Kembara Kita: Kembali ke Tanah Asalku (2)

 

Alhamdulillah, pada 25-27 April lalu satu program telah dianjurkan di Sek. Men. Keb. Agama Pedas(SMKAP)… Tanah asalku… Kami sebagai bekas-bekas pelajar SMKAP berbesar hati untuk memberi sedikit sumbangan kepada mereka, adik-adik tingkatan satu. Dalam program tersebut, yg dikepalai oleh akhi Hakim Adzman bertemakan Akhlak yg berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah telah menjalankan pengisian yg bermanfaat kepada mereka. Antaranya Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Physical Training, ‘Sungai Asid’, Penghafalan, Ceramah, Tayangan, dan Qiamullail…

menarik ka, tidak! Saya ingin bercerita apakah isi yg saya boleh ambil utk saya berkongsi bersama pelawat sekalian… Pada hari pertama, saya tiba lewat kerana masalah pengangkutan di Seremban. Saya menelefon kepada akhi Hakim, ” Sheikh, ana lewat. Ada masalah transport skit La”… Balasnya, “Xpa, asalkan anta datang sudah…”. Begitulah ketenagan saudara pengarah program… Saya bertolak bersama dengan seorang lagi saudaraku, akhi Kamarul Ashraf, kawan saya sejak kecil hingga sekarang. Memang tidak dapat dipisahkan walaupun sekarang ini kami belajar tempat yg berbeza. Setibanya saya di SMKAP, pengarah program member arahan ” Turun sekarang! Owh, lambat ye…”… Tapi menganggapnya hanyalah gurauan. Namun bila berfikir kembali, dia adalah ketua, segala arahan, selagi mana tidak melanggar syara’ harus dipatuhi… Perasaan bersalah menyelubungi saya…

Hari kedua, penuh dengan aktiviti lasak atau outdoor. Paling menarik ialah Physical Training, yg mana menguji ketahanan fizikal dan mental peserta juga fasilitator yg terlibat. Saya tertarik dengan peraturan program ini yg mana peserta dan fasilitator dan urusetia tiada bezanya… Kita dalah sama, yg membezakan kita hanyalah Taqwa. Perkara tersebut sentiasa menjadi peringatan kepada saya utk membersihkan diri ini, yg kadang-kadang ternoda oleh hasutan nafsu dan syaitan. Saya juga tidak terelak melakukan aktiviti lasak yg telah ditetapkan. Kita semua sama!!! Walaupun di muka peserta kelihatan letih, fasilitator yg penat dan juga urusetia yg lenguh kejar ke sana ke mari, namun kami rasa gembira kerana sekurang-kurangnya kami merasa susah payah mereka, mereka yg pernah berjuang di jalan-Nya… Kalau nak dibandingkan dengan kita… Apalah sangat… Mereka itu bertarung hidup, malah nyawa juga mereka sanggup gadaikan. Mampukah kita??

” … Sungguh, yg paling mulia antara kamu di sisi ALLAH ialah org yang paling bertaqwa. Sungguh ALLAH maha mengetahui dan maha teliti” (Al-Hujurat:13)

Demikianlah ayat suci, ayat yg meneragkan kepada kita bahawa kita tidak ada bezanya antara satu sama lain, yg membezakan hanyalah Taqwa… Ikut kan hati, setiap saat di program tersebut ingin saja saya uraikan, tapi biarlah dengan sedikit-sedikit kita penuhi hati kita ini. Bukan tak nak berkongsi tetapi biarlah seadanya… Apa yg ingin dirungkaikan hanyalah utk kebaikan kita seterusnya menjadi amalan kita dalam kehidupan ini. Sedarlah bahawa harta atau umur, bukanlah penentu kepada kita bahawa kita sudah banyak buat baik, bukanlah penentu bahawa kitalah paling besar, dan bukan juga penentu kepada kita bahawa kitalah paling layak memimpin, tetapi sebagai pendidik hati utk tunduk, setunduk-tunduknya kepada ALLAH s.w.t…

 

WaALLAHu’alam…

10 thoughts on “Kembara Kita: Kembali ke Tanah Asalku (2)

  1. salam, mono
    abg hakim balik pedas aritu..tak masuk pun cerita
    hehe..
    tapi kagum gak korang berjaya ajak syazwan ustaz join korang.
    btw, smlm cikgu pedas puji kita..[sume alumni yg dtg la], sbb selalu balik pedas, tolong adik2. sbb aritu cikgu ckp afizi balik pedas gak train budak2 forum.
    huhu.

    buat satu menda tu mesti ada visi besar, kan?


  2. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK LAMAN WEB “Leoxa.com”
    (Themenya Terlampau Cantik Sangat & Boleh Pula Letak Adsense)

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

  3. salam
    adzim
    ………ape khabar. tahniah atas ape yg anda usaha kan demi ISLAM…kagum dengan segala aper yg anta lakukan…nanti klo anta nk mnx pertolongang insyallah klo x keberatan ..bley join skali ngan anta sume.

    10Q

  4. wsalam, bLeh saja jai.
    biler2 anta free, bgtau jer.
    InsyaALLAH, ini semua utk ISLAM jua…

  5. salam..
    Ermm..tahniah kpd anda krn berjy membuka blog yg bermnfaat ni..byk gak input yg leh didpti d cni.
    sy puji usaha akhawan yg sdia berkorbn ms, tnaga n sbgainyer dmi membntu adk2..tahniah diucpkn..

  6. terima kasih, usaha ini hendaklah berterusan supaya ia tidak terkubur saja. saya juga mengharapkan komen kawan-kawan saya supaya setiap dari kata menerima peringatan seadanya serta tetap di bawah lembayung rahmat-Nya…

    teruskan memperingati…


  7. shocked: MALAYSIA MAKE NEW RULES FOR CHRISTIANS!!

    EVERY CHRISTIANS MUST SAY “ALLAH” RATHER THAN “GOD” & DONT SAY “TRINITY” ANYMORE..
    This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.

    The full story is here: ckasih.blogspot.com

  8. Salam akhi! teruskan usaha, jangan lupa pulak visit blog saya.. 🙂

    “Sesungguhnya Allah membeli dari mukmin jiwa dan harta mereka dengan memberikannya Syurga..” (Surah At-Taubah : 111)

  9. salam ukhwah pada saudara azim.sesungguhnya sebelum meneruskan lngkah pertuturan runcing,selaku hamba yang lemah tanpa ilmu yang cukup memohon jika wujud seribu satu kekhilafan dalam mengirim komen ini. alhamdulillah rasa lega tak terhingga,kerana masih dapat mengenali seorang lagi hamba Allah yang masih teguh pada janjinya.maaf lah kerana belum sempat untuk meneroka dunia siber sedalam-dalamnya.apa yang mampu ana ungkapkan mungkin lah hanya ngomelan biasa.buat ukh azim,setiap seseorang mempunyai pandangan dan buah fikiran yang berbeza,aitu yang dapat ana fahami.namun,ana sedar dan mohon sentiasa sedar bahawa setiap tunjang pendapat itu mestilah berasakan kalamullah dan sunnah.sesungguhnya jua,ana menyokong iniatif ini.semoga di perlancarkan perjalanannya oleh Allah.semoga dakwah ukh berjaya hendaknya.namun begitu,apa yang ana harapkan agar ukh berani menegakkan yang benar dan gigih mempaskan yang mungkar.ana juga harap ukh tidak lagi menjadi salah seorang yang berada jauh dan tampak lemah di belakang.kaum adam perlu berusaha merampas takhta mas ul. kaum adam perlu berada di depan bersama rasulahllah.mereka perlu berani bergadai nyawa dan bukanlah hanya dengan bersuara menggunakan jari2 kurniaan Allah untuk meneggakkan keadilan.kami(kaum hawa ) perlu dipimpin ukh.jangan biarkan kami liar tersesat,kerana satu ketika ukh akan dipersoal diatas kelalaian sendiri.jadilah hambaNya yang selalu bersyukur.sekian shj ukh,بالتوفق والنجه والله مع الصابرين

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s