Apa erti saya menganut ISLAM? (Bahagian 1)


Aqidah ibarat tali yang di simpul kuat dan tidak mampu di buka lagi. Itulah Aqidah yang perlu dan wajib kita amalkan dalam kehidupan kita seharian!

Continue reading “Apa erti saya menganut ISLAM? (Bahagian 1)”

Advertisements

Saya Accident…


“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan hanya dengan mengatakan ‘Kami telah beriman’, dan mereka tidak di uji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka pasti Allah mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta” ( Surah Al-Ankabut: 2-3 ).

SyafakaALLAH… ana doakan anta cepat sembuh’ doa Ustaz Sofee. Continue reading “Saya Accident…”

Mabruk alaihi ya Ustaz Razman!


Mabruk alaikuma!

Alhamdulillah, pada sabtu yang lepas, Ustaz Razman telah di sahkan sebagai suami bersama pasangannya, Pn. Noraidah. Beliau juga merupakan sahabat saya yang saya baru kenal pada tahun lepas. Mereka telah di akad pada hari yang sama di sebuah Masjid, di Lubok Cina. Majlis kemudian di teruskan dengan jamuan daripada tuan rumah pengantin wanita di Lobok Cina juga. Saya, seperti biasa di jemput untuk menjadi Deejay bagi majlis perkahwinan beliau. Continue reading “Mabruk alaihi ya Ustaz Razman!”

Jalan Raya (Bahagian 2)


Mari kita sambung Jalan Raya kita…

Selepas rumah Pn. Rosiah, guru Bahasa Malaysia kami, kami meneruskan perjalanan Raya kami ke rumah Ustazah Anita, guru Penasihat BADAR, SMKAP. Sebelum itu, sewaktu di rumah Pn. Rosiah, rombongan kembara kami bertambah seorang lagi, saudara Mohd Anas B. Mohd Yusof. Beliau akan melanjutkan pelajaran beliau di Australia pada tahun depan, bulan Februari, insya-ALLAH. Jarak antara rumah Pn. Rosiah dengan Ustazah Anita tidak begitu jauh, hanya di pisahkan dengan bangunan tapi pada tingkat yang sama, tingkat 1. Continue reading “Jalan Raya (Bahagian 2)”

Mensucikan Jiwa


Jiwa sangat penting dalam pembentukan peribadi kita. Jiwa yang murni akan melahirkan peribadi yang berbudi. Jiwa perlu di ‘bersih’ dan di didik supaya jiwa kita itu tidak hitam dan gelap, di bayangi perkara buruk yang kita lakukan. Saya boleh ibaratkan jiwa ini seperti span, meresap segala apa yang berair di sisinya. Tidak kira kotor atau bersih. Terus sahaja meresap. Perjalanan span itu hanya boleh di tentukan oleh penggunanya, dan sudah tentu kita yang menggunakannya. Apa yang saya cuba nukilkan adalah dari pengkajian saya tentang sebuah buku. Tazkiyatun Nafs (mensucikan jiwa), karangan Al-Marhum Ustaz Said Hawwa, dari Libya. Saya bukanlah ‘ahli’ yang hendak mengolah buku ini, tetapi saya suka ingin berkongsi dengan apa yang saya baca dan saya kaji. Mari kita sama-sama renungkan…
Continue reading “Mensucikan Jiwa”

Minggu Ukhwah 2008


Pada 20 September 2008 yang lepas, saya telah di jemput untuk memberi penigisian di sekolah lama saya, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas (SMKAP). Pada awalnya saya menolak kerana pada waktu itu tarikhnya tidak sesuai dan bertembung dengan program saya di universiti dan luar universiti. Namun, mungkin kerana hati yang sudah lama rindu akan sekolah ketika itu, saya berbincang dengan pihak sekolah atau ketika itu di wakili pihak Badan Agama Dakwah, Akhlak dan Rohani (BADAR), kami setuju pada tarikh 20 September 2008. Tajuk yang di berikan kepada saya adalah Ukhwah, dan kebetulan pula program tersebut di namakan Minggu Ukhwah. Saya terima. Continue reading “Minggu Ukhwah 2008”