

Tajuk ini, seperti yg saya katakan di atas, situasi yg sedang berlaku ke atas kita. Zaman di mana umat Islam itu lemah, bacul dan tidak berani bersuara mempertahankan agama suci ini. Inilah yg sedang berlaku. Kita dapat lihat dari beberapa peristiwa yg sudah berlaku kepada kita :

1.) Sehingga sekarang, umat Islam Palestin diseksa, dibunuh sesuka hati tanpa ada pembelaan terbuka daripada negara Islam lain utk membantu mereka. Kita hanya banyak menganjurkan persidangan, perjanjian tapi tidak ada satu tindakan yg boleh membantu mereka secara fizikal dan mental. Bukan saya kata tidak ada, tapi masih kurang…

2.) Kutukan dan Penghinaan orang kafir terhadap Rasul kita, Nabi Muhammad s.a.w. dalam filem pendek ‘Fitna’ hanya membawa kepada penyerahan memorandum dan demonstrasi aman di kedutaan-kedutaan mereka(org kafir) oleh umat Islam sendiri. Antara kita, masih kurang sensitiviti yg tinggi terhadap penghinaan ini seperti memboikot habis-habisan produk mereka @ melawan kembali apa yg mereka katakan terhadap agama kita.

Bukanlah niat saya utk melemahkan semangat mereka yg sedang mempertahankan agama suci ini, tetapi ini cuma peristiwa yg saya ambil sebagai pengajaran kepada kita supaya ramai di antara kita akan memahami ayat ini seperti saudara-saudara kita yg sudah memahaminya :

” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin itu, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka ” (At-Taubah:111)

Inilah kepercayaan saudara-saudara kita yg membawa ‘gendang‘ kita kembali bergema, yg mana sudah lama senyap di dunia ini. Gendang inilah yg mebawa cahaya suci ini kembali menerangi dunia ini laksana cahaya matahari yg terang benderang, menerangi segala penjuru dunia :

” Mereka hendak memadamkan cahaya(agama) Allah dengan mulut(ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya walaupun orang-prang kafir membencinya ” ( As-Saff:8 )

Nah! Inilah sepatut kita yakini bahawa agama ini tidak akan padam malah tidak akan sekali-kali padam kerana inilah janji-Nya :

” Dan mereka(orang-orang kafir) membuat tipu daya(perancangan) , maka Allah pun membalas tipu daya(perancangan) itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya(perancangan) ” (Ali-Imraan:54)

Sekali lagi, Allah itu Maha Kuasa. Dialah yg mengatur segala perancangan di dunia ini, bukan hamba-Nya! Dialah maha sempurna dalam menentukan hala tuju dunia ini. Namun, Allah tidak akan mengubah dunia ini tanpa contribution daripada hamba-Nya. Kita merupakan medium atau khalifah yg telah dipertanggungjawabkan oleh-Nya utk membentuk dunia ini seperti yg tercatat dan termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.

Sirah telah membuktikan kepada kita bahawa kejayaan Islam itu seharusya dimulakan dari asas, iaitu Aqidah. Aqidah hendahlah diperkasakan supaya gendang itu tadi kembali bergetar sedikit demi sedikit sehingga pada satu tahap getarannya itu menggegar pelosok dunia. Inilah yg kita impikan, kita impikan mukmin yg Aqidahnya sohih supaya dunia ini kembali disinari oleh cahaya-Nya…

” Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dengan hanya mengatakan ‘ Kami telah beriman’ dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yg benar dan pasti mengetahui orang-orang yg dusta ” (Al-Ankabut:2-3)

Inilah ujian yg sedang menimpa kita. Mengembalikan getaran gendang yg dulunya mengemparkan dunia dengan kelantangan dalam kebenaran dan keteguhan mempertahankan agama suci ini. Inilah matlamat kita di dunia ini…

” Dan tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan mereka beribadah kepadaKu” (Adzzariyat:56)

 

One thought on “Why are the drums so silent?

  1. assalamualaikum..
    urm..xpape komen sgt but kalo azim boleh sertakan lirik yg azim maksudkan tu, tjuk ni bleh jdi lagi best.. so, ape kata azim sertakan je la tat lyrics..bleh share2…;p

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s