Jalan Raya (Bahagian 2)


Mari kita sambung Jalan Raya kita…

Selepas rumah Pn. Rosiah, guru Bahasa Malaysia kami, kami meneruskan perjalanan Raya kami ke rumah Ustazah Anita, guru Penasihat BADAR, SMKAP. Sebelum itu, sewaktu di rumah Pn. Rosiah, rombongan kembara kami bertambah seorang lagi, saudara Mohd Anas B. Mohd Yusof. Beliau akan melanjutkan pelajaran beliau di Australia pada tahun depan, bulan Februari, insya-ALLAH. Jarak antara rumah Pn. Rosiah dengan Ustazah Anita tidak begitu jauh, hanya di pisahkan dengan bangunan tapi pada tingkat yang sama, tingkat 1.

Di rumah Ustazah Anita, kami di jamu dengan Mee Kari, hmmm… Sedap! Tambahan pula, kembara kami di rumah beliau di tambah dengan dua orang lagi tenaga pengajar SMKAP, iaitu Ustaz Aziz dan suami beliau, Ustaz Zulkifli. Mereka bertiga ini juga antara tulang belakang BADAR SMKAP kerana sanggup menggorbankan masa dan tenaga mereka untuk kemajuan BADAR sekolah. Aku dan rakan-rakan ku tidak dapat membalas segala jasa baik mereka melainkan mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada mereka. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas jasa mereka kelak. Sambil makan, sambil berbincang. Tajuk perbincangan berada di sekitar aktiviti dan pengisian yang di kendalikan BADAR sendiri. Antara aktiviti yang sedang di rencanakan adalah aktiviti bagi pelajar tingkatan tiga yang akan tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada Jumaat ini. BADAR telah di beri tanggungjawab untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti kerohanian atau berbentuk motivasi kepada pelajar-pelajar tingkatan tiga ini. Oleh itu, kami secara sukarelanya ingin membantu apa yang kami boleh bantu untuk mereka. Kami merasakan keterlibatan kami dalam aktiviti pembinaan rohani dan jati diri mereka sangat penting kerana inilah peluang kami untuk memberi sumbangan kepada mereka yang pernah berjasa kepada kami. Mungkin aku merasakan perkara ini sedikit sebanyak akan menambah beban aku, tapi sampai bila aku hendak merasakan bebanan yang sedikit? kerana yang pastinya, pada masa depan, tanggungjawab itu akan bertambah jua. Aku rasa ada baiknya aku berjinak-jinakan dengan tanggungjawab itu.

Selepas tamat ziarah kami di rumah Ustazah Anita, kami meneruskan perjalanan kami yang terakhir ke destinasi terakhir kami pada malam itu. Ustaz Md. Shah, juga guru penasihat BADAR sekolah kami hingga sekarang. Sepanjang perjalanan, aku mengambil kesempatan berbincang dengan rakan-rakanku di dalam kereta mengenai kesanggupan kami untuk memberi sumbangan kepada sekolah. Ada yang ingin membantu dari segi seni ISLAMI, atau nasyid dan percussion, dan ada juga ingin membantu dari segi permainan.

Hmmm, bagus jugak idea korang nie…‘ kataku.

Sumbangan kami bukan hanya tertumpu untuk aktiviti BADAR sahaja, tetapi kami juga mengambil sikap flexibility, yakni boleh berubah mengikut keadaan. Tidak lah kami ini regict sangat atau ta’asub dengan sesuatu aktiviti. ISLAM itu syumul, maka pemikiran kami juga seharusnya syumul juga. Tanpa di sedari, kami sudah tiba di perkarangan rumah Ustaz Md. Shah. Nampak suram sahaja, sudah tidurkah? Aku buat panggilan…

Ustaz, kami di depan rumah Ustaz‘ kataku.


Pintu rumah terbuka. Ustaz juga muncul. Juadah sudah di sediakan di hadapan rumah, di porch rumah. Kami bersalaman dan di jemput duduk. Wah! Romantiknya. Mana tidaknya, lampu depan di buka suram supaya kami merasai kesejukan malam yang menusuk tulang kami. Kali ini kami di jamu dengan Mee Hun Goreng, juga sedap. High Quality. Waktu itu, aku seakan-akan tidak mampu untuk menjamah kerana perut sudah penuh. Namun, rakan-rakanku men’jemput’ juga aku makan. Aku makan akhirnya. Sepanjang ziarah kami tadi, isu yang di bincangkan adalah tarbiyyah pelajar-pelajar SMKAP. Pokok tarbiyyah ini sangat penting kerana tarbiyyah merupakan perkara asas yang wajib di lalui oleh setiap Muslim. Jika rosak tarbiyyahnya, maka akan timbul kepincangan dalam pembentukannya masa depan kelak. Aku dan rakan-rakanku sepakat untuk berbincang di antara kami untuk memutuskan siapakah yang akan membantu Ustaz di SMKAP. Ustaz juga menimbulkan harapan kepada semua bekas SMKAP untuk turut sama membantu kelangsungan tarbiyyah di bumi Pedas itu.

Sudah lewat, rakanku, Anas memberi isyarat untuk bergerak pulang. Kami teringat, kami belum solah isya’ lagi. Lantas kami memohon mengundur diri daripada Ustaz dan mengucapkan terima kasih atas segala persediaan untuk menyambut kami ini. Kami berpisah dengan Anas kerana beliau ingin pulang terus ke Port Dickson. Esoknya beliau bekerja. Aku dan rakan-rakanku singgah solah di Masjid Chembong, berhampiran dengan sekolah teknik. Solah berjamaah menjadi keutamaan kami walaupun dalam perjalanan yang panjang dan penat. Inilah syiar kami, syiar yang kami harap untuk sekalian manusia akan mengikutinya satu hari nanti. Selesai solah, aku dan rakan-rakanku pulang ke tempat masing-masing. Aku harap dan aku pasti mereka akan menanam satu azam yang baru untuk membantu dakwah dan tarbiyyah ini di bumi Pedas, bumi yang berjasa kepada aku dan mereka yang bersama berjuang untuk-Nya. Aku juga mahu jadi seperti mereka!

 

 

MOHD NOR ADZIM B. SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s