Jalan Raya (Bahagian 1)


“Jom pi jalan raya” getus hatiku.

Ya! Syawal menjelma. Adab dalam ISLAM menganjurkan ziarah-menziarahi sesama muslim. Kembali menghangatkan ukhwah atau hubungan yang sudah lama terputus. Ayah dan ibu, adik-beradik, saudara-mara, sahabat handai, guru-guru sekolah, kawan perniagaan, mahupun saudara seISLAM yang lain. Waktu inilah umat ISLAM seluruhnya mengambil peluang untuk menziarahi sanak saudara, sahabat handai dan guru sekolah lama. Aku pun tidak lupa untuk mengambil masa keemasan ini untuk menzirahi mereka yang sudah lama ku tidak temui. Setelah lama terpisah dek jauh, dek universiti, atau dek masa cuti yang berbeza, syawal inilah pengubat hati yang sekian lama merindui kawan-kawan seperjuangan dahulu. Aku mula teringat akan kenangan indah bersama mereka yang mana aku berkongsi suka dan duka bersama mereka, maka syawal inilah hati kami bertaut semula. Inilah ukhwah, indahnya tarbiyyah

Kembara ku bermula se-awal pagi, pagi Isnin, 6 Oktober, tepat 9.30 pagi aku bertolak. Tapi, pagi itu aku berkembara bersama saudaraku, ‘sasaran‘ku dalam jalan yang aku lalui, ke rumah rakan Matrik ku dahulu. Mungkin kembara pagi ini akan ku ceritakan dalam kolum yang lain, Insya-ALLAH. Kembara perjuangan, aku namakan, kerana aku kembali berjumpa dengan mereka yang pernah dan masih ‘berjuang‘ hingga ke hari ini. Mereka lah pemuda yang bakal menggegarkan dunia dengan tangan yang kecil, pertuturan yang menarik malah akhlak yang mulia di samping mereka. Mungkin ada di kalangan anda terfikir…

Masih adakah pemuda seperti itu?” atau

Boleh percaya kah wujudnya mereka ini?” getus minda anda.


Aku katakan ada, dan mereka masih ‘berjuang‘ hingga ke hari ini. Tidak kira mereka di kenali atau tidak di kenali, mereka tetap istiqomah. Inilah sepatutnya generasi muda sekarang perlu titik beratkan, menjadi rakan kepada mereka yang baik akan mendapat kebaikan mereka, insya-ALLAH. Selepas Solah Zohor di Masjid(maaf, tiada gambar) berhampiran Kuil Batu Caves, aku menziarahi rakan seperjuangan ku yang pertama di Kampung Batu Muda, Mohd Shukri Bin Sahari. Beliau setahun muda daripada aku, namun merupakan ‘teman‘ yang paling rapat di tempat aku belajar sekarang. Aku katakan pada diri ku, “Aku mesti ziarah keluarga dia tahun ini!” tekad aku kepada dia. Alhamdulillah, aku tiba bersama saudaraku di rumah beliau. Keluarganya sederhana tetapi amat bahagia. Inilah orang tua sering kata, ‘Kebahagian belum tentu dicapai dengan kekayaan‘. Keyakinan ku bertambah tinggi. Kaya tidak bermakna bahagia. Namun, sekiranya orang kaya yang bertaqwa dan faham akan ISLAM ini, mereka juga akan bahagia…

Aku di jamu dengan lontong atau lodeh. Aku pasti anda sekalian kenal akan makanan ini. Hmmm, keenakannya jangan nak cakap, sodap ya amat! Biasa la orang nogori, kalau sudah di jamu dengan masakan lomak cili api, pasti mengegar hati. Sepanjang di rumah Shukri, aku berbual bersama ayahnya, En. Sahari. Beliau merupakan bekas tentera yang kini bekerja sambilan di sebuah stesen minyak berhampiran. Banyak cerita dan pengalaman yang di sampaikan oleh beliau kepada aku dan dua orang saudaraku. Pengalaman ketika tentera, semasa darurat, selepas darurat, ketika baru pencen dan zaman sekarang yang kian berubah. Pengalaman orang lama ini sukar untuk di dapati melainkan kita rapat dan teruja untuk mengetahuinya. Alhamdulillah, aku di beri oleh-Nya kelebihan untuk berkenalan dengan mereka yang punyai banyak pengalaman. Setelah hampir sejam di rumah Shukri, barulah kami bertolak pulang, menyambung perjalanan di Pedas, N.Sembilan pula. Kini, kembaraku di tambah dengan Shukri untuk bersama menziarahi guru kami di Pedas.


Saudaraku tidak lama bersama kami, mereka ku hantar pulang di Kajang, sebelum aku dan Shukri meneruskan rentak kembara kami ke Pedas. Rehat 30 minit di rumah saudaraku tidak mampu memberiku tenaga tambahan untuk memandu, pemanduan di ambil alih oleh Shukri untuk mengelak kejadian yang tidak di ingini berlaku sekiranyan aku memandu dalam keadaan penat. Dalam kenderaan, aku tidak dapat tidur dengan selesa, mungkin kerana risau akan pemanduan Shukri atau keadaan tidak mengizinkan aku untuk sambung berehat. Aku tidak tahu. Destinasi kami seterusnya adalah Taman Seri Pulai, Seremban. Seorang lagi rakan seperjuanganku ingin menyertai kembaraku ini. Buat pengetahuan semua, kami merancang pada Sabtu yang lepas, jadi mungkin persiapan kembara ini kurang memuaskan. Namun, bagiku perjumpaan itu lebih bermakna dari perancangan yang sempurna namun tiada kesannya. Tapi, tidak ku katakan perancangan itu tidak penting, perancangan itu penting untuk memastikan kelancaran kembara ini. Kami tiba di rumah beliau pada pukul 6.45 petang, hampir Maghrib. Nama rakan ini ialah Khairul Jafni B. Mazlan, sebaya dengan aku. Kini beliau sedang melakukan practical di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebagai pharmacist. Sebelum ini kami berjumpa di suatu majlis kenalan kami di Kuala Pilah. “Hmmm, sudah lama tidak berjumpa dengan kau…” perlahan kataku pada awal pertemuanku dengan beliau.

Hmmm, terasa panjang pula tulisan kembara ku kali ini. Aku harap anda semua mampu untuk membacanya. Mungkin isinya kurang, tetapi mungkin juga terdapat hikmah di sebalik tulisan ini. Aku meneruskan tulisan ku ini dan kembara ku juga. Destinasi seterusnya, Masjid Paroi Jaya. Hampir dengan rumahku, juga seorang rakan kembara kami, saudara Kama atau Mohd Kamarul Ashraff B. Zamri(tak tahu betul ke tidak, maaf kalau tersilap). Kama merupakan rakan seperjuanganku paling rapat kerana mungkin jarak rumah yang dekat. Hmmm, yola dah selalu jumpo kek masjid, mana tak rapatnya? Kami berhenti solah dan berehat untuk menchargekan tenaga baru dalam diriku dan rakan-rakanku. Selesai solah dan berdoa, kami singgah di rumah Kama untuk mengambil beliau. Tanpa mengambil masa yang lebih di rumahnya, kami meneruskan ke rumah guru kami yang pertama, Pn. Rosiah. Beliau merupakan guru Bahasa Malaysia dan juga guru forum Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas (SMKAP). Jasa beliau kepadaku tidak terkira kerana beliau berjaya melatih diriku untuk berani menggunakan kata, mempraktikkan tatabahasa dalam harian, berucap dengan seni yang tersendiri, menyusun kata dengan cantik dan yang pasti, menggunakan lidah untuk menegakkan yang haq. Walaupun beliau hanya seorang guru Bahasa Malaysia, namun kesedaran terhadap agama sangat tinggi. Dalam setiap latihan forum, acapkali beliau ingatkan kepada kami tentang niat, kesungguhan, tidak putus asa dan sentiasa maju setapak.

Menjadi ahli forum sekolah bukanlah hanya kita hendak capai kejayaan di tingkat yang tertinggi, tetapi pengalaman yang kamu dapat kutip sepanjang menjadi ahli forum sekolah” demikian peringatan beliau.

Terima kasih cikgu!

Di rumah cikgu, kami di sambut dengan senyuman cikgu dan kemeriahan anak-anaknya yang sudah kenal akan kami. Aku dan rakan-rakanku merasa bertuah atas sambutan hangat ini. Kali ini, aku di jamu dengan nasi impit, rendang, nasi dan telur dadar. Simple kan. Inilah persediaan paling ekonomi. Alhamdulillah. Setiap suapan kami di iringi perbincangan tentang keadaan sekolah yang terkini, persediaan pelajar tingkatan tiga dan lima, juga perancangan forum akan datang. Antara yang terbaru, cikgu telah berjaya menerbitkan sebuah artikel dan telah di muatkan dalam Dewan Siswa keluaran terbaru. Aku tak pasti pula tajuknya, tapi berkaitan dengan SMKAP. Sekiranya sudi untuk mengenal sekolah ku, bolehlah membacanya. Dalam kembara kami di rumah cikgu ini, aku melihat betapa pentingnya mengikat hubungan dengan mereka, tak kira lah sama ada kita sudah berjaya, mahu berjaya atau belum berjaya, yang penting kita tetap menghargai jasa guru-guru kita di sekolah dahulu dengan menziarahi mereka atau sekurang-kurangnya menelefon mereka. Sudahkah anda berbuat demikian? Anda sendiri tahu jawapannya. Pengorbanan guru dalam mendidik kita menjadi insan berguna tiada tara nilainya berbanding kejayaan kita kecapi. Tanpa guru, siapalah kita? Maka, bergembiralah guru-guru ku kerna engkau kini punyai dua hari istimewa, pada bulan Mei dan November.


Aku rasa… eloklah aku berhenti di sini buat seketika. Aku takut artikel ku yang panjang ini tidak terbaca oleh anda sekalian. Aku menulis berdasarkan apa yang aku lalui dan apa yang aku fikirkan. Aku berharap sambungannya dapat menyusul dalam satu atau dua hari lagi. Selepas ini, kembaraku di teruskan ke dua buah rumah guruku. Nantikan…

 

 

MOHD NOR ADZIM B. SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

4 thoughts on “Jalan Raya (Bahagian 1)

  1. ustz adzim…
    bile nak dtg pulau indah.??
    jln2 raye kt cini…aku pun dah lama tk jumpe ko nie….
    ke dah lupe kan aku??
    😦

  2. kepada bob,

    insyaALLAH, kalo ader masa mmg nak datang.
    esok boleh?

    p/s: jangan risau, saya sentiasa mengingati anda…
    🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s