Taubat Nasuha: Taubat kepada Manusia

” Mengerjakan Taubat itu hukumnya wajib dari segala macam dosa. Jikalau kemaksiatan itu terjadi antara seseorang hamba Allah dengan Allah s.w.t sahaja, yakni tidak ada hubungannya dengan hak seseorang manusia yang lain, maka untuk bertaubat itu harus menepati tiga syarat iaitu: Pertama; hendaklah menghentikan sama sekali seketika itu juga dari kemaksiatan yang dilakukan, kedua; supaya merasa menyesal kerana telah melakukan kesalahan(kemasiatan) tadi dan ketiga; berniat tidak akan mengulangi perbuatan maksiat tersebut selama-lamanya. Apabila kemaksiatan itu ada hubungannya dengan sesama manusia, maka syarat-syaratnya itu ada empat macam, yaitu tiga syarat yang tersebut di atas dan keempatnya ialah supaya melepas-kan tanggungan itu dari hak kawannya. Maka jikalau tanggungan itu berupa harta atau yang semisal dengan itu, maka wajiblah mengembalikannya kepada yang berhak tadi, jikalau berupa dakwaan zina atau yang semisal dengan itu, maka hendaklah mencabut dakwaan tadi dari orang yang didakwakan atau meminta saja pengampunan daripada kawannya dan jikalau merupakan pengumpatan, maka hendaklah meminta penghalalang yakni pemaafan dari umpatannya itu kepada orang yang diumpat olehnya.”

lalu, kita melihat taubat di sisi manusia dengan Allah s.w.t.. Namun, mungkin antara kita yg masih kabur bagaimana pula kalau kila buat salah sesama manusia? Saya juga tidak terlelak daripada melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap ibu bapa, kaum keluarga dan juga rakan-rakan saya. Tapi, saya sudah biasakan diri saya dengan ucapan :

” Maafkan aku, aku buat salah tadi ”

Kebiasaan meminta maaf sangat penting bagi diri kita supaya setiap kali kesilapan yg kita lakukan, kita akan bersegera memnita maaf. Ini penting, supaya amalan kita nanti akan terus di terima oleh Allah s.w.t tanpa halangan daripada kesalahan yg kita lakukan kepada manusia lain. Mari kita perhati sabda junjungan s.a.w. :

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Demi Allah, sesungguhnya saya itu niscayalah memohonkan pengampunan kepada Allah serta bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.” (Riwayat Bukhari)

Keperibadian yg di tunjukkan oleh baginda rasul sangat tinggi dan menjadi contoh tauladan kepada kita. Saya dapat ambil beberapa mutiara dari sabda ini melalui pemerhatian saya :-

  1. Taubat dahulu kepada Allah s.w.t. , ketahuilah bahawa Allah itu menciptakan kita, mengizinkan kita hidup di dunia ini. Setiap perkara maksiat dan dosa yg kita lakukan, wajiblah kita mohon daripada Allah s.w.t. , bukan sesama manusia. Saya tidak kata bahawa tidak perlu mohon ampun daripada manusia, malahan wajib apabila maksiat yg kita pohon ampun tadi berpaut kepada manusia, maka perlulah kita mohon ampun daripada mereka.
  2. Jangan malu untuk bertaubat, dalam perkara ini sangat penting sekali kita mengetepikan perasaan malu untuk memohon ampun kepada Allah s.w.t dan manusia yg kita lukakan hatinya. Sikap segera memhon ampun amat di titikberatkan dalam kita bertuabat kepada-Nya. Ingat, jangan kita sombong dan bongkak ketika kita memohon ampun daripada Allah s.w.t tetapi kita tunduk dengan penuh tawadhu’ serta rendah diri di hadapan Allah s.w.t.

Pengajaran yg saya lontarkan dari hadith ini adalah mengutamakan bertaubat kepada Allah s.w.t serta memohon maaf serta maaf sesama manusia. Dewasa ini, sikap memohon maaf di kalangan masyarakat kita sangat lemah sekali atau kurang sekali di lakukan oleh masyarakat kita khususnya mereka yg beragama Islam. Kita pelik, dan saya juga pelik mengapa kita terlalu mengagungkan tamadun barat sedangkan kita punyai tamadun yg paling berkesan dalam kehidupan kita? Lihat, penjelasan taubat yg di bawa oleh Imam Nawawi sungguh unik dan indah berbanding teori barat yg hanya sekadar teori semata-mata.

Da’i ku yg di sayangi, dalam hal ini, kita perlu titik beratkan sikap ini dalam kehidupan kita. Kehidupan kita yg menuju kejayaan hakiki di ‘sana’. Hal ini merupakan satu titik tolak kepada kita untuk berubah menjadi lebih baik dari apa yg ada dalam diri kita sekarang. Saya juga wajib berubah dan apatah lagi saya yg menganjurkan sikap ini, wajiblah saya melakukannya.

” Wahai orang beriman! Mengapa kamu katakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan? ( itu ) sangatlah di benci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg tidak kamu kerjakan” ( Surah As-Saff:2-3 )

Saya dan juga anda tidak mahu di benci oleh Allah s.w.t. Jadi, ayuh! Bersama kita ubah diri kita, kembalikan kebaikan dalam diri kita seterusnya menjadi insan yg pemaaf dan memohon maaf dengan segera. Oleh itu, dalam kesempatan ini, kepada pembaca sekalian terutamanya kepada rakan-rakan saya, saya memohon maaf selama saya mengenali anda dan saya juga memaafkan anda sebagai seorang yg jahil di sisi-Nya. Ampunkan saya, saya manusia biasa seperti anda. Kembali menghayati agama kita!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s