Pohon Maaf

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya sudah lama saya tidak menulis dalam laman saya ini. Oleh itu, dalam kesempatan umur saya yg di izinkan Allah s.w.t ini, saya ingin memohon maaf kepada pengunjung-pengunjung sekalian atas kelemahan saya untuk meng ‘update‘ laman saya ini. Ini semua atas kelemahan saya untuk mengeluarkan isu-isu baru dalam laman saya ini. Maafkan saya.

Baru-baru ini, ‘kawan baik saya’ iaitu ‘laptop’ kesayangan saya telah rosak dan belum di baik pulih lagi. Mungkin di serang pepijat yg bermaharajalela dalam laptop saya yg tidak selalu memperbaharui antivirusnya. Tambahan pula, dalam kegawatan ekonomi pelajar sekarang, saya tidak mampu untuk membaikinya dalam keadaan segera kerana sumber kewangan itu perlu di ‘aula‘ kan pada tempat yg sepatutnya buat masa sekarang. Oleh itu, saya menggunakan komputer kawan saya untuk meneruskan perjuangan saya dalam penulisan alam maya ini. Maafkan saya..

Selain itu, ‘assingment‘ yg mencurah-curah bagaikan air yg bah melanda bagaikan terkaman singa yg tersangat lapar untuk mengisi perutnya yg sudah berbulan tidak makan. Maka, saya tidak mampu menghalangnya dari menimpa kepada saya. Memang semester kali ini penuh dan padat, ibarat sardin tuna yg di tinkan dalam tin-tin mudah beli sekarang. Hal ini memberikan kesan dalam pengeluaran isu baru terutamanya dalam mencari idea-idea bernas dalam minda saya yg sedang serabut ini. Maafkan saya…

Oleh itu, saya cuba membaik pulih atau meng’upgrade‘ diri saya supaya sentiasa punyai masa, punyai masa untuk berfikir demi umat atau lebih tepat lagi adalah untuk kalian semua. Itu yg utama! Saya jadikan anda sebagai motivasi saya setiap kali saya ingin menulis, meringkas, mengeluarkan idea kerana andalah yg menaikkan semangat saya tiap kali saya ingin tumbang, jatuh atau terpesong. Terima kasih semua! Harapan saya hanyalah sentiasalah setia dan sentiasalah member kritikan terbaik buat saya agar kita menerima kebaikan yg telah di susun oleh Allah s.w.t.

Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah..

Wassalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh…

 

 

Mohd Nor Adzim B. Shaari (MONO)

Mahasiswa Tahun Dua

Fakulti Ekonomi dan Muamalat

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

2 thoughts on “Pohon Maaf

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s