Selamat Hari Raya!


ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!! WALILLAHILAM…

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Dalam kesempatan masa dan umur, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pengunjung sekalian di atas sokongan dan komen anda kepada saya. Tidak terkira banyaknya pengorbanan anda kepada saya, dan hanya Allah s.w.t sahaja mampu membalas kebaikan anda sekalian. Tidak lupa juga untuk saya menyusun jari-jari saya, memohon ampun dan maaf di atas segala tingkah laku, tutur kata atau perasaan yang menyingung anda sekalian sewaktu atau di luar waktu anda menyokong saya. Saya mohon sejuta kemaafan atas kesalahan saya itu. Di samping itu, saya juga mewakili keluarga saya, Shaari Bin Shariman dan keluarga, juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Moga Syawal tahun ini memberi satu titik permulaan baru bagi kita untuk mengekal rentak tarbiyyah diri dan dakwah kepada umat kita hari ini!

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama meraikan, dan berkongsi peringatan tentang Aidulfitri ini. Hal ini supaya kita tidak alpa dengan ‘kemenangan‘ kita selepas Ramadhan. Saya kutip peringatan ini daripada ‘Guru Saya‘ iaitu Ustaz Halim Bin Abdullah untuk kita sama-sama kongsikan dan jadikan ini satu iktibar untuk kita tingkatkan kualiti diri kita selepas Ramadhan. Anda boleh kunjugi laman blog beliau di http://inijalanku.wordpress.com atau tekan kan sahaja di link Ustaz Halim dalam blog saya ini.

Allah s.w.t telah menjanjikan kepada dua hari kemenangan bagi hamba-Nya yang bertakwa berdasarkan sabda junjungan kita :

“Sesungguhnya Allah telah mengantikan 2 hari tersebut bagi kamu dengan 2 hari yang lebih baik iaitu Hari (Raya Aidil) Adha dan Hari (Raya Aidil) Fitri” (riwayat Abu Daud).

Kurniaan ini di sebabkan kekeliruan kaum Muslimin sewaktu athar (zaman/masa) Baginda s.a.w yang mana ketika itu mereka menyambut hari yang sama seperti kaum Yahudi ketika itu. Oleh itu, Allah s.w.t menjanjikan kepada kita 2 hari, 2 hari yang mulia supaya kita tidak di samakan dengan kaum Yahudi. Ini merupakan satu berita kegembiraan bagi kita kerana limpahan nikmat Allah s.w.t yang tidak tertanding nikmat-Nya berbanding dengan kurniaan daripada manusia. Seharusnya kita, hamba-Nya mensyukuri dan memperbaharui azam kita supaya untuk tunduk dan taat atas segala arahan-Nya. 

Dalam Aidilfitri ini juga, terdapat beberapa keistimewaan yang di kurniakan kepada kita oleh Nabi Muhamad s.a.w. Antaranya beliau menganjurkan kaum wanita untuk turut sama bersolah sunat Aidulfitiri bagi menghargai kepayahan dan penat lelah mereka selain daripada kaum lelaki yang turut berpuasa selepas Ramadhan :-

“Rasulullah saw mengarahkan kami (para wanita) agar mengajak keluar (bersama ke tempat solat Raya) para wanita yang haid agar menyaksikan kebaikan (pada hari tersebut) dan doa orang-orang Islam”“wanita yang haid berada di tempat yang berasingan dari tempat solat” (riwayat Abu Daud)

Lihat, keadilan Islam kepada umatnya! Lelaki dan perempuan di beri peluang untuk meraikan hari kemenangan ini supaya kita sama-sama merasai nikmat ini. Walaupun wanita itu dalam keadaan haid sekali pun, Baginda s.a.w tetap menyeru mereka untuk bersama meraikan kemenangan besar ini. Hal ini supaya kemenangan ini di rasai oleh semua umat ISLAM, tidak kira muda atau tua, lelaki atau wanita, kaya atau miskin, semuanya berhak meraikan hari kemenangan itu. Namun, adakah kita betul-betul merasainya? Adakah kita mensyukuri nikmat-Nya? Atau kita hanya sekadar menyambut Aidilfitri ini sebagai Holiday sahaja? Hmmm, anda sendiri tahu jawapannya…

 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

 

 

MOHD NOR ADZIM B. SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s