Seminar Jalinan Ukhwah 1


        Akhi Muaz membentangkan isu seminar.

Pada 27 Julai yg lepas, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah menganjurkan satu seminar yg bertajuk ” Antara Semalam & Hari Ini”. Seramai 100 orang peserta yg terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam serta swasta telah mengambil bahagian. Program bermula seawal pukul 10.00 pagi bagi pendaftaran peserta dan kemudian di teruskan dengan pengisian daripada panel jemputan pada pukul 10.30 pagi.


Pengisian telah di sampaikan oleh seorang ‘Brother’ yg cukup berpengalaman dalam aktivis dakwah juga tarbiyyah, Beliau tidak lekang dengan laptopnya yg sentiasa di bawa bagi meng’update’ perkara-perkara baru dalam pengisian dakwah dan tarbiyyah. Pengisiannya bermakna dan ringkas. Kita ambil dan amalkan, itu yg utama. Bukan hanya secara lisan sahaja, tetapi di selangi dengan tindakan yg nyata…

Saya juga hendak sampaikan secara ringkas pengisian yg telah di sampaikan ‘Brother’ kita ini. Nama Muaz. Cukup dengan nama ini saya beritahu kepada anda. Baiklah, mari kita ambil sedikit mutiaranya…

 

Islam: Antara Kegemilangan Semalam dan Derita Hari ini

 

Mengapa Sejarah menjadi subjek teras dalam pedidikan?

  • Mengetahui apa yg berlaku sebelum ini.
  • Sejarah itu berulang.
  • Mengetahui identiti sebelum ini.
  • Memastikan ‘survival’ (kelangsungan) itu berterusan.
  • Mengetahui untuk mebina masa depan kita.
  • Sejarah merupakan sunnatullah alam. Cth; sunnatullah makan.

     

     

Abul Hasan An-Nadwi:-

” Sekiranya Islam kini di anggap seperti manusia, maka manusia itu dalam keadaaan nazak” (Situasi Umat Islam sekarang)

 

Bagaimama mahu memahami sejarah?

  • Ilmu Sains Tulen VS Sains social. :- Perbezaan, Sains Tulen; Inovatif dan ke depan.

                 Sains Sosial; Pandang ke belakang.

  • Guna Akal atau Hati?

 

Secara ringkasnya, apa yg mahu di bawa oleh ‘brother’ kita ini adalah pengkajian sejarah dan minat kita pada sejarah. Ramai di kalangan kita tidak suka akan sejarah, tapi Alhamdulillah, saya tidak tergolong dalam kelompok tersebut. Anda, bagaimana? Mudah sahaja hendak minat sejarah, terutama Sejarah Agama kita. Menarik dan penuh pengiktibaran boleh di ambil. Saya tidak akan cerita apa itu sejarah kepada anda, tetapi saya mahu tanya… Adakah anda mempunyai kenangan pahit dan indah dalam kehidupan anda? Saya menjangkakan rata-rata akan menjawab, YA!.

 

Maka, di sini anda sudah punyai jawapannya. Anda akan katakan bahawa apabila kenangan pahit itu adalah pengajaran kepada anda untuk tidak mengulanginya dan anda akan katakan bahawa kenangan manis itu adalah satu amalan dan tindakan yg wajar di teruskan amalannya sehingga ke akhir hayat. Bagitulah sejarah, iktibar dan penerusan dalam satu sistem yg berjaya. Mudah kan? Cuma terletak pada diri kita sendiri…

 

” Apakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan hanya dengan mengatakan ‘Kami telah beriman’, dan mereka tidak di uji?. Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yg benar dan pasti mengetahui orang-orang yg dusta” ( Surah Al-Ankabut:2-3 ).

 

Inilah bukti bahawa sejarah itu penting kerana Allah sudah siap menguji mereka sebelum kita lahir di dunia ini. Allah s.w.t mahu memperlihatkan kepada kita bahawa segala sesuatu kebaikan itu sudah berlaku di waktu lalu dan mahu kita ambilnya sebagai amalan kita. Allah s.w.t juga mahu menunjukkan kepada kita bahawa segala yg buruk juga sudah berlaku di waktu lepas supaya kita tidak mengikut jejak langkah mereka. Maka, pilihan itu Allah s.w.t memang sengaja membiarkan kepada hamba-hambaNya untuk membuat pilihan dan keputusan. Pilihan di tangan anda!!!

 


 

Ketua Perhubungan ISMA Negeri Sembilan juga merangkap Penasihat PEMBINA N.9,

        Ustaz Abdul Halim.


Advertisements

2 thoughts on “Seminar Jalinan Ukhwah 1

  1. salam ziarah..bainal ams wal yaum..tajuk yg best..
    dan alangkah lagi best kalau semua sejarah2 serta sunnatullah2 Allah itu dapat dihayati dengan sepenuh hati..

    ((an-naas maadin,khiaruhum fil jahiliyyah khiaruhum fil islam idza faquhu))

    realiti hari ni,kadangkala ramai je yang tau fakta sejarah itu dan ini,namun bila tanpa penghayatan dan kefahaman,usaha kembalikan khilafah kurang dituju..maka,inilah peranan kita..

    ~moga Allah beri kekuatan~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s