Perubahan


Hmmm, sebenarnya… Sudah lama ku ingin berubah, berubah menjadi lebih baik. Namun, aku sering menangguhkan hajat baik itu…

“Alah, nantilah. Dah buat dosa, aku bertaubatlah balik…” keluh ku, tanda menyerah.

Aku sering terasa kosong apabila berjauhan daripada teman-teman, teman-teman yg mana sentiasa menasihati aku ketika aku seakan-akan terpesong. Sabda Nabi s.a.w :

” Kambing yg lari dari kumpulannya akan dibaham oleh serigala”

sebagai muslim. Namun, haruslah kita persoalkan diri kita… Sejauh mana kita menghayati ayat-ayat suci-Nya, juga sejauh mana kita mengamalkan sunnah Baginda s.a.w. Pernahkah anda persoalkannya di dalam benak hati anda? Pernahkah? Aku, ketika ku alpa dan lalai dari taklifan ku sebagai hambaNya, aku sering lupa bahawa aku sentiasa di perhatikan olehNya. Aku lupa bahawa DIA mengetahui segala tindak tanduk kita. Aku lupa kerana DIA yg mengizinkan aku hidup di dunia. Namun, selepas bisikan iman kecil ku mengetuk minda ku… Baru ku sedar bahawa aku ini bukanlah malaikat, yg sentiasa patuh dan taat pada perintahNya… Ketika itu juga ku sedar bahawa aku telah melakukan sesuatu perkara yg menyakitiNya. Aku pasrah.

“Ya ALLAH, ampunilah dosa hambaMu ini. Yg lemah, yg melupakanMu, yg melanggar janji kepadaMu. Ya ALLAH, engkau sahaja yg berhak mengampuniKu, tiada tuhan lain yg wujud untuk mengampuni ku. Ya ALLAH, engkaulah pemilik petunjuk, petunjuk yg membawa hamba-hambaMu kembali tunduk kepadaMu. Ya ALLAH, ampunilah dosaku ya ALLAH. Aku lupa, aku hambaMu yg paling lemah, yg sering terjatuh, tersungkur dengan tipu helah musuh agamaMu. Ya ALLAH, ampunilah aku ya ALLAH… Berikanku peluang untuk ku taat dan patuh kepadaMu. Maka, ampunilah aku, ya ALLAH”

Air mata jatuh, menyetuh pipiku yg kering, kering dari titisan taubat yg menharapkan belas kasihan daripada TUAN, TUAN yg menguasai hatiku ini, pancainderaku ini… TUAN yg manaku patut mengharapkan pertolongan daripadaNya, TUAN yg patut ku berserah kepadaNya semata-mata. Aku pasrah. Ketika itulah, suara-suara lunak menjengah ku memberi nasihat…

“Kawanku, kau masih punyai masa untuk bertaubat, kembali kepadaNya. Jangan kau tangguhkan lagi taubatmu…”

“Tapi, bagaimana aku hendak tahu bahawa TUAN ku ini akan menerimaku semula?” soalku kembali.

“Kawan, yakinlah bahawa TUAN mu itu pemilik segala sifat pemurah, penguasa sifat pengampun juga TUAN mu itu juga penuh kasih dan sayangNya kepada hambaNya”

Aku tersentak, aku terkedu, selama ini aku menyangka, sentiasa menyangka bahawa segala dosaku ini tidak di ampuni, tidak dimaafi, juga terkumpul banyaknya… Namun, hari ini ku sedar, ku sedar bahawa di sana sentiasa ada sinar harapan untuk ku kembali kepadaNya. Cahaya yg menerangi seluruh pelusuk alam dengan iman dan aqidah yg satu… Aqidah yg jitu, iman yg padu. Ketika itu, cahaya keimananku semakin bertambah, semakin menguasai diriku ini, melonjakkan diriku ini melawan musuh utamaku, musuh yg akan sentiasa menjadi musuhku, walau aku hidup atau aku maut. Cahaya itu semakin bersinar-sinar, laksana matahari di awal pagi, yg menerangi ufuk timur hingga barat. Cahaya itulah membawa ku kesedaran, mengejutku dari lena, membangkitkan ku dari pembaringan yg empuk, cahaya kebenaran! Membawa sinar kebahagiaan.

“Lihat, kawanku. Engkau sudah menemuiNya. Cahaya yg membawa kebahagian abadi”

“Ya, kawanku. Aku cukup bertuah kerana sudah menemuinya”

“Tapi kawanku. Di mana ada cahaya, di situ ada kegelapan. Kegelapan yg sentiasa menunggu masa kita leka dan lalai” tegas kawanku.

“Betul, kawanku. Kini, kita mesti sentiasa waspada dengan segala tipu helah musuh kita itu” sambungku.

Demikianlah, diriku dipalit kesedaran yg mana sebelum ini sentiasa tumbang, tumbang bagaikan tupai yg ditembak. Benarlah kata-kata Baginda s.a.w, kita harus, sentiasa berdampingan dengan alim ulama, cendekiawan dan juga kawan yg sentiasa memberi teguran membina, juga nasihat ilahi. Aku tidak mahu lagi diselebungi oleh kegelapan, diwarnai oleh keraguan, diliputi oleh kebimbangan…

“Cukuplah ALLAH pembantuku, kerana DIAlah sebaik-baik pembantu”

Ayat ini, kata-kata ini, aku mesti serapkan seperti span menyerap sabun basuh membersihkan kotoran di pinggan. Keyakinan ku kepadaNya aku harus tambah dan tegapkan dengan kefahaman yg mendalam tentang ketauhidan ALLAH s.w.t. Istiqamah dengan amalan kecil, apatah lagi tidak sekali-kali aku meninggalkan amalan wajib, tidak ku tangguhkan walau sesaat pun masa berlalu. Tadabbur ayat-ayat suciNya, yg diturunkan pada malam yg mulia, bulan yg mulia dan juga insan yg mulia, maka kemuliaan ayat-ayat itu sentiasa dipelihara olehNya hingga ke hari ini. Menjadikan kehidupan baginda s.a.w sebagai sumber inspirasiku, pencetus akhlak ku sebagai hambaNya.

“Sesungguhnya telah ada pada Nabi s.a.w itu, uswatul hasanah bagi kamu ikutinya…” (al-Ahzab)

Lakaran yg diedit oleh baginda s.a.w dari kamus al-Furqan telah berjaya melahirkan generasi awal, al-jill al-Quran, generasi yg unik, generasi pencetus perubahan dunia.

Generasi yg menguasai dua pertiga dunia,

Generasi yg menyinari alam ini dengan akhlak yg mulia,

Generasi yg tidak putus asa,

Generasi yg patuh dan taat kepada perintahNya,

Generasi yg menjunjung keadilan kepada pengikutnya,

Generasi harapan, sentiasa diharap-harap kehadiran ke tanah mereka yg ‘kosong’,

Generasi yg meruntuhkan patung dan penyembahan sesama makhluk,

Generasi yg menghapuskan perhambaan mutlak, perhambaan yg tidak adil,

Generasi yg menyelusuri pelbagai bidang imu,

Generasi yg menerokai alam dengan kebijaksanaan,


Demikianlah mereka, mereka yg terdidik imannya, aku??? Di manakah aku ketika ini? Mungkin aku tak layak untuk di golongkan dalam kelompok yg memperjuangkan agamaNya.

“Aku tak layak, kawanku” lemah suaraku.

“Mengapa kau tak layak?”

“Aku ini sentiasa lupa akan Nya, lupa akan kehadiranNya dalam hidupku. Bagaimana mungkin aku hendak membantu agamaNya?” soalku kembali.

“Kawanku, ALLAH pernah berfirman maksudnya “Janganlah engkau berputus asa dengan rahmatku”. Ini merupakan arahan daripada ALLAH, satu teguran daripada ALLAH bahawa rahmatNya meluas, seluas langit dan bumi ini, malah mungkin luas lagi. Jangan putus asa, kawanku”

Hmmm…..

Aku memandang ke atas dan ke bawah, melihat tubuh kerdilku.

“Mampukah aku?” getus hati kecilku…

“Aku mesti berubah, engkau mesti berubah! Adzim, kau memang boleh berubah!!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s