Selamat Pengantin Baru! Akhi Razman.


    Akhi Razman dan isteri, Ukhti Masita.

Selamat Pengantin Baru!

Pada 17 Ogos lepas, saya sekali lagi di jemput untuk menjadi DJ bagi sebuah majlis perkahwinan sahabat saya, Akhi Razman dan Ukhti Masita, di Seremban. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kejituan sahabat saya ini, beliau akhirnya berjaya menamatkan misi ‘bujang’nya pada hari tersebut, Alhamdulillah wa barakaALLAHu fik huma…

Tidak banyak cerita hendak saya nukilkan dalam majlis ini kerana isu mungkin isu yg sama dalam tulisan sy pada Walimah Ustaz Sofi. Namun, mungkin kita boleh selitkan beberapa peringatan untuk diri saya juga anda. Seperti mana yg kita tahu bahawa perkahwinan merupakan jalan penyelesaian isu couple di Malaysia sekarang. Isu ini sudah lama bertapak di Malaysia, sejak seseorang remaja itu menginjakkan diri ke zaman sekolah Menengah.

Saya sudah lama memikirkan isu ini, menjadi trend sekarang ini untuk berpasangan sebelum melangkah ke era suami isteri. Perasaan hendak berpasangan merupakan lumrah bagi setiap manusia di dunia ini,kalau tidak ada perasaan itu, there is something wrong with u. Saya juga tidak terelak daripada memiliki perasaan tersebut, namun Alhamdulillah saya masih mampu mengawalnya. Bagaimana hendak kawalnya?

  1. Utamakan cinta kepada Allah s.w.t dahulu.
  2. Ingat, keluarga juga anda berhak akan kasih sayang anda.
  3. Penuhi masa dengan aktiviti bermanfaat. Pentingkan pentarbiyyahan diri dahulu.
  4. Menjaga setiap pergaulan dengan berlainan jantina.
  5. Banyakkan berpuasa, duduk bersama orang alim.

Semua di atas merupakan beberapa cara yg telah saya lakukan dalam menjaga diri daripada terjebak dengan aktiviti couple. Ada banyak lagi cara yg anda boleh perolehi daripada orang-orang alim, juga ulama-ulama kita. Pengawalan ini perlu bagi menjaga kemaslahatan diri dairpada terjebak dengan gejala-gejala songsang seperti berzina, sumbang mahram, liwat dan pelbagai masalah seksual yg akan timbul jika tidak di kawal. Dalam erti kata lain ‘mengawal itu lebih baik dari mengubati’.


Penulis bersama pengantin lelaki, Akhi Razman.

Oleh itu, saya melihat perkahwinan sahaja merupakan satu-satunya jalan penyelesaian bagi mereka yg damba pada kasih sayang dengan pasangan berlainan jantina. Bagi mereka yg mampu, teruskan sahaja dengan niat untuk berkahwin dan bagi mereka yg masih belum mampu, maka berpuasalah kerana itulah sebaik-baik pelindung dalam mengekang syahwat.

Bersama memerangi hawa nafsu yg ada dalam diri kita!

Advertisements

2 thoughts on “Selamat Pengantin Baru! Akhi Razman.

  1. saya setuju setuju dgn pendpt anta psl mengawl prasaan bpsgn..thans 4 ur infrmation about tis,tp xsmua org dpt mgwlnye..alangkah amanye dunia ni klu xde psgn bcouple sblm kwin kan?kdg2 manusia sring tleka dlm mgawlnya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s