Jalan Perubahan


 

“Aku mesti berubah” jerit hati kecil ku ini.

Perubahan. Kebanyakan manusia takut akan perubahan. Takut perubahan tersebut memakan dirinya. Kata mereka:-

‘Ah, buat apa aku nak berubah? Cukuplah apa yg aku ada!’ jerit mereka.

Sedangkan Israel masih lagi mengganas di Palestin, membunuh yg muda dan tua, kanak-kanak dan wanita, adakah mereka puas? Setelah apa yg mereka perolehi pada tahun 1948? Tidak! Manusia tidak akan rasa cukup, selagi mana perubahan yg mereka lakukan tidak menepati matlamat akhir mereka. Selagi impian utama mereka tidak dicapai, berapa banyak perubahan pun, belum pasti memberikan mereka satu kepuasan untuk mereka berubah! Inilah realiti manusia kini. Sudah perolehi gaji berpuluh-puluh ribu, namun kata mereka:-

‘Eh? Tak cukup lagi 40 ribu sebulan nie. Macam-macam nak beli, kereta baru, baju baru, perabot baru… bla… bla… ‘ teriak mereka, meminta gaji di tingkatkan lagi.

Situasi ini sudah berlaku di kalangan kita, terutama mereka yg beragama ISLAM. Suasana yg di kuasai aliran bukan ISLAM telah mempengaruhi ummat ini lupa akan tanggungjawab besar mereka, apatah lagi matlamat akhir mereka iaitu syurga. Perubahan yg dibuat hanyalah perubahan duniawi semata-mata, bukanlah hendak mendapatkan balasan di akhirat sana. Bukanlah aku nak menyangkal kepada mereka yg berusaha untuk mendapatkan kemudahan dunia itu tidak baik, atau tidak berubah. Namun, bukankah kita boleh memperolehi kedua-duanya dengan memahami tabiat perubahan kepada yg lebih baik. Dalam kolum Hikmah Kita, telah terungkap maksud Hijrah dari beberapa pandangan. Antaranya, hijrah itu bermaksud perubahan amalan dan kehidupan seseorang kepada amalan kehidupan yg lebih baik berlandaskan kehidupan seorang muslim. Lihat, ISLAM tidak mengecilkan skop perubahan terhadap satu aspek sahaja, malah ISLAM memberi tafsiran yg umum supaya ummatnya tidak terbeban dengan maksud yg kompleks. Jalan Perubahan yg ISLAM beri adalah kembali menghayati matlamat akhir kita sebagai hamba, iaitu mengabdikan diri kepada ALLAH supaya memperoleh syurgaNya.

“Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku” ( Surah adz-Zariyaat:56 )

Kembali mengahayati asal tujuan penciptaan kita akan memberi gambaran awal atau lakaran jalan yg sepatutnya kita akan lalui. Satu jalan yg lurus, yg tiada benkang bengkoknya. Jalan perubahan yg jauh, bukan dekat malah tidak akan di hiasai permaidani merah seperti menyambut raja melangkah megah ke sesebuah majlis… Jalan perubahan yg kita akan lalui memerlukan pengorbanan yg besar serta panjang, bukan hanya singkat malah mungkin jalan perubahan itu tidak sempurna semasa kita hidup. Namun, yg pasti, jalan perubahan yg kita, aku dan engkau lalui itu akan memperoleh kemenangan setelah usaha ke arah perubahan itu di lakukan dengan sempurna dan dengan penuh yakin bahawa perubahan yg kita ikuti adalah perubahan yg hakiki, perubahan yg mengubah hidup kita kepada mengahayati ISLAM secara seluruhnya. Aku mengambil gambar di atas sebagai muka depan bagi makalah kali ini, adalah sebagai petunjuk kepada mereka yg ingin berubah, berubah ke arah jalan perubahan yg hakiki. Gambar yg di bawa menunjukkan seseorang tunduk dan patuh kepada arahan tuhanNya, iaitu menyembah yg ESA. Itulah jalannya, kembali tunduk dan patuh kepada perintahNya, taat akan arahanNya, tiada lagi pengkhianatan terhadap TUANNYA itu. Hal ini semua akan membawa diri ku dan engkau ke arah perubahan yg hakiki, perubahan yg di redhai Allah s.w.t. Perubahan yg akan membawa kita ke sinar yg terang benderang, yg mana menerangi setiap titik kegegalapan dalam dunia ini. Itulah jalan perubahan…


Lihat jalan perubahan ini, suatu jalan yg lurus, jalan yg tiada bengkang benkoknya seperti ular yg di palu. Jalan ini membawa kita ke arah keamanan, kedamaian, kesejahteraan dan kebaikan. Dalam ayat di atas, aku dan engkau sebagai hamba wajiblah berdoa bersama-sama memohon petunjuk kepadaNya untuk diberikan jalan yg lurus, malah doa ini sentiasa kita sabut dalam ibadah utama kita, iaitu solah! Menundukkan diri di hadapan yg satu, yg Maha Kuat, Maha Kuasa, Maha Bijaksana… Inilah jalannya, jalan perubahan yg hakiki.

Kata Isa a.s dalam al-Quran:-

“(dan Isa berkata)dan sesungguhnya Allah itu tuhanku dan tuhanmu, maka sembahlah DIA. Ini adalah jalan yg lurus” ( Surah Maryam:36 )

Lihat, Isa a.s telah menyebut bahawa inilah jalan yg lurus, jalan utk aku dan juga engkau. Jalan ini bukanlah utk mereka yg di gelar Rasul atau Nabi semata-mata, tetapi bagi mereka yg mencari kebenaran, jalan kembali yg hakiki, jalan yg membawa mereka ke matlamat akhir kehidupan mereka. Aku banyak melihat kelompok ini teraba-raba mencari jalan ini… Tapi, tiada yg menyambut mereka, membimbing mereka ke arah jalan ini. Mereka kaku berdiri, tidak tahu apa yg hendak di lakukan untuk diri sendiri ke arah jalan ini. Kebanyakan mereka mencari jalan mudah, jalan yg mereka yakin bahawa ini lah jalan yg mereka cari, tapi tidak!… Mereka tersilap langkah, mengikut hawa nafsu mereka sendiri, tidak mengikut wahyu ilahi. Kita? Aku? Apa peranan mereka yg tahu jalan ini, yg tahu jalan sebenar, yg sedang melaluinya, apa peranan kita?

“Ahhh! Biarlah mereka. Baik aku jaga diriku sendiri daripada menjaga tepi kain diorg. Nanti diorg gak marah kat aku” jerit antara kita.

“Buat apa nak ajak diorg? Buang masa aku nak beribadah jer…”

“Alah, ader org lain nak tunjukkan nanti…” Betulkah? Betulkah ada org lain?? Kalau tidak ada, bagaimana pula???

Aku termanggu sendirian sekali lagi. Melihat kembali diri ini yg angkuh, sombong dengan apa yg sudah di lalui…

“Sudahkah aku penuhi lompang-lompang yg kosong pada zaman ini?” getus hatiku.

Sekali lagi aku melihat, adakah benar aku sudah laksanakan? Adakah sudah cukup apa yg telah di lakukan?? Apakah aku buat ini semua mendatangkan penjelasan kepada mereka yg mencari jalan lurus ini??? Sudahkah? Aku bersendirian, melihat ke kanan dan ke kiri, manusia mundar-mandir mencari jalan ini… Manusia sibuk menelaah maklumat bagi mencari jalan ini. Maka, kita seperti Isa a.s. sebentar tadi. Meneguhkan pendirian bahawa ‘ Inilah jalanku juga kamu, jalan yg lurus!’. Kita yg tahu harus mengajak sekali, memberitahu, sekurang-kurangnya berusaha untuk memberitahu kebenaran jalan ini. Tidak lagi leka bergaul sesama mereka, tapi juga menggauli mereka yg sedang mencari jalan ini. Kita sama, yg membezakan adalah taqwa.

“…sungguh yg paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yg paling bertaqwa…” ( Surah al-Hujurat:13 )

Ya, yg membezakan kita adalah taqwa. Bukan harta, kecantikan, pangkat, ilmu, tetapi taqwa kita kepada Allah s.w.t. Jadi, penuhilah diri kita dengan peribadi orang bertaqwa, dengan mengajak mereka yg sedang mencari jalan ini…

Advertisements

8 thoughts on “Jalan Perubahan

  1. salam….aku ada 1 cadangan nie…oleh krana aku nie minat tntang sejarah islam,apa kta ko selitkn ckt dlm blog nie..amacam?best x idea aku…hehe…ok,slamat menonton euro 2008…

  2. maafkan saya kerana lama sudah tidak update.
    hal ini kerana saya sibuk dgn short sem serta prgm2 di nilai.
    saya akan cuba update sebaik mungkin selepas ini.

    segala kesulitan harap di maafkan…

  3. salam.. x tau la nak komen ap.. tp bgus la blog ni.. mmg bgus lah.. akhir kata tingkatkn prestasi kuragkn kontroversi.. =)

  4. Salam. saya sangat2 kagum dgn diri akhi. saya prnh mndgr crmh akhi kpd plajar sem 1, sgt bermotivasi dn berkeyakinan.. semoga akhi terus membuat blog ini. Gud luck!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s