Kembara Kita: Aku, Athirah dan Bangi


Ikan ‘Sweat & Sour’ di Restoran Athirah.

Kali ini aku guna panggilan ‘aku’, sebelum ini aku guna panggilan ‘saya’ untuk isu yg lepas dalam slot Kembara Kita. Aku ingin sambung kembali kembara ku yg pada paginya bermula dari Lawatan Industri(isu Kembara Kita). Banyak manfaat yg di perolehi dari kembara yg ku lalui ini. Kemudian, perjalanan seterusnya ke Bandar Baru Bangi serta Kajang di Selangor. Rumah Kawan-kawanku. Tujuan, menziarahi

banyak agar kamu beruntung” ( Surah Al-Jumu’ah:10 ).

Aku merasakan ayat ini sangat penting dalam pengembaraanku, sepanjang pengembaraanku. Dalam ayat indah ini, banyak bukti yg ingin di jelaskan oleh empunya dunia ini kepada hamba-hambaNya. Ketahuilah wahai saudaraku! Allah itu sangat Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Allah itu tahu semua yg baik untuk hambaNya. Oleh itu, anda tidak perlu risau apabila berkembara sekiranya anda berkembara kerana ayat di atas. Aku resap ayat ini dalam hatiku, aku hayati ayat-ayatNya supaya ia menjadi pemangkin bagiku untuk terus berkembara.

Aku namakan artikel kali ini dengan Aku, Athirah dan Bangi. Athirah? Siapakah itu? Anda tidak perlu risau atau bimbang dengan ‘status’ Athirah itu. Ia bukan isteriku mahupun buah hatiku. Bukan! Ia hanya nama sebuah restoran yg aku dan kawan-kawanku menjamu selera untuk makan malam. Aku ambil nama restoran tersebut kerana peristiwa ziarahku memuncak di sini. Tempat makan.

Selepas tamat pengembaraanku di Shah Alam, kawasan industri, aku menyambung pengembaraanku ke Bangi dan ke Kajang. Membonceng motosikal burukku. Perjalanan mengambil masa 15 minit untuk tiba ke destinasi. Aku tiba di rumah kawan-kawanku hampir pada pukul 7.00 petang, rumah Akhi Hakim dan Afizhi. Setibanya aku di sana, aku di jamu mimum petang oleh mereka. Simple. Kemudian, masing-masing bersiap ingin menunaikan solah di surau beredekatan. Hmmm, perkara inilah menarik hatiku untuk menceritakan kepada anda semua. Mungkin anda juga sudah biasa dengar.

“Sesungguhnya mereka adalah para pemuda yg beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka” ( Surah Al-Kahfi:13 ).

Aku ambil ayat di atas sebagai dalil bagi penceritaanku ini. Aku tertarik dengan pembahagian waktu kawan-kawanku guna dalam kehidupan seharian mereka. Mereka menggunakan masa itu dengan efektif sekali dalam mengabdikan diri mereka kepada Allah dan bekerja di dunia sepenuh hati. Mereka adalah pemuda yg ditambah hidayah di dunia ini untuk menunjuk mereka yg sesat di atas dunia ini. Walaupun mereka adalah mahasiswa di Instituti Pengajian Tinggi, mereka tetap mampu menyusun waktu mereka, yg kita tahu bahawa kebanyakan mahasiswa di Negara kita ini sangat sibuk sehinggakan tiada masa untuk ‘bertemu’ empunya dunia ini. Aku terdetik.

‘Alangkah bagusya semua mahasiswa seperti kawanku ini’

Aku bukan nak banggakan kawanku ini. Tapi sebagai contoh kepada semua mahasiswa yg sering beri alasan bahawa mereka tidak punya masa untuk di peruntukkan ‘bertemu’ Allah s.w.t.

‘Alah, sibuk arrr. Tak da masa aku nak pi surau tu’.

‘Nantila… Ko pegi la dulu, nanti aku follow’.

Mereka bersiap dan membawaku ke surau, tempat kebiasaanku ‘bertemu’ Allah s.w.t. Solah Maghrib dan Isya’. Mereka ini juga antara yg mendorongku menulis blog, wadah ku mengingati diriku sendiri. Terima kasih, kawanku. Seterusnya, pengembaraanku dan kawan-kawanku di teruskan ke Restoran Athirah. Masing-masing meng’order’ menu sendiri. Aku sendiri hanya memesan nasi putih dengan Sotong Goreng Tepung(jangan keliur pulak!). Seorang kawanku memesan ikan masak sweat and sour.Hmmm, sedap bunyinya. Menunggu menjadi kebiasaan, 15 minit. Makanan tiba, namun satu menu belum tiba. Apakah ia?

Ikan masak sweat and sour menjadi menu terakhir kami, menu yg tertinggal tadi. Kawanku terpanar kerana menyangkakan ikan hanya bersaiz telapak tangan tetapi ia merupakan ikan berskala besar, mungkin 3 kali penumbuk tangan aku. Kawanku mengisyaratkan kepada kami untuk menyelesaikan bersama dengan dia.

‘Tak larat den nak makan sensorang ni’ keluhnya.

‘Hmmm, setle!’ sahut kami.

Pelahap, memang itulah sifat seorang lelaki yg bertemu makanan yg terhidang di depan mata! Dalam beberapa kelip mata, ikan tadi yg penuh dengan isi kembali menjadi tulang, kegemaran kucing di bahagian dapur. Aku terkenang kisah Rasulullah s.a.w bersama sahabat baginda. Ketika itu, musim kering melanda di Madinah. Panas dan Kering. Abu Bakar As-Siddiq bersama Umar Al-Khottab berbincang fasal kegawatan musim itu. Mereka berdua, masing-masing meletakkan seketul batu di ikat di perut mereka. Rasulullah s.a.w berlalu di hadapan mereka berdua dan menyapa mereka. Lalu, mereka menceritakan kegawatan yg melanda di Madinah ketika itu. Rasulullah s.a.w tersenyum lalu mengangkat kain baginda yg terikatnya 3 ketul batu di perut baginda. MasyaALLAH, mampukah aku menahan seperti baginda Rasul? Mampukah kami??

Ucapan syukur menetap di bibirku. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas kurniaanmu kepada kami. Beberapa pengajaran yg dapat di kutip dalam pengembaraanku ini. Pertama, berkembaralah di atas bumi ini, bumi Allah s.w.t. Banyak keuntungan yg akan di perolehi apabila anda berkembara, percayalah! Kedua, sentiasa dalam nada dan keadaan bersyukur dengan apa yg anda perolehi. Ramai manusia yg masih mencari makanan harian mereka di lorong-lorong kotor belakang kedai. Masih ramai manusia di luar sana yg kekurangan barangan harian sehingga mereka terpaksa mencuri dan berbagai perkara menghayat hati berlaku di seluruh tempat. Tidak kira masa dan tempat. Oleh itu, pengahayatan dalam pengembaraan ini aku titipkan buat pembaca budiman. Ambil yg jernih, buang yg keruh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s