Ghaafir : 2-3


“Kitab ini (Al-Quran) di turunkan daripada Allah s.w.t Yang Maha Perkasa, Maha mengetahui. Yang mengampuni dosa dan menerima taubat serta keras hukuman-Nya; yang memiliki karunia, Tidak ada tuhan selain Dia, Hanya kepada-Nyalah (semua makhluk kembali)” ( Ghaafir: 2-3 ).

Ayat ini merupakan satu ketukan tukul yang teratur dan tetap dalam satu nada. Ketukan yang mahu menyedarkan manusia. Menyedarkan perkara apa yang mereka mesti lakukan sekarang. Kita semakin lupa dan lalai taklifan kita di atas muka bumi ini. Di sana timbul kekacauan, namun kita tidak peduli. Di sini timbul kepincangan, tapi kita hanya utamakan diri sendiri. Namun, ketukan ayat-ayat ini sangat jelas dan kuat ke atas manusia-manusia yang lalai. Tidak pernah terpesong malah semakin kuat apabila semakin ramai di kalangan kita yang tumbang menyembah thoghut. Gelombang ayat-ayat Allah s.w.t ini tidak akan padam malah akan sentiasa di warisi oleh generasi yang telah di bina dengan asas yang ada dalam ayat-ayat ini. Ini message yang ingin disampaikan oleh Allah s.w.t kepada kita. Jadikan ayat-Nya sebagai peringatan untuk diri kita.

Kita seharusnya tahu bahawa sifat Allah s.w.t yang terdapat dalam ayat ini sungguh besar dan hebat sifat-Nya. Hal ini kerana DIA lah Maha Sempurna, memiliki segala kesempurnaan yang tiada pada insan. Sifat Allah s.w.t yang Maha Mengampuni dosa dan menerima taubat seharusnya menjadi titik tolak bagi kita kenal dengan Tuhan kita, Tuhan yang SATU. Mengenal sifat-Nya adalah untuk menjadikan kita hamba-Nya yang kenal akan Tuhannya. Tunduk, patuh, taat dan setia atas segala perintah daripada-Nya. Tidak melanggar larangan yang telah termaktub dalam kitab-Nya, dan juga menjadikan sifat-sifat-Nya sebagai panduan untuk membina diri kita yang baik kelak. Semua ini berdasarkan nada-nada yang teratur dalam Al-Quran. Kita tidak mahu menjadi hamba yang hanya menyembah dan beribadah dengan samberano sahaja, tetapi kita punyai ‘hubungan’ yang intim seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Nada ayat ini yang sekata seharusnya mampu membangkitkan jiwa-jiwa mukmin yang lalai dan alpa ketika ini. Bangun menghadap ilahi, menyusun langkah yang teratur untuk bersama membangunkan agama-Nya menjadi agama yang kembali membawa manusia kepada-Nya!

Orang-orang mukmin, khususnya yang merasai ketukan ini tidak akan merasa ancaman demi ancaman yang di lancarkan oleh musuh-mush ISLAM sebagai satu ancaman yang besar bahkan mereka berasa bangga dengan apa yang mereka bawa sekarang ialah agama yang diredhoi-Nya!

“… Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu dan telah aku Redhoi ISLAM sebagai agamamu…” ( Al-Maidah: 3 ).

Orang-orang kafir itu telah terpencil dari gerombolan ISLAM, rombongan yang taat kepada Allah s.w.t. Baginda s.a.w juga tidak menghiraukan mereka semasa dakwah baginda kepada mereka. Baginda s.a.w tahu bahawa mereka yang tidak ikut ajaran baginda, yakni ISLAM, akan menuju jalan kebinasaan dan bukan jalan keamanan seperti yang telapat dalam ajaran baginda s.a.w kepada manusia sekalian alam. Apa yang di bawa baginda s.a.w adalah sama seperti Angkatan Rasul sebelum baginda s.a.w, iaitu ISLAM. Tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t kecuali DIA! Kebinasaan yang di tempuh oleh orang-orang kafir tadi adalah sama dengan mereka yang mendustai dan telah mengkhianati ajaran para rasul yang lain. Dalam hal ini, Allah s.w.t juga mahu membangkitkan harapan manusia kepada-Nya, dan tidak berputus asa dengan rahmat-Nya, lebih-lebih lagi pengampunan daripada-Nya. Nada istimewa ini mahu memujuk manusia, manarik kita kembali bergantung harap kepada-Nya, dan bukanlah kepada makhluk ciptaan-Nya.

Allah s.w.t juga merangsangkan ketakutan dan menimbulkan kesedaran bahawa kita ini sentiasa di bawah genggaman-Nya. Kita tidak dapat elak diri daripada tadbir-Nya. Oleh itu, kita seharusnya sedar bahawa kita ini di bawah naungan pemerintahan-Nya dan penguasaan-Nya yang mana Allah s.w.t boleh lakukan apa sahaja ke atas kita. Takut dan sedar bahawa Allah s.w.t juga adalah penolong kita di dunia ini. Tiada sebaik-baik penolong melainkan Allah s.w.t semata-mata…

 

 

 

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s