Perginya Ramadhan…

Ramadhan! Sudah berakhir masa mu pada tahun ini. Seakan-akan sebentar sahaja engkau menyinggahi kami. Membuat kami rindu dan sedih akan pemergian mu…

Ramadhan! Adakah kita kan berjumpa lagi pada masa depan? Tahun depan?? Masihkah kita bertemu dan beramah mesra seperti tahun ini??? Kami amat merindui mu, ya Ramadhan…

Ramadhan! Mungkin ramai di antara kami tidak merasa akan pemergianmu di kala Syawal menanti tidak lama lagi, kerana bagi kami Syawal itu lebih bermakna daripada mu, ya Ramadhan… Namun, kami tanamkan azam untuk berubah manjadikan engkau, ya Ramadhan sebagai nikmat yang tidak terhingga bagi kami pada tahun ini…

Ramadhan! Inilah janji yang MAHA ESA kepada kami, bahawa engkaulah bulan kami, bulan ‘menuai’ kami di kala kami gersang menempuh tahun ini, ketika kami tidak perolehi bonus di dunia ini. EMPUNYA dunia ini melimpahkan segala rahmat, kasih sayang, hidayah, hikmah, pengajaran, pengampunan dan segala-gala nikmat daripada-Nya yang tersangat luas untuk kita hitungkan telah di kumpul bersama mu, ya Ramadhan…

Adakah kita kan bertemu lagi?

Ramadhan! Pada permulaanmu, seakan-akan lama masa bersama-sama mu. Bagaikan pasangan kekasih yang saling sayang-menyayangi dan rindu-merindui kerana sudah lama tidak bertemu. Engkau ketika itu juga, melimpahkan rahmat mu yang tidak terhingga kepada kami. Masjid yang dulunya lengang kembali penuh, kami tekun mempelajari dan membaca Al-Quran, kitab agung yang di turunkan dalam bulan mu, manusia menjauhi kemungkaran dan mereka mengejar kebaikan.. Besar nya rahmat mu kepada kami. Semua ini berlaku kerana mu, ya Ramadhan…

Ramadhan! Pertengahanmu, pintu pengampunan telah terbuka sebesar-besarnya bersama mu, ya Ramadhan. Namun, kami ketika ini sudah mula goyah mengikuti mu. Surut dalam mengejar bonus yg di sediakan, leka dengan kerja yang bertimbun kepada kami sehinggakan kami hampir terlupa akan kehadiran mu, tetapi engkau masih setia bersama kami memberi ruang kepada kami untuk mengutip segala ruang bonus yang di berikan kepada kami. Lantas, kealpaan kami itu terjaga, kami tersedar dan kembali menghayati mu, ya Ramadhan…

Ramadhan! Kini, engkau akan meninggalkan kami, membuat kami untuk menunggu engkau setahun lagi, jika kami di beri keizinan-Nya untuk bertemu lagi. Tika ini juga, kami semakin alpa, semakin lupa, mula melupakan mu kerana asyiknya untuk melakukan persiapan bagi Syawal yang menanti. Rumah di cat, perabot lama di ganti baru, langsir lusuh di basuh, dalaman rumah di bersihkan, hanyalah semata-mata menyambut Syawal dan bukan untukmu.. Kami sedar akan kesedihan mu ke atas perbuatan kami, yang tidak menghargai mu sebagai bulan kami.. Tapi, kami tetap melakukannya! Ya Ramadhan, pada saat akhir ini lah, kemuliaan mu terserlah dengan kurniaan MAHA ESA kepada mu dengan memberikan mu satu malam yg menyamai seribu bulan. Pada masa inilah, nikmatmu tidak terkata tingginya hinggalah sabda junjungan bersabda : ” Awalnya rahmat, pertangahannya keampunan dan pengkakhirannya ialah pembebasan dari api neraka”. Besar nya! Kami tetap alpa.. Masjid-masjid sudah mulai surut, laungan Al-Quran juga sudah berkurangan kerana pemergianmu yang di anggap kami satu berita gembira.. Berita yang bagi mereka dahulu satu berita kesedihan, seakan-akan perginya seseorang yang di sayangi di sisi mereka…

Ramadhan! Adakah kita akan bertemu lagi? Adakah kami akan merindui mu? Bagaimanakah amalan kami di dalam bulan mu? Adakah kami akan kekal dengan amalan kami bersama mu? Apakah kami terbebas dari azab api neraka?

Hanya yang MAHA ESA menentukan, kerana DIAlah yang menjadikan engkau untuk kami…

” Ya ALLAH, terimalah puasa kami dan segala amalan kami di dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. Maafkan kami atas kealpaan kami dalam bulan Ramadhan. Berilah kami petunjuk supaya kami tidak menjadi manusia yang rugi selepas pemergian Ramadhan pada tahun ini. Ya ALLAH, kurnia kan kami kekuatan untuk beristiqomah dalam amalan yang kami lakukan dalam bulan Ramadhan tahun ini. Jadikanlah bulan Ramadhan tahun ini sebagai titik perubahan kami untuk menghargai Ramadhan yang akan datang, supaya kami tidak lagi mensia-siakan Ramadhan akan datang. Ya ALLAH pertemukan kami dengan bulan Ramadhan akan datang, dan kurnia kan kami umur yang panjang bagi menegakkan agamaMu di muka bumi ini” Ameen…


 

Mohd Nor Adzim B. Shaari

Mahasiswa

Fakulti Ekonomi dan Muamalat

Universiti Sains Islam Malaysia

About these ads

One thought on “Perginya Ramadhan…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s