Kembara Kita: Generasi Baru


 

Penulis bersama ‘Generasi Baru’ di SMKA Pedas, Syamil dan Tarmizi.

Saya melompat kembara saya ke satu tempat yg biasa saya kunjungi. Hampir setiap minggu. Tempat yg di maksudkan adalah sekolah lama saya, SMKA Pedas. Mungkin para pembaca sudah galak mendengar cerita ini daripada saya. Namun, kali ini saya ingin membawa satu gambaran baru kepada anda semua. Cerita baru, mungkin…

kerana dalam kembara ini saya memperoleh banyak pengajaran yg dapat di manfaatkan dalam kehidupan saya sebagai hamba-Nya. Sepanjang hari tersebut hingga ke hari ini, saya sering terfikirkan perkataan Generasi. Maksud yg saya sangat cari-cari dalam kamus hidup ini. Dalam beberapa ketika saya terfikir, Generasi boleh membawa maksud kaum atau ummah, kadang-kadang termelayang fikiran saya bahawa Generasi ini bermaksud zaman atau tahun. Namun, saya teruskan pencarian saya demi mencari erti sebenar perkataan ini. Dengan izin Allah s.w.t. , saya terbang menelusuri lembaran buku Syed Qutb, Ma’alim fit Thoriq ( petunjuk sepanjang jalan ). Maka, penulisan saya kali ini banyak berkisar perbincangan dalam buku ini. Mungkin saudara-saudari pembaca boleh membacanya ketika punyai masa.

Dalam pembahasan ini, Syed Qutb banyak membawa makna Generasi dari zaman Dakwah Islam yg pertama, di pelopori sendiri oleh Rasulullah s.a.w.. Dalam buku ini, banyak perkara yg telah di buka oleh Syed Qutb dalam pemikiran saya selama ini iaitu erti Generasi ketika permulaan Dakwah Islam ketika itu. Beliau telah menafsirkan Generasi ketika itu dengan satu lagi kalimah yg unik iaitu Jilul Qur’an, generasi Al-Quran. Dalam tafsiran beliau, Generasi ketika itu sangat berpegang dengan Al-Quran, kitab yg di pelihara Allah s.w.t sehingga hari kiamat. Generasi ini berpegang teguh dengan ajaran yg terkandung dalam Al-Quran, perbuatan dan percakapan mereka selari dengan apa yg terkandung dalam Al-Quran. Oleh itu, beliau telah menggelarkan Rasulullah s.a.w dan Sahabat r.a sebagai Al-Quran yg bergerak. Generasi ini muncul ketika itu, sekali setakat ini, dan sehingga hari ini kita masih mencari-cari Generasi ini. Di manakah mereka?

” Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yg di lahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuru (berbuat) yg ma’ruf, dan mencegah dari yg mungkar, dan beriman kepada Allah.” ( Surah Al-Imran:110 ).

Kita adalah umat terbaik, namun apabila kita memegang sepenuhnya dengan Al-Quran. Juga Al-Sunnah menjadi penyuluh ketika jalan kita kabur.

” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yg mana apabila kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat; iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah” ( Riwayat Malik ).

Al-Sunnah juga tidak ketinggalan untuk di ikuti kerana Rasulullah s.a.w banyak menjelaskan permasalahan melalui kata-kata beliau yg telah di wahyukan Allah s.w.t kepada Baginda. Oleh itu, Generasi awal yg kita bincagkan ini menjadi contoh utama dalam kamus kehiudpan kita supaya kita tetap tegar untuk mengikuti seperti mereka. Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khottob, Uthman Bin Affan, Ali Bin Abi Tholib, Abdul Rahman Bin Auf, Anas Bin Malik, Abdullah Al-Jarrah, Muaz Bin Jabal, Handzalah, Abdullah Bin Umar, Khalid Al-Walid, Muawiyyah Bin Abi Suffian serta sahabat-sahabat Baginda yg lain. Al-Sunnah yg di ambil oleh para sahabat adalah semata-mata penafsiran kepada sumber utama iaitu Al-Quran. Aisyah r.anha ketika di tanya, Bagaimanakah akhlak Rasulullah s.a.w. ? Jawabnya :

” Kelakuan dan perjalanan hidup baginda itu ialah Al-Quran ” ( Riwayat An-Nasa’I ).

Lihat, hanya Al-Quran menjadi sumber utama mereka, sumber panduan dan ‘planning’ harian mereka. Tiada yg lain. Era kini, kita melihat jarang dan sangat jarang umat Islam menjadikan sumber utama ini, Al-Quran. Kalau ada pun, sekadar di mulut bukan di praktikkan dalam kehidupan seharian. Sekadar kita mendengar… :

” Kita punya ekonomi ini berlandaskan syariat, iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah ”

Namun tetap berlaku rasuah.

” Aku kahwin ikut landasan Al-quran ”

Tapi, tetap berbelanja besar untuk hari tersebut sehingga berlakunya pembaziran serta perceraian.

” Hidup aku ikut apa yg terkandung dalam Al-Quran dan Hadith ”

Namun, masih tetap berlaku persengketaan antara dia dengan keluarga, dia dengan jiran, juga dia dengan kawan-kawannya.

Saudaraku yg di hormati,

Kita melihat pelbagai suara-suara kebenaran yg ingin menegakkan Islam, di seluruh pelosok dunia ingin bersuara menyatakan kebenaran Islam melalui Al-Quran dan Al-Sunnah. Namun, pernah tak kita lihat diri sendiri? Pernah tak kita dalam sehari bermuhasabah atas apa yg telah di lakukan oleh tangan-tangan kita, kaki-kaki kita, mulut-multu kita atau setiap anggota tubuh badan kita? Pernah tak? Kita baca Al-Quran, laungkan zikir dan selawat, tapi pernah tak kita lakukan secara praktikal. Kata As-syahid Imam Hasan Al-Banna :-

” Jika anda ingin melihat Negara anda adalah Negara Al-Quran, maka tanamlah Negara Al-Quran dalam diri anda terlebih dahulu “.

Kata-kata yg penuh makna, kata-kata yg telah melihat gambaran kehidupan Baginda s.a.w serta Sahabat r.anhum. , yg mana telah di terjemahkan oleh beliau melalui beberapa baris kata yg penuh makna. Generasi awal dahulu telah menanamkan benih-benih Al-Quran dalam diri mereka terlebih dahulu, benih yg terdapatnya Aqidah, Ibadah, Akhlak, Muamalat, yg kemudiannya menjadi tunjang kepada mereka untuk di praktikkan dalam kehidupan mereka bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri dahulu. Inilah perkara asas yg telah di tanam oleh Baginda s.a.w. kepada sahabat Baginda. Hasilnya, lahirlah sebuah Negara Al-Quran di Madinah Al-Munawwarah, Negara Islam pertama di dunia. Ia bukan sekadar teori tetapi adalah praktikal dalam kehidupan kita.

Dalam kembara ini, perkara di atas banyak merewang-rewang dalam kepala otak saya. Perkara yg akan memberi satu tanggungjawab kepada diri untuk di perbaiki atas tunjuk ajar dari sumber yg ‘satu’. Kembara tersebut telah membuka satu lembaran baru kepada saya untuk terus memperbaiki diri saya serta membina diri orang lain seperti mana Rasulullah s.a.w membina para sahabat r.anhum. Kembara ini telah menyuruh diri saya untuk sentiasa berpegang teguh dengan isi kandungan Al-Quran. Kembara ini memberi tanggungjawab kepada diri ini untuk menyampaikan kepada orang lain. Kita bukan kata diri kita bagus apabila kita sudah boleh membina diri orang lain, tetapi kita merasakan diri kita ini bertanggungjawab atas kesedaran yg telah di berikan oleh Allah s.w.t kepada diri kita untuk kita sampaikan dan tunaikan tanggungjawab itu. Kata Al-Marhum Mustafa Masyhur :-

” Perbaiki diri, dan serulah orang lain “.

Kita mesti perbaiki diri, dan juga mengajak orang lain kepada kebaikan. Sama seperti Al-Quran di atas yg menyuruh kita untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari keburukan. Generasi ini boleh di bentuk, dan bentuklah ia dari bawah, dari asas. Kata pepatah melayu :-

” Melentur buluh biarlah dari rebungnya “.

Jangan tergesa-gesa seperti mengejar tikus yg pasti kita tidak dapat tangkap tanpa strateginya, iaitu perangkap tikus. Maka, rancang dengan baik dan berterusan melakukannya.

2 thoughts on “Kembara Kita: Generasi Baru

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s