Aqidah Kita ( Bahagian 1 )

Pilihan terletak di tangan anda!

Adakah anda faham tentang pegangan anda hari ini sepenuhnya? Adakah anda yakin dengan pegangan anda hari ini? Sejauh manakah anda meyakini dan mengimani hakikat pegangan anda itu? Persoalan ini tertumpu kepada anda dan juga saya. Sejauh manakah kita faham akan ‘pegangan’ kita hingga hari ini?

yg kita genggam hingga hari ini. Tujuan penulisan ini bukanlah hendak menimbulkan perasaan was-was dalam diri anda atau saya, cuma kita mahu lebih faham tentang pegangan kita selama ini. Kita hendak menjadi orang yg tahu apa yg kita yakini, bukan menjadi orang yg hanya membabi buta mengikut apa yg orang lain yakini.

Dalam kitab Maza Ya’ni li intimai’il Islam ( Apa erti saya menganut Islam? ), Ustaz Fathi Yakan menerangkan bahawa erti menganut Islam itu adalah penggabungan diri ke dalam Islam dan bukanlah penggabungan yg di warisi daripada ibu bapa kita, atau sekadar hobi kita atau hanya sekadar lahiriah tubuh badan kita. Bukan! Apa yg ingin di maksudkan oleh Ustaz Fathi Yakan ialah penggabungan dalam Islam itu secara rela oleh diri sendiri, beriltizam dengan segala arahan dan larangan dalam Islam malahan menyesuaikan diri dengan Islam dalam semua aspek kehidupan kita. Secara mudahnya, sangat yakin akan kebenaran Islam itu sendiri sehingga menghasilkan tindak balas rela untuk mengikutinya dalam setiap aspek kehidupan kita. Kita berpegang dengan sepenuhnya kepada Islam!

“Wahai orang-orang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara seluruhnya dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh ia musuh nyata bagi kamu” ( Surah Al-Baqarah:208 ).

Aqidah yg kita yakini ini serta kita sering sanjung ini hendaklah kita amalkan sepenuhnya, hidup dengan sistemnya, mengikut aturannya serta menghindar diri kita daripada perkara yg telah di larang atau di haramkan. Keyakinan pada Aqidah ini sangat penting dalam menjadikan kehidupan kita ini adalah penggabungan secara total! Bukan sekadar sekerta-kerat! Ambil sana sikit, ambil situ sedikit. Bukan yg itu wahai saudaraku! Kita mahu penggabungan ini bukan sekadar di tikar solah, tetapi dalam pekerjaan harian kita sepanjang hayat kita di dunia ini. Kehidupan yg baik di dunia dan akhirat!

“Dan di antara mereka ada yg berdoa ‘Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka'” ( Surah Al-Baqarah:201 ).

Islam itu sendiri telah mengarahkan penganutnya menggapai kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Oleh itu, inilah sistem Aqidah yg sempurna, menyempurnakan kehidupan kita sekarang malah kehidupan kita selepas mati nanti. Namun, bagaimana pengikut-Nya sekarang masih tidak menyakini malah memperlekehkan Aqidah yg mulia ini? Adakah belum cukup bagi kita untuk mempercayai bahawa inilah Aqidah kita? Sampai bila kita hendak berdalih dalam mempercayainya malah ingin meyakininya?

Menurut Ustaz Fathi Yakan:-

Aqidah yg benar dan sah adalah syarat utama dan pertama kepada pengakuan seseorang yg telah menerima Islam sebagai agama yg mengatur hidupnya.

Oleh itu, kita wajib memastikan Aqidah kita ini benar dan sah sebagai pengakuan kita sebagai seorang Muslim yg menerima Islam sebagai aturcara kehidupannya. Kita lihat pada zaman moden ini, banyak penyelewangan Aqidah berlaku di dalam Negara kita. Tidak cukup dengan ‘Kerajaan Langit’ Ayah Pin, Negara di gemparkan dengan pengakuan seorang Melayu, yg mengaku sebagai Nabi Orang Melayu, telah meletakkan jawatan sebagai Nabi! Apa sudah jadi!? Apakah Nabi mempunyai tempoh penjawatannya dalam tugasannya sebagai Nabi?? Tidak! Melainkan maut yg menjemputnya.

Lihat, fikir dan kajilah Al-Quran serta sirah Nabi Muhammad s.a.w yg membuktikan bahawa tugas kita sebagai Muslim adalah kekal hingga kita kembali kepada-Nya. Hanya Aqidah yg benar dan suci sahaja dapat menghalang daripada mempercayai ‘pegangan’ yg songsang itu.


Erti anuti Islam adalah seulruh kehidupan kita bergantung pada Sistem Islam itu sendiri.

Kata Ustaz Fathi Yakan lagi:-

Aqidah yg kita yakini mestilah sejajar dengan apa yg termaktub dalam kitab Al-Quran dan Al-Sunnah.

Pendapat ini amat benar kerana Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan sumber utama pegangan umat Islam. Umat Kita! Maka, tidak dapat di nafikan bahawa ajaran-ajaran sesat di dalam Negara tidak mengikut dua sumber utama ini malahan ia bercanggah dengan isi di dalam kedua-dua sumber tersebut. Maka layaklah ia di gelar ajaran sesat.

“Rasulullah s.a.w telah beriman kepada wahyu yg di turunkan kepadanya dari Tuhan pemeliharanya, juga orang-orang yg beriman. Seluruh mereka beriman kepada Allah, para Malaikat-Nya, kepada kitab-kitab-Nya dan kepada para Rasul-Nya. (Mereka berkata); ‘Kami tidak membezakan di antara sesiapa pun dari Rasul-Nya itu’ dan mereka berkata; ‘Kami dengar dan kami taat’, Kami pohon keampunan-Mu wahai tuhan kami dan kepada-Mulah kami kembali” ( Surah Al-Baqarah:285 ).

Lihatlah ayat ini, ayat yg menyatakan keimanan Rasulullah s.a.w dan juga orang-orang yg beriman. Keyakinan mereka terhadap Allah s.w.t, Rasul-rasul terdahulu, Kitab-kitab terdahulu, Para Malaikat, Hari Qiamat serta Qada’ dan Qadar. Keyakinan mereka amat utuh di ibaratkan Gunung Everest yg kukuh terpacak di Himalaya. Seluruh orang yg beriman di zaman Rasulullah s.a.w beriman dengan bersungguh-sungguh, mereka dengar dan taat pada tiap ajarannya. Keimanan inilah yg kita patut kecapi dan sentiasa kita kejar supaya iman kita sentiasa di perbaharui dan bertambah kuatnya dalam setiap kehidupan kita. Kita mesti yakini dengan Aqidah yg benar serta suci akan menyinari kehidupan kita dengan sinar kebahagiaan yg secerah mentari di ufuk timur.

Menurut Sayyid Sabiq dalam kitabnya, Aqidah Islam:-

Islam itu agama Allah yg diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w yg terdiri daripada Iman dan Amal.

Katanya lagi:-

Iman itu ibarat Aqidah dan Amal itu seperti Syari’ah.

Apakah gambarang yg kita dapat daripada ungkapan di atas? Iman yg di ibaratkan sebagai Aqidah atau pegangan ialah membenarkan atau kepercayaan orang Mukmin terhadap pegangannya manakala Amal seperti Syari’ah adalah gambaran atau tingkah laku kepada Iman, Aqidah atau pegangan itu tadi dalam diri orang Mukmin. Kedua-dua perkara ini tidak dapat di pisahkan, ibarat aur dengan tebing, lagu dengan irama atau isi dengan kuku. Sekiranya berpisah maka pincanglah sebahagiannya. Semestinya perkara ini seiring dalam kehidupan kita sebagai seorang Mukmin, supaya dalam diri kita tidak timbul kepura-puraan dalam kepercayaan kita. Tiada lagi istilah ‘Don’t judge the Book by its Cover’ yg sering di ungkapkan oleh orang kita.

‘Kau jangan tengok aku pakai seluar pendek la, Aku solah jugak’

‘Alah, panasla pakai tudung. Orang pakai tudung pun belum tentu baikla’

Ungkapan ‘orang kita’. Bukan saya hendak kata mereka tidak beriman, tetapi mereka belum beriman sepenuh jiwa dan raganya. Di sini saya hendak kita sama-sama faham bahawa beriman itu bukan sekadar ruh atau jiwa sahaja tetapi segala
bentuk fizikal juga beriman. Hal ini kerana Allah s.w.t bukan memberi kita jiwa sahaja, tetapi memberi kita satu bentuk fizikal yg sempurna supaya patuh dan taat atas segala perintah-Nya. Bak kata pepatah ‘Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’, begitu juga dengan Aqidah atau pegangan kita, sudah kita yakini dan kita anuti maka patuhilah keseluruhannya.

“Dan tidak aku ciptakan Jin dan Manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaku” ( Surah Adz-Zariyaat:56 )

Bahan rujukan :-

  1. Al-Quran.
  2. Maza ya’ni li intimai’il Islam ( Apa ertis saya menganut Islam? ).
  3. Aqidah Islam.

One thought on “Aqidah Kita ( Bahagian 1 )

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s