Kembara Kita: Lawatan Industri, satu ibrar…


Inilah wajah Pn. Noraini, yg mana seorang wanita berumur 52 tahun, lanjut usianya, namun tetap gigih meneruskan perjuangan bangsa malah untuk agama tercinta. Kita? Ke manakah kita?? Adakah kita sudah memulakan langkah seperti Pn. Noraini??? Anda sendiri yg tahu jawapanya…

kongsikan bersama dengan pembaca dan pelawat sekalian. Maklumat yg di perolehi daripada usahawan ISLAM yg sentiasa berkobar-kobar mahu memajukan bangsa dan agam sendiri, iaitu agam ISLAM.

” … Allah pasti akan menolong orang yg menolong (agamaNya). Sungguh Allah Maha kuat, Maha perkasa” ( Surah al-Hajj:40 )

Melalui ayat ini, tahulah aku bahawa ALLAH sentiasa membantu mereka yg membantu agamaNya, iaitu agama ISLAM. Lihatlah Pn. Noraini, berusaha dengan gigih supaya produknya yg berasaskan biskut, dibuat dengan cara ISLAM, atau mengikut landasan syara’. Sentiasa halal dan bersih, tidak bercampur dengan bahan-bahan yg tidak halal dan kotor. Ketekunan Pn. Noraini menjaga setiap aspek bahan yg digunakan telah membuahkan hasil kepada beliau sekarang. Walaupun sentiasa di uji dan di duga olehNya, namun hati beliau tetap tabah dan sabar menghadapi dugaan yg menimpa beliau. Kini, produk beliau sudah dikenali seluruh penduduk Malaysia, juga telah berjaya menembusi pasaran besar di pasaraya-pasaraya tanah air kita. Tidak kurang juga di peringkat antarabangsa yg mana menunjukkan peningkatan di Kazakhstan, Timur Tengah dan Negara-negara jiran. Ini semua balasan daripada sebaik-baik balasan daripada Allah kepada hambaNya, yg tekun berusaha untuk membantu pengembangan agama ini ke serata dunia. Suka aku tegaskan bahawa inilah janji Allah kepada hamba-hambaNya akan perihal balasan daripadaNya. Mudah, kita bantu maka diberi bantuan. Tapi bagaimanakah cara kita hendak membantuNya??? Adakah kita tahu? Inilah janji Allah :-

“Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya” ( Surah as-Saff:8 ).

Lihatlah, kawanku. Walaupun sekarang ini kita di tindas, di hina dan di permainkan oleh orang-orang kafir, tetapi kemenangan itu kan tiba akhirnya kepada kita, ummat ISLAM. Tetapi bila? Dan bagaimana? Mengapa tidak sekarang? Kawanku, sudahkah anda lihat diri anda sekarang? Samakah kita seperti para sahabat r.a dahulu yg mempertahankan kesucian agama ini? Kajilah dan hisablah dirimu…

Kata Umar r.a : “Hisablah dirimu sebelum dirimu dihisab di akhirat sana”

Maka hisablah…

Aku melihat usaha Pn. Noraini ini begitu mulia sehingga sanggup mengorbankan pangkat dan harta demi memajukan ekonomi ummat ISLAM. Kisahnya, beliau sanggup berhenti kerja dari sebuah syarikat swasta luar Negara, semata-mata ingin memulakan perniagaan beliau ini. Gaji yg besar dan juga pangkat yg besar diletakkan di tepi semata-mata untuk perniagaan yg mulia ini.

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.” (Surah at-Taubah:111 ).

Hal ini selari dengan apa yg digambarkan oleh Allah s.w.t dalam ayatNya bahawa jiwa-jiwa orang mukmin ini akan di beli oleh Allah s.w.t dengan harta dan diri supaya Allah s.w.t dapat membayar kepada mereka dengan syurga yg hakiki. Tidak mahukah kita??? Sejak hari itu, aku sering memikirkan diriku ini, apakah diriku ini sudah lengkap bersedia menjulang agama ini? Sudahkah?? Ku tahu bahawa masih ada kelemahan dalam diriku yg perlu dibaiki dan ditingkatkan supaya diriku ini dapat mengikuti mereka yg berjuang di jalanNya. Usaha murni Pn. Noraini harus aku contohi, juga engkau perlu ikuti supaya diriku ini tidaklah keseorangan mengikuti jejak langkah mereka yg berjaya. Aku bangga dan juga megah dengan ramainya mereka mengikuti jejak mereka yg cemerlang ini. Ayuh kita contohi.

Kisah Pn. Noraini ini akan aku jadi inspirasi ku setiap masa, setiap saat agar diriku ini tidak lagi leka akan kebendaan dan keseronokan dunia yg hanya sementara sahaja. Nasihat dan tunjuk ajar beliau kepada aku dan mereka yg mengikuti kisah beliau, akan aku amalkan dan jayakan dalam diriku supaya tersemat dalam diriku sifat-sifat mereka yg berjuang dalam agamaNya. Aku teringat kata-kata beliau yg dikutip daripada sabda junjungan s.a.w ‘Rezeki perniagaan itu adalah 9/10 dari rezeki di dunia ini’, menyakinkan kepada ku dan ahli rombongan tentang janji rasulullah s.a.w kepada ummatnya. Ya, aku teringat, bagaimana baginda s.a.w juga berniaga dalam usia yg sangat muda dan belia remaja? Bagaimana seorang pmpinan agong yg dirahmati oleh tuhanNya turun ke padang bagi memperoleh rezeki yg baik dan halal? Bagaimana penat jerih baginda menjaga kambing-kambing yg diamanahkan kepada baginda s.a.w. ? Bagaimana ya??

Sabda Rasulullah s.a.w :- “Rezeki yg baik itu datang daripada tangannya sendiri”

Indahnya frasa di atas, baginda s.a.w telah lama menceritakan kepada kita bahawa tiada rezeki yg baik melainkan daripada tangan kita sendiri. Membajak sawah, menangkap ikan, menanam sayur-sayuran dan bermacam pekerjaan yg menggunakan tangan kita sendiri adalah lebih mulia dari pekerjaan yg kita duduk dalam pejabat sambil menggoyangkan kaki kita yg tidak berapa lawa itu. Tunjuk ajar rasulullah s.a.w telah di ikuti oleh salah seorang sahabat agong baginda s.a.w, yg juga merupakan usahawan ISLAM yg berjaya ketika itu, iaitu Abdul Rahman B. Auf. Ketika beliau berhijrah ke Madinah al-Munawwarah, beliau telah dipersaudarakan oleh baginda bersama seorang sahabat dari kalangan ansar. Lalu sahabat ini member khidmat kepada beliau:-

“Wahai saudaraku, kan ku berikan separuh dari hartaku kepadamu untuk kemudahan mu disini, juga kau pilihalah antara dua isteriku ini, supaya akan aku ceraikannya dan nikahkan dengan engkau” kata sahabat ansar ini.

“Terima kasih, saudaraku. Tapi, aku tidak perlu itu semua.” Kata beliau.

“Jadi apakah keinginanmu, akan aku tunaikan dengan kadar segera” balas sahabat tadi.

“Bolehkah engkau tunjukkan aku pasar?” ujar Abdul Rahman.

Lihat, sahutan Abdul Rahman terhadap seruan baginda s.a.w. Tanpa ragu-ragu lagi, beliau mengikuti segala apa yg telah dinasihatkan oleh baginda s.a.w. Hasilnya, tidak sampai 3 hari beliau berniaga, sudah mendapat sambutan yg hangat. Mampukah kita? Aku tenung diriku…

Kembara ku ke Shah Alam ini, terutamanya ke Noraini’s Cookies ini, banyak membuka buku-buku lamaku dalam kotak kepalaku untuk mengingat kembali nasihat dan tunjuk ajar yg pernah ku rakamkan ketika ku kecil. Kisah beliau telah membuka satu lembaran baru kepadaku bahawa usahawan ISLAM pastikan berjaya, jika ditelusuri dengan aqidah yg benar, ibadah yg batul dan juga akhlak yg mulia. Semua ini aku rakamkan baik-baik dalam kepala otakku. Sebelum aku tamatkan kisah ku ini, aku sajikan beberapa lembaran gambar kepada engkau sekalian untuk di tatapi…

 

 

 

    

    


    

 

Demikianlah pengembaraan ku ke Shah Alam, melayari bahtera ke atas alam ciptaan yg Maha Kuasa, Maha Bijaksana, yg memberiku idea-idea untuk di nukilkan dalam makalah ini. Aku berasa sangat bertuah dengan apa yg diberikan olehNya kepadaku. Sesungguhya tiada apa yg lebih baik melainkan apa yg diberi olehNya. Aku juga ingin memohon maaf kerana kisah pengembaraan ku ke Bangi belum dapat diceritakan kepada engkau semua, maafkan aku…

” Ya ALLAH, kurniakanlah aku masa dan umur yg panjag supaya aku diberi peluang untuk member apa yg aku tahu daripada engkau dalam pengembaraan ku ini. Ya ALLAH, berikanlah ku tenaga untukku sampaikan kepada mereka yg dahagakan siraman kasih hidayahMu melalui tulisan maya ini. Ya ALLAH, maka kabulkanlah permintaan ku ini”

InsyaALLAH, dalam isu terbaru, akan ku ceritakan segala-galanya…

Doakan ku berjaya…

Advertisements

2 thoughts on “Kembara Kita: Lawatan Industri, satu ibrar…

  1. salam wat org yg sntiasa berjuang di jln ini. Byk iktibar dan teladan yg tlh sy dpti drp penulisan ini. InsyaAllah, semangat & usaha gigih itu akn mnjd cth wat sumer..trime ksh di ats peringatan ini. wassalam..

  2. tangan yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia juga…disebalik kejayaan lelaki adernyer wanita…disebalik kejatuhan lelaki juga adernyer wanita…Pn. Noraini salah satu wanita tersebut…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s