Forum Remaja

Gambar Hiasan

Remaja. Pelbagai perkara di kaitkan dengan ramaja antaranya cinta, belajar, sukan, fesyen juga idola. Apabila kita timbang kembali sewaktu kita remaja, kita juga pernah alaminya. Tidak terelak juga kepada diri saya. Sebagai takrifan dari Ensiklopedia Wikipedia, Remaja membawa maksud golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. Hal ini merupalan sunnatullah, kanak-kanak akan meningkat remaja, remaja meningkat ke dewasa dan dewasa ke tua. Semuanya itu sudah tersusun dengan rapi oleh-Nya.

Berkenaan dengan tajuk yg saya pilih. Mungkin ada yg setuju dan juga ada yg tidak setuju. Namun itu semua hak masing-masing, hak melontarkan pandangan dan kita terima dengan dada yg lapang. Dalam kamus saya sebagai insan, saya melihat maksud forum ini dalam skop yg ringkas di fahami, satu perbincangan tentang sesuatu isu. Forum yg di susuli kaedah penyelesaian dan menerima pandangan daripada beberapa pihak untuk di ambil tindakan juga titik tolak bagi perubahan sesuatu perkara. Ini pandangan saya mengenai forum.


Untuk makluman, saya juga ahli forum sewaktu di sekolah menengah dahulu dan saya amat menyukainya. Berbanding debat, saya kurang sikit. Saya sendiri tidak tahu mengapa saya tidak berapa suka konsep yg di bawa dalam debat. Oleh itu, bagi mereka yg di gelar ‘Budak Debat’ saya mohon maaf sekiranya dalam perbincangan ini saya tidak menyokong kalian. Bukan bermakna saya tidak sokong, saya membencinya, tidak! Tidak sama sekali! Saya hanya memberi pandangan bagi remaja di luar sana.

Dalam pandangan saya, saya melihat forum ini seperti latihan perbincangan khususnya bagi mereka yg selalu di panggil meeting(tidak lupa juga, debat). Konsep forum yg di bawa sangat bersesuaian dengan suasana meeting yg melebihkan cara perbincangan berbanding perdebatan atau perbahasan. Seperti di dalam kolum, saya tidak nafikan peranan debat dalam memberikan latihan kepada remaja kita, namun keseuaian konsep adalah lebih kepada forum berbanding debat. Suasana forum yg tenang juga bersahaja sangat memberikan kelebihan kepada mereka yg akan berbincang sesuatu isu. Kita perlu faham bahawa untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu berfikir dalam keadaan rasional bukan emosional. Hal ini penting bagi menjaga kewarasan akal kita supaya tidak memutuskan sesuatu perkara berdasarkan nasfu ammarah atau nafsu yg bersifat binatang. Hanya tahu keputusan yg di buat akan memberi kelebihan kepada dia seorang sahaja. Tidak! Kita tidak mahu begini!

” Serulah manusia kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yg baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yg baik” ( Surah An-Nahl:125 ).

Lihat! Ayat suci ini juga menganjurkan pengajaran yg baik dan juga debat, debat yg baik bukan yg menimbulkan kekeliruan atau kekecohan. Saya melihat ayat ini banyak memberi gambaran untuk membentuk diri kita ini dalam keadaan terbaik apabila berbincang dengan manusia khsusnya bagi mereka yg tidak sehaluan dengan kita. Oleh itu, forum merupakan latihan terbaik bagi mewujudkan perbincangan yg terbaik. Saya tidak tolak perdebatan, kerana ia juga menghasilkan natijah yg baik apabila kita gunakan ia pada tempat yg betul.

5 thoughts on “Forum Remaja

  1. debat merupakan medan utk belajar menegakkan sesuatu…..
    debat mengajar untuk bertindak lebih tegas dlm membuat keputusan…
    forum lebih kepada perbincangan utk mecapai sesuatu..
    debat lebih kepada mencapai sesuatu….

    walau apa2 pun, debat & forum menyumbang ke arah menjana ilmu dan pengetahuan…

    sy suka debat n syg pd debat… 🙂

  2. salam. as long as debat n forum bg peluang untk memberi opinion, selagi tu sy sokong. yg penting ad jln penyelesiaannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s