Bertafakkur dan Bersyukurlah

 

Tujuannya ialah supaya anda mengingat segala nikmat dan kurnia yg di anugerahkan oleh Allah s.w.t kepada anda- nikmat yg meliputi anda dari atas kepala hingga ke bawah tapak kaki anda. Tidak perlu pergi jauh, lihat diri anda sendiri! Continue reading “Bertafakkur dan Bersyukurlah”

Advertisements

Surah An-Naba’ ( 1-16 )

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

  1. Mengenai apakah mereka saling Tanya-menanya. ( 2 ) Mengenai berita yg agung. ( 3 ) Yg mereka perselisihkan mengenainya. ( 4 ) Tidak sekali-kali! Mereka bakal mengetahui. ( 5 ) Kemudian tidak sekali-kali! Mereka bakal mengetahui. ( 6 ) Tidakkah kami jadikan bumi itu sebagai hamparan. ( 7 ) Dan gunung-gunung sebagai pasaknya. ( 8 ) Dan Kami(Allah) jadikan kamu berpasang-pasangan. ( 9 ) Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat. ( 10 ) Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian. ( 11 ) Dan Kami jadikan siang untuk mencari sara hidup. ( 12 ) Dan Kami bina di atas kamu tujuh petala(langit) yg kukuh. ( 13 ) Dan Kami jadikan pelita(matahari) yg amat terang. ( 14 ) Dan kami turunkan dari awan air yg banyak tercurah. ( 15 ) Supaya Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan. ( 16 ) Dan perkebunan berpohon rimbun yg lebat.

Surah An-Naba, berita yg besar. Saya mengutip tafsir ini dari Kitab Tafsir Al-Wadhih, ringkasan dari Kitab Tafsir yg Besar era ini, Fi Zilalil Quran( Di Bawah Naungan Al-Quran ). Kitab ini di karang oleh As-Syahid Syed Qutb. Oleh itu, mari kita ambil mutiara yg terkandung dalam kalamullah ini supaya menjadi peringatan kepada kita sepanjang hayat.

Surah An-Naba’: 1-16

Saya mengambil tafsir secara beransur dan beberapa ayat dari surah ini supaya kita mampu menghayatinya secara seluruh dan terus amalkan dalam kehidupan kita. Keseluruhan ayat ini di tafsir oleh As-Syahid Syed Qutb:-
Continue reading “Surah An-Naba’ ( 1-16 )”

Selamat Datang! Mahasiswa Baru

Mahasiswa dan Mahasiswi baru di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Selamat Datang ke Alam Universiti! Tanggal 27 Jun 2008, seluruh Instituisi Pengajian Tinggi telah memulakan pengambilan pelajar baru bagi sesi 2008/2009. Termasuk juga tempat pengajian saya iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Saya sendiri menawarkan diri menjadi urusetia bagi Minggu Ta’aruf atau Minggu Orientasi. Pelbagai ragam yg dapat di perhatikan semasa program ini berlangsung. Oleh itu, sekali lagi saya ucapkan Selamat datang juga Selamat Menghadapi Ujian Alam Baru, Dunia Baru!

Continue reading “Selamat Datang! Mahasiswa Baru”

Kembara Kita: Aku, Athirah dan Bangi


Ikan ‘Sweat & Sour’ di Restoran Athirah.

Kali ini aku guna panggilan ‘aku’, sebelum ini aku guna panggilan ‘saya’ untuk isu yg lepas dalam slot Kembara Kita. Aku ingin sambung kembali kembara ku yg pada paginya bermula dari Lawatan Industri(isu Kembara Kita). Banyak manfaat yg di perolehi dari kembara yg ku lalui ini. Kemudian, perjalanan seterusnya ke Bandar Baru Bangi serta Kajang di Selangor. Rumah Kawan-kawanku. Tujuan, menziarahi Continue reading “Kembara Kita: Aku, Athirah dan Bangi”

Selamat Pengantin Baru, Ustaz Sofee!

Ustaz Mohd Sofee bersama pasangannya, Nurul Izzati Bt. Jamaluddin

Selamat Pengantin Baru! Tahniah di ucapkan kepada rakan seperjuangan saya, Ustaz Mohd Sofee Bin Hj. Mustafar bersama pasangannya, Nurul Izzati Bt. Jamaluddin. Menjadi lumrah kepada setiap jiwa ingin berpasangan, dan yg paling menguntungkan apabila kita berpasangan kerana Allah s.w.t. Bukan bermakna saya katakan di sini bahawa couple kerana Allah di bolehkan, yg saya maksudkan di sini adalah ‘berkahwin’ kerana satu ikatan aqidah yg suci. Maafkan saya kepada mereka yg sedang hangat ber‘couple’.

Continue reading “Selamat Pengantin Baru, Ustaz Sofee!”

Taubat Nasuha: Taubat kepada Manusia

” Mengerjakan Taubat itu hukumnya wajib dari segala macam dosa. Jikalau kemaksiatan itu terjadi antara seseorang hamba Allah dengan Allah s.w.t sahaja, yakni tidak ada hubungannya dengan hak seseorang manusia yang lain, maka untuk bertaubat itu harus menepati tiga syarat iaitu: Pertama; hendaklah menghentikan sama sekali seketika itu juga dari kemaksiatan yang dilakukan, kedua; supaya merasa menyesal kerana telah melakukan kesalahan(kemasiatan) tadi dan ketiga; berniat tidak akan mengulangi perbuatan maksiat tersebut selama-lamanya. Apabila kemaksiatan itu ada hubungannya dengan sesama manusia, maka syarat-syaratnya itu ada empat macam, yaitu tiga syarat yang tersebut di atas dan keempatnya ialah supaya melepas-kan tanggungan itu dari hak kawannya. Maka jikalau tanggungan itu berupa harta atau yang semisal dengan itu, maka wajiblah mengembalikannya kepada yang berhak tadi, jikalau berupa dakwaan zina atau yang semisal dengan itu, maka hendaklah mencabut dakwaan tadi dari orang yang didakwakan atau meminta saja pengampunan daripada kawannya dan jikalau merupakan pengumpatan, maka hendaklah meminta penghalalang yakni pemaafan dari umpatannya itu kepada orang yang diumpat olehnya.”

Continue reading “Taubat Nasuha: Taubat kepada Manusia”