Thaharah

 

” Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yg bertaubat dan menyukai orang-orang yg mensucikan diri” (al-Baqarah:222)

Thaharah atau kebersihan… Itulah tajuk yg saya nukilkan kali ini dalam ruangan Ibadah Kita. Saya melihat tajuk ini, atau amalan ini sering di lupakan oleh kita, malah kadang-kadang kita alpa dan lalai dalam melaksanakannya. Saya akan nukilkan seringkas yg mungkin kepada rakan-rakan sekalian supaya makalah ini menjadi peringatan yg berguna dalam masa kita yg semakin singkat ini.

yg Maha Esa. Seperti ayat di atas, boleh saya ringkaskan bahawa Allah s.w.t itu amat mencintai mereka yg sentiasa bertaubat dan mensucikan diri atau membersihkan diri. Cinta Allah ini ibaratkan apabila kita berjalan kepada Allah, maka Allah berlari kepada kita. Nampak tak, kawan-kawan? Begitulah perumpamaan cinta Allah kepada hamba-hambaNya. Mari bersama menjaga kebersihan…

Hukum

Hukum bersuci adalah wajib Sabda Nabi s.a.w :

“Bersuci itu sebahagian dari Iman”

Kita melihat arahan wajib ini bertepatan dengan Sabda Nabi s.a.w tentang kebersihan. Kebersihan itu sebahagian dari Iman. Mengapa begitu? Kerana setiap ibadah kita, kita mesti pastikan bahawa kita dalam keadaan bersih dan suci walau bagaimana keadaan sekalipun… Hal ini mengukuhkan kepada kita bahawa besuci itu wajib. Tambahan pula, Iman itu sendiri bersifat suci seperti yg termaktub pada permulaan ayat di atas.

Mari kita lihat pengertian Tharah :-

Definisi

Terdapat 2 pengertian yg saya ambil dari Kitab Minhajul Mukmin(Pedoman Hidup Muslim):-

  1. Batin; mensucikan jiwa dari kotoran dosa dan maksiat.
  2. Lahir; mensucikan kotoran dan hadas(najis)

Seperti yg kita tahu bahawa dalam ISLAM mestilah batin dan lahiriah seiring bersama-sama dalam apa jua keadaan sekalipun. Solah tidak akan sah sekiranya tanpa kehadiran hati, Puasa tidak akan sah tanpa niat pada permulaannya, Ucapan dua kalimah Syahadah tidak akan sah juga jika tanpa amal yg seiring denganya. Inilah keindahan ISLAM, kesucian agama ini dipelihara dari batin dan lahiriah.

Batin, seperti yg kita tahu ialah segala perkara yg berkait dengan hati dan tidak dapat di lihat dengan mata kasar. Dosa dan pahala kita tidak tahu bagaimana bentuknya? Anda tahukah??

Oleh itu, thaharah dari aspek batin penting bagi menjaga ‘anggota dalaman’ dari terjerumus ke kancah dosa dan di selubungi oleh kawanan Syaitan. Mensucikan diri dari dosa yg dilakukan, sentiasa bertaubat dari dosa-dosa besar, berIstigfar setelah melakukan dosa-dosa kecil dan yg sama waktu dengannya. Hasilnya, terbina lah diri yg suci dan bersih dari dosa dan maksiat hitam di hati…


Lahiriah, atau bahasa modennya fizikal. Aspek ini menekankan segala yg boleh di lihat dengan mata kasar seperti darah, tahi dan sebagainya. Pembersihan ini penting kerana merupakan syarat yg akan meng’sah’kan pensucian pertama di atas iaitu batin. Sekiranya masih belum sempurna pembersihan fizikal ini, selagi itu juga amalan kita tidak akan di terima oleh Allah s.w.t. Kebiasaannya pembersihan dan pensucian peringkat ini menggunakan air yg suci atau debu tanah yg bersih bagi menyempurnakan peringkat ini. Tidak lagi kelihatan tompok-tompok merah di baju, atau coklat, atau bau yg kurang menyenangkan atau warna kotor yg mempunyai skala yg besar pada pakaian kita. Ini semua merupakan tanda-tanda yg di lihat dari aspek lahiriah bagi pembersihan fizikal kita. Oleh itu, jangan sesekali kita memandang enteng tentang kebersihan badan kita, pakaian kita, tempat solah kita, tempat kediaman kita dan sebagainya, jangan sesekali… Anda tahu, kita semua tahu bahawa Syaitan suka akan tempat yg kotor seperti tandas!

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

“Solah tidak di terima (tidak sah )apabila tidak bersuci”

 

 

    

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s