Minggu Ukhwah 2008


Pada 20 September 2008 yang lepas, saya telah di jemput untuk memberi penigisian di sekolah lama saya, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas (SMKAP). Pada awalnya saya menolak kerana pada waktu itu tarikhnya tidak sesuai dan bertembung dengan program saya di universiti dan luar universiti. Namun, mungkin kerana hati yang sudah lama rindu akan sekolah ketika itu, saya berbincang dengan pihak sekolah atau ketika itu di wakili pihak Badan Agama Dakwah, Akhlak dan Rohani (BADAR), kami setuju pada tarikh 20 September 2008. Tajuk yang di berikan kepada saya adalah Ukhwah, dan kebetulan pula program tersebut di namakan Minggu Ukhwah. Saya terima.

Pada peringkat permulaannya, saya dan seorang rakan seperjuangan saya juga di undang memberi pengisian dalam program tersebut. Tetapi, oleh kerana kekangan masa yang melampau, rakan saya tadi terpaksa menarik diri dari menjadi ahli pengisian sebentar tadi. Beliau janji akan memberi pengisian pada masa yang sesuai yang akan datang, insya-ALLAH. Oleh itu, adik-adik SMKAP jangan risau, ‘beliau’ akan datang juga nanti. Hmm… dalam fikiran saya, saya merasakan tajuk yang diberikan agak general dan simple. Tapi, apabila saya mula buat kajian untuk pembentangan saya itu, baru saya tahu bahawa tajuk ini agak complicated dan susah untuk di terjemahkan dalam bentuk teori semata-mata. Sepanjang kajian dan pembacaan saya terhadap buku-buku berkaitan tajuk yang di berikan kepada saya, mereka sendiri hanya menggariskan beberapa point ringkas dan selebihnya hendaklah di lakukan dalam bentuk amali. Saya sudah jangka bahawa keputusan itu saya akan terima pada akhir kajian saya ini. Oleh itu, saya juga mengikut langkah-langkah tokoh sebentar tadi yang menggariskan beberapa point penting dari Al-Quran dan Al-Sunnah.

Beberapa hari sebelum hari pembentangan menjelma, saya banyak meminta pandangan daripada guru-guru dan rakan-rakan saya bagi memastikan pembentangan saya nanti mencakupi segala aspek yang perlu untuk peserta-peserta program tahu. Saya telah di fahamkan oleh pihak penganjur bahawa lebih kurang 200 orang peserta dari Tingkatan Satu dan Dua. Hui! Berdebar-debar rasanya. Mana tidaknya, mereka ini adalah pewaris generasi akan datang, corakan masa kini akan melahirkan mereka pada masa depan, silap corakan tarbiyyahnya maka rosak generasi itu. Saya mengambil langkah berhati-hati, kaji semula bahan pembentangan, memastikan bahan tersebut tidak terlalu berat untuk mereka terima dan tidak terlalu berat untuk mereka lakukan dalam kehidupan harian mereka nanti. Saya sentiasa teringat bahawa jika kita beri kesenangan pada orang, maka kita juga nanti akan di balas dengan kesenangan oleh orang kepada kita, suatu hari nanti.

Waktu yang di tetapkan telah menjelma, maka saya menyiapkan diri saya dengan pakaian batik biru saya bersama seluar slack hitam kegemaran saya. Penampilan baik! Ini merupakan tindakan pertama saya lakukan bagi memberi pembentangan yang mantap, berisi dan semangat. Sekiranya awal-awal lagi tidak menunjukkan teladan yang baik maka adakah kita akan perolehi hasilnya? Sudah tentu sukar! Saya memulakan perjalanan seperti biasa ke Pedas, tempat kembali saya dahulu. Alhamdulillah, saya tiba dengan selamat setelah menempuh chechpoint dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) di Pedas. Meluru kereta saya untuk parkir di belakang Musolla Al-Muttaqin(orang-orang bertaqwa) setelah bertegur sapa dengan pak guard senior SMKAP, En. Malek. Tiba di musolla, kedengaran nyanyian nasyid daripada para peserta yang sedang menunggu saya, tidak silap saya lagu Kawan, dari kumpulan U.N.I.C. Maka, bertambah semangat saya untuk memberi pengisian kepada mereka. Saya melangkah dengan tenang untuk memberi ketenangan dalam diri supaya tidak gelabah apabila memulakan pembentangan sebentar nanti.

Saya di jemput, spontannya saya bangun ke hadapan dan memulakan bicara saya kepada mereka. Saya melihat mereka dengan senyuman yang terukir dan tidak lekang daripada muka saya. Muka-muka mereka cerah, bak matahari yang menyinari alam. Mereka seperti kehausan untuk menerima limpahan ilmu daripada sesiapa sahaja asalkan ilmu tersebut mereka dapat gunakan untuk kehidupan mereka sekarang. Terkesan saya. Gambaran-gambaran tadi meningkatkan suara saya, bukan marah, tetapi bersemangat untuk menjelaskan kepada mereka betapa pentingnya ukhwah:-

“Sesungguhnya Allah mencintai orang orang yg berperang di jalanNya dalam saff yg teratur, seolah olah mereka seperti satu binaan kukuh” (As-Saff: 3)


Saya mengharapkan pembentangan ukhwah ini mampu mentautkan hati mereka dengan senang dan berlapang dada. Ingat! Ukhwah bukanlah suatu benda yang kita boleh dagangkan seperti kereta, lori, buku, atau makanan, tetapi ia sesuatu yang sukar di perolehi melainkan dengan usaha tangan kita sendiri untuk kita perolehnya. Demikianlah Al-Quran memberi gambaran kita bahawa orang yang berjuang dan berukhwah di atas jalan-Nya akan di cintai dan di sukai oleh Allah s.w.t berbanding mereka yang bercakaran walaupun mereka adalah orang ISLAM seperti kita. Allah s.w.t mengibaratkan mereka yang berukhwah ini seperti satu bangunan, bangunan yang punyai asas tapak yang kukuh, punyai tiang yang mantap dan struktur yang teratur bagi mengelakkan ia runtuh dan jatuh. Inilah kita hilang sekarang, ukhwah! Nilainya kita masih tercari-cari sehingga sekarang. Perpaduan kita lemah hingga mudah musuh kita menerobos masuk ke dalam bangunan kita. Kita lemah! Siapakah yang akan kembalikan perpaduan ini? Siapakah akan mewarnai kasih sayang ini dengan kebenaran dari-Nya? Tidak dapat tidak adalah Generasi Sekarang, Generasi Warisan!

As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyebut ukhwah itu perlu ada dua unsur utama iaitu :-

  1. Hubungan baik dengan Allah s.w.t.
  2. Hubungan baik dengan hamba Allah yangg beriman, iaitu mereka yang diikat Allah dengan ikatan iman atau Aqidah.

Kedua-dua unsur ini penting bagi memastikan kekukuhan dan kemantapan ukhwah itu nanti. Hubungan baik dengan Allah s.w.t adalah penting untuk menjadikan Allah s.w.t itu matlamat utama dalam berukhwah. Ukhwah bukan semata-mata berkawan, atau assabiyyah di kalangan rakan dalam negeri yang sama, universiti yang sama, sekolah yang sama, loghat yang sama, tetapi ia menyatukan atas asas yang utuh kepada Allah s.w.t semata-mata. Itulah ukhwah yang telah berjaya diwujudkan oleh Baginda s.a.w kepada para sahabat Baginda r.a. Ukhwah ini tidak di tegakkan berdasarkan kaum atau pangkat tetapi berdasrkan kepercayaan yang jitu kepada empunya dunia ini, Allah s.w.t. Saya boleh konklusikan di sini bahawa perkara pertama yang perlu kita dan saya utamakan dalam berukhwah adalah memiliki hubungan yang baik kepada Allah s.w.t kerana ini lah kejayaan yang telah di perolehi Baginda s.a.w sewaktu hayat baginda. Oleh itu, marilah kita mengukuhkan kembali hubungan kita kepada Allah s.w.t dengan ikut akan perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya kepada kita supaya kita perolehi kelak, hubungan yang baik dengan Allah s.w.t.

Unsur kedua yang di tekankan oleh Al-Imam ialah memiliki hubungan yang baik dengan hamba Allah s.w.t yang beriman, iaitu mereka yang diikat oleh Allah s.w.t dengan ikatan iman atau Aqidah. Hendak saya tegaskan di sini bahawa nikmat ukhwah yang sejati hanya anda akan perolehi apabila kita berkawan atau bermember dengan mereka yang se’angkatan’ dengan kita. Pemikiran yang ISLAMIK, akhlak yang mulia dan amalan yang sohih akan menjamin kepada kita ukhwah yang di redhai oleh Allah s.w.t. Dalam penerangan di atas, saya begitu tekankan hubungan baik dengan Allah s.w.t kerana hubungan itulah yang akan membawa kelangsungan kepada ukhwah sesama manusia malah unsur ini akan memantapkan unsur yang kedua ini. Unsur kedua ini akan menjadikan kita sesama manusia lebih bersatu padu, tidak gentar menghadapi musuh, berfahaman yang sama, bersama membaiki diri, bergerak seiringan malah berlapang dada sesama sendiri. Inilah natijhanya apabila kedua-dua unsur tadi kita patuhi dan turuti dengan jayanya. Al-Imam bukanlah hanya beromong kosong tapi itu formula Nabi Muhamad s.a.w ketika Baginda membimbing para sahabat r.a serta selepas zaman Khalifah Ar-Rasyidin. Inilah keyakinan Al-Imam terhadap formula Baginda s.a.w : Baik dengan Allah s.w.t dan Baik dengan menusia yang bertakwa.

As-Syahid Sayyid Qutb menyebut :-

Ukhuwah ini terpelihara dengan nikmat Allah, adalah pemberian Allah kepada kaum Muslim yang pertama.Ukhuwah merupakan nikmat Allah yang dikurniakan kepada mereka yang dicintaiNya dari kalangan hambaNya…

Hanya Islam saja yang dapat mengumpul hati-hati yg saling menjauhi antara satu sama lain…

Hanya hablulLah(Aqidah Islam) saja yang mampu memelihara semua, dan menjadikan mereka bersaudara…

Hanya ukhuwah filLah saja yang mampu menghimpun hati-hati…

Sehingga dapat menyempitkan segala jurang sejarah dendam-mendendam, peperangan kabilah, kerakusan tamak peribadi, panji panji perkauman…

Mereka berkumpul dan bersatu di bawah panji Allah yang Maha Besar lagi Maha Tinggi’


Demikianlah ukhwah! Tiada tanding taranya nikmatnya kepada kita. Adakah kita hargai? Adakah anda begitu teruja mempertahankannya? Adakah anda sedar yang anda sedang berukhwah? Atau saya dan anda hanya beromong kosong sahaja? Hmmm, mungkin jawapan ini kita tidak akan dapat pada masa sekarang tetapi saya yakin anda akan perolehinya apabila anda menjerumuskan diri anda dalam gelanggang ukhwah ini. Yakinlah pada diri, tanamkan dalam diri azam yang menggunung tinggi untuk menjunjung ukhwah yang anda sayangi itu, seiring dengan matlamat utama kita, beribadah kepada Allah s.w.t. Kita tidak mahu ukhwah ini menjadi omongan kosong kepada kita tetapi ukhwah akan menjadi realiti dalam kehidupan kita dan realiti kepada semua kaum Muslimin kelak, insya-Allah.

Pengalaman memberi tajuk ukhwah selari dengan niat saya yang selalu inginkan perpaduan, kasih sayang sesama insan. Malah sehingga sekarang saya asyik terfikir bagaimanakah saya ingin memperluaskan kenalan saya pada masa depan. Mungkin dengan cara penulisan saya yang tidak seberapa ini mampu membantu sedikit sebanyak untuk saya kenal akan mereka yang punyai cita-cita yang sama. Untuk warga SMKAP, saya ucapkan terima kasih kerana anda memberi sepenuh komitmen dalam mendengar pembentangan saya. Pihak penganjur, sebagai tulang belakang program saya tidak lupakan jasa anda kepada saya. Sekiranya perlu lagi kita bekerjasama, saya amat alu-alukan panggilan daripada anda sekalian. Terima kasih semua dan bersama kita tingkatkan ukhwah sesama insan. BarakaALLAhufikum…

3 thoughts on “Minggu Ukhwah 2008

    1. Terima kasih saudara,

      Sebenarnya ukhwah ini banyak boleh dibicarakan. Namun, ukhwah ini adalah lebih bermakna sekiranya kita praktikkan dahulu dan merasai sendiri kemanisan berukhwah itu. InsyaAllah, sekiranya saudara di jemput untuk memberi peringatan fasal ukhwah, saudara sudah ada bukti untuk di kongsi bersama-sama. Ukhwah lebih mendalam sekiranya kita yang mula dan praktikkan dalam kehidupan kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s