Selamat Pengantin Baru, Ustaz Sofee!

Ustaz Mohd Sofee bersama pasangannya, Nurul Izzati Bt. Jamaluddin

Selamat Pengantin Baru! Tahniah di ucapkan kepada rakan seperjuangan saya, Ustaz Mohd Sofee Bin Hj. Mustafar bersama pasangannya, Nurul Izzati Bt. Jamaluddin. Menjadi lumrah kepada setiap jiwa ingin berpasangan, dan yg paling menguntungkan apabila kita berpasangan kerana Allah s.w.t. Bukan bermakna saya katakan di sini bahawa couple kerana Allah di bolehkan, yg saya maksudkan di sini adalah ‘berkahwin’ kerana satu ikatan aqidah yg suci. Maafkan saya kepada mereka yg sedang hangat ber‘couple’.

” Aku terima nikahnya…”

Maka sahlah ikatan perkahwinan itu berlandaskan syariat. Islam amat menjaga tatatertib berkeluarga juga berhubungan. Perkahwinan itu akan lebih bermakna apabila pasangan kita itu punyai visi yg sama iaitu mencapai mardhotillah.


Penulis bersama pengantin lelaki, Ustaz Mohd Sofee B. Mustafar serta rakan seperjuangan, Saudara Razman.

Cinta kerana Allah amat suci dalam kehidupan kita. Semua manusia ingin mengejar cinta yg hakiki, dan ketahuilah wahai saudaraku! Cinta yg hakiki hanyalah daripada Allah s.w.t , bukan daripada manusia. Perkara ini perlu jelas supaya hidup kita tidak terhuyung haying deg nafsu yg bergelora dalam kehidupan kita. Tambahan pula, cinta kerana Allah ini cukup luas malah lebih bermakna kerana kita cinta atas kefahaman yg sama-sama di yakini.


Penulis menjadi Deejay Majlis Perkahwinan Ustaz Mohd Sofee.

Dalam majlis ini juga, saya di beri kesempatan untuk menimba pengalaman baru, pengalaman sebagai Deejay. Hm, bagi yg pelik, cuba dengar orang selalu cerabeh dalam radio. Ha! Itulah deejay. Saya jadi deejay. Bagi saya ia bukanlah tugas yg mudah di sangkakan lebih-lebih lagi kita ingin membawa sekali info-info islamik dalam majlis tersebut. Tugas deejay haruslah kita anggap seperti seorang Da’i yg ingin menyampaikan kebenaran. Maklumlah dalam majlis tersebut ada pelbagai jenis manusia dan ragam mereka. Kata-kata yg di susun perlu lah bersesuain dengan situasi majlis tersebut. Ayat-ayat Al-Quran menjadi sumber utama dalam pembicaraan kita yg di ikuti Al-Sunnah. Alhamdulillah, usaha saya berbaloi dengan respon yg di berikan oleh Pengantin sendiri dan Tuan Rumahnya sekali. Saya tekad, ini merupakan peluang saya untuk sampaikan kebenaran, kebenaran mencintai manusia kerana Allah s.w.t.

6 thoughts on “Selamat Pengantin Baru, Ustaz Sofee!

  1. bagus r jadi deejaY Yg mcm tu…. nanti bukak r khidmat deejay yg macam tu untuk ape2 majlis ye.. 🙂 salam

  2. slm…tahniah diucpkan…w’pun 1st time jd DJ,tp dh dpt respon yg baik…teruskan melangkah sbg da’i…siapa lg yg akan bntu agama Allah jika bkn kita…”jika kamu menolong agama Allah,nescaya Allah akn membantu kamu(47:7)”
    =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s