Bertafakkur dan Bersyukurlah

 

Tujuannya ialah supaya anda mengingat segala nikmat dan kurnia yg di anugerahkan oleh Allah s.w.t kepada anda- nikmat yg meliputi anda dari atas kepala hingga ke bawah tapak kaki anda. Tidak perlu pergi jauh, lihat diri anda sendiri!

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat mengiranya”

Kesihatan tubuh badan kita, keamanan dalam Negara, makanan, pakaian, udara dan air yg bersih. Anda sudah mempunyai dunia sedang anda tidak menyedarinya, anda mempunyai hidup sedang anda tidak mengetahuinya.

“Dan Dia sudah menyempurnakan nikmat-nikmatnya bagi kamu, meliputi yg zahir dan yg batin”

Ingatlah bahawa anda mempunyai dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

“Nikmat Allah yg mana lagi ingin kamu dustakan?”

Adakah satu masalah bagi anda jika anda mampu berjalan menggunakan kaki? Bagaimana jika kedua-duanya kudung?

Adakah satu hal yg kecil bagi anda yg masih boleh tidur dengan lelap, sedangkan ramai orang yg tidak dapat melelapkan mata kerana menahan sakit kerana penyakit yg menimpanya?

Adakah anda tidak merasa apa-apa memakan makanan yg lazat sekenyangnya dan meminum minuman yg sedap sepuasnya, padahal ketika itu masih terdapat ramai orang yg tidak boleh makan dan minum kerana sesuatu penyakit?

Hayatilah! Hayatilah semula tentang anugerah pendengaranmu yg di jauhkan daripada tuli, tentang anugerah penglihatanmu yg di jauhkan dari buta, tentang anugerah kulitmu yg terhindar dari penyakit sopak dan yg seumpamanya. Dan jangan kamu lupa merenung dan memikirkan anugerah akal fikiranmu, bagaimana sekiranya anda ditakdirkan gila atau tidak siuman?

Adakah anda mahu menukar anugerah penglihatan yg anda punyai dengan emas sebesar Gunung Uhud? Adakah anda rela menjual anugerah pendengaran yg anda punyai dengan perak seberat Gunung Kinabalu? Adakah anda bersedia menukar lisan anda dengan istana-istana yg megah tetapi selepas itu anda menjadi orang bisu? Adakah anda rela menukar kedua-dua tangan anda dengan rantai-rantai intan dan permata tetapi selepas itu anda menjadi orang yg kudung tangan?

Sesungguhnya anda sedang di liputi nikmat yg banyak dan sangat bernilai tetapi anda tidak menyedarinya. Mengapa anda masih bersedih sedangkan pada waktu yg sama anda mempunyai makanan sedap, air bersih untuk di minum, boleh tidur lena dan sihat tubuh badan? Anda terus menangisi apa yg pergi daripada anda, bukan mensyukuri apa yg sudah anda punyai. Anda susah hati kerana mengalami kerugian harta benda, sedang pada waktu yg sama di tangan anda ada anak kunci kebahagiaan, gudang kebaikan, anugerah, nikmat dan lain-lain. Berfikir dan bersyukurlah!

“Terhadap diri kamu sendiri, mengapa kamu tidak perhatikan?”

Fikirkanlah tentang dirimu, keluargamu, rumahmu, pekerjaanmu, kesihatanmu, kawan-kawanmu dan dunia sekelilingmu.

“mereka mengetahui nikmat Allah itu, kemudian mereka mengingkarinya”

Ketahuilah semua yg di beri Allah kepada anda itu cukup sempurna dan tiada cacat celanya. Malah anda merupakan sebaik-baik ciptaan yg di cipta-Nya di dunia ini. Menjadikan diri mu mulia di dunia ini.

“Sungguh Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebai-baiknya” ( Surah At-Tin:4 ).

Anda sebaik-baik ciptaan-Nya, maka bersyukurlah dengan apa yg ada! Jangan di fikirkan nikmat lain yg belum pasti anda akan perolehinya, fikirkanlah nikmat yg sudah ada dalam dirimu itu! Jangan mengharap bantuan lain selain daripada-Nya kerana anda tahu bahawa Dialah menciptamu dan mengetahui segala yg ada padamu. Oleh itu, jangan sombong pada-Nya, jangan bongkak pada-Nya, jangan kecewa dengan-Nya kerana Dia mengetahui segala yg ada di langit dan bumi. Bertafakkur dan Bersyukurlah…

 

Bahan Rujukan:-

  1. Al-Quran.

  2. La Tahzan (Jangan Bersedih!).
Advertisements

2 thoughts on “Bertafakkur dan Bersyukurlah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s