Selamat Datang! Mahasiswa Baru

Mahasiswa dan Mahasiswi baru di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Selamat Datang ke Alam Universiti! Tanggal 27 Jun 2008, seluruh Instituisi Pengajian Tinggi telah memulakan pengambilan pelajar baru bagi sesi 2008/2009. Termasuk juga tempat pengajian saya iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Saya sendiri menawarkan diri menjadi urusetia bagi Minggu Ta’aruf atau Minggu Orientasi. Pelbagai ragam yg dapat di perhatikan semasa program ini berlangsung. Oleh itu, sekali lagi saya ucapkan Selamat datang juga Selamat Menghadapi Ujian Alam Baru, Dunia Baru!

sebagai seorang senior dan juga sebagai manusia biasa. Pemerhatian yg di lihat dari aspek seorang Mahasiswa ialah merasakan dirinya sudah matang, senior, juga sebagai orang yg perlu di hormati oleh Mahasiswa baru. Oleh itu, tidak hairanlah kalau semua Mahasiswa lama merasa bangga apabila Mahasiswa dan Mahasiswi baru yg akan memanggil mereka dengan ‘abang’ atau ‘kakak’. Huh? Banggakah??

Sebagai seorang Da’i, kita semua adalah Da’i, melihat kebanjiran Mahasiswa baru ini masuk maka ia merupakan peluang yg besar untuk merekrut mereka kerana kemuliaan akhlak dan keperibadian tinggi yg di tunjukkan oleh si Da’i ini mampu menarik mereka menuju jalan yg lurus.

” Tunjukkilah kami jalan yg lurus” ( Surah Al-Fatihah:6 )

Generasi Baru ini, yg baru setahun jagung, perlukan tunjuk ajar daripada mereka yg berpengalaman dalam perkara ini. Akhlak yg mulia, kebiasaannya, menjadi modal utama kepada para Da’i bagi membimbing mereka di Alam Universiti ini. Tanggungjawab ini wajib di pikul oleh mereka dengan penuh amanah dan tekad untuk menyebarluaskan Dakwah Islam ini. Mungkin di kalangan kita, kebanyakan mereka akan bersuara :-

‘Ah! Nak buat pa tolong diorg tue. Buang masa aku ja’

‘Alah, aku sibuk arrr. Lain kali la aku bantu diorg nie’

Ini realiti, dan menjadi kenyataan di semua universiti. Masih kurang di kalangan Mahasiswa senior kita yg tidak mengambil berat tentang Dakwah apatah lagi mereka ingin faham tentang Islam itu sendiri. Selagi mana halangan dalam diri ini tidak di lawan, selagi itu diri Mahasiswa senior ini tidak akan berubah kepada menghayati Islam. Mereka tidak melihat peluang yg terhidang di depan mata untuk di manipulasikan menjadi medan Dakwah di universiti. Namun, saya tidak nafikan mereka yg thabat dalam jalan Dakwah ini ramai dan sedang berusaha gigih mengembangkan Dakwah kepada Mahasiswa baru.


Mahasiswa baru sedang beratur menunggu arahan urusetia.

Saya suka tekankan bahawa kewajipan Dakwah ini bukan hanya kepada segolongan sahaja, mereka yg faham tentang Dakwah tetapi mereka yg juga di gelar Pemerhati Bebas, manusia biasa. Saya ambil dari sabda junjungan s.a.w :-

“Barangsiapa yg menyebut kalimah, La ilah ha illa Allah, maka dia adalah Da’i”

Anda juga Da’i, saya juga adalah Da’i! Oleh itu, semua kita bertanggungjawab menyebarluaskan Dakwah Islam kepada mereka yg baru menuju ke Alam Baru ini. Bimbinglah mereka. Saya juga ambil kesempatan untuk memberi sedikit tips kepada mereka yg tekun melaksanakan Dakwah :-

i.    Rapatkan diri dengan setiap pelajar terutama yang berpotensi..

ii.    Ambil peluang minngu taaruf (orientasi).

iii.    Jangan tinggalkan kelaziman ke surau mahupun masjid.

iv.    Sentiasa menjaga akhlak agar menjadi qudwah yang baik kepada manusia.

v.    Banyakkan membaca agar kematangan dan kefahaman meningkat.

vi.    Ambil masa untuk kenal mad’u (jangan terburu-buru).

vii.    Mencari teman seperjuangan agar tidak rasa keseorangan dalam menjalankan dakwah.

viii.    Senaraikan mad’u dan sediakan senaraikan gerak kerja agar setiap kerja terancang dan tidak kelam –kabut.

ix.    Aturkan satu program tajmi’ (futsal,kayak dan lain2)

x.    Cuba praktikkan sunnah dan bekerja secara berjemaah.

xi.    Jangan abaikan hubungan dengan ALLAH dan jemaah.

xii.    Sedia untuk melaburkan wang untuk mengikat hati mad’u

xiii.    Sedia memberi bantuan kepada mana-mana orang yang memerlukan.

xiv.    Jadilah peribadi yang menonjol.

xv.    Berbincang dengan naqib.

xvi.    Sentiasa cemerlang dalam akademik agar menjadi rujukan orang lain dan tidak dipandang enteng oleh mad’u dan masyarakat sekitar.

Senarai di atas semuanya adalah pandangan daripada Mahasiswa senior yg sangat prihatin kepada Mahasiswa yg baru. Mereka tekad untuk membulatkan usaha bagi membantu mereka dan membentangkan jalan yg lurus kepada mereka. Oleh itu, jangan lepaskan peluang kerana inilah peluang anda menambah saham anda di akhirat sana.

 

 

Salam Da’i daripada saya.

Advertisements

5 thoughts on “Selamat Datang! Mahasiswa Baru

  1. Jazakillah kerana terus menyokong saya.

    Ukhti sya,
    Dalam menjadikan diri kita ini sentiasa dalam jalan-Nya ialah sentiasa berlapang dada dengan kelemahan kita dan juga kelemahan org lain. Apa yg di tegur oleh rakan harus diperhatikan supaya diri kita tidak tergelincir. Yg penting ialah ia harus bermula drpd diri kita sendiri.

    Kan kawan adalah cerminan terbaik bagi diri kita?

    sekian.

  2. mabruk ‘alaik coz wt blog ni..
    makanan hati yg bagus..
    hope dpt teruskan di masa akan dtg..
    ALLAH sentiasa bersama hambanya yg berusaha wlupun dlm pelbagai cara..
    nak mntk tlg ckt leh??
    klu de lg blog2 cmni yg akh tau tlg inform kt sy..
    sy baru je berjinak2 dgn benda ni sume..
    sykuran kathir..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s