Malam Air Mata Palestin


Malam Air Mata Palestin (MAP08)

” Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang keadaan umat Islam, dia bukan dari kalangan umatku”. (Hadis)

Palestin! Tanah buat umat Islam. Tanah yang di janjikan oleh Allah s.w.t kepada umatNya. Tanah yg mana tiga agama menganggap sebagai tanah yg suci. Islam, Kristian, dan Yahudi. Tanah yg mana lahirnya Para Anbia’ yg menyeru kepada jalan kebenaran. Selain itu, merupakan Qiblat pertama umat Islam dalam menunaikan kewajipan Solah kepadaNya. Maka, terbuktilah Palestin merupakan tanah yg istimewa, yg mulia dan yg di berkahi oleh Allah s.w.t.

Saya tahu kebanyakan antara kita ‘sangat’ mengambil tahu isu-isu umat Islam mutakhirin ini. Namun, kadang-kadang kita alpa dengan dunia kita, bisnes kita, study kita, keluarga kita, shopping kita dan macam-macam lagi hendak di fikirkan oleh akal kita ini. Sehingga ‘saudara-saudara’ kita di luar dari Negara kita ini kita tak sempat nak ambil tahu tentang keadaan mereka. Tapi, hendak saya tegaskan bahawa tidak ‘semua’ masyarakat kita begitu. Mereka ‘sangat’ mengambil berat tentang mereka.


Poster

Isu Palestin ini sudah banyak kali disiarkan pada dada-dada akhbar tempatan dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) kita. Isu ini adalah isu umat Islam kita! Saudara kita! Kadang-kadang kita akan terfikir…

Perlukah aku ambil tahu tentang mereka?’

‘Mengapa perlu susahkan diri untuk bantu mereka?’

‘Ada apa pada mereka?’

Pertanyaan inilah sering berlegar dalam kotak pemikiran kita. Menyoal kembali perkara yg sepatutnya kita ambil tahu dan mengambil tindakan yg sepatutunya untuk mereka. Saya tidak mahu membahaskan perkara ini panjang lebar kerana sudah acapkali isu ini diketengahkan oleh banyak pihak. Cuma saya hendak membawa anda sekalian berfikir dan merenung diri sendiri, adakah kita mengambil berat tentang mereka?

Oleh itu, fikirkanlah… Fikirlah, wahai saudaraku…

 

” Hampir-hampir kamu akan dibaham umat selain kamu seumpama meratah makanan di dalam hidangan. Bangun sahabat bertanya : ” Adakah bilangan kami ini sedikit wahai Rasulullah?” Jawab baginda s.a.w, ” Bahkan! bilangan kamu ramai tetapi kamu umpama buih yang dibawa arus, Allah menarik rasa gerun musuh terhadap kamu lalu mencampakkan dalam hati kamu penyakit al-wahnu’. Sahabat bertanya: “Apakah penyakit al-wahnu?”. Jawab nabi s.a.w: “cinta dunia dan takutkan mati …”. (Hadis)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s