Mabruk alaihi ya Ustaz Razman!


Mabruk alaikuma!

Alhamdulillah, pada sabtu yang lepas, Ustaz Razman telah di sahkan sebagai suami bersama pasangannya, Pn. Noraidah. Beliau juga merupakan sahabat saya yang saya baru kenal pada tahun lepas. Mereka telah di akad pada hari yang sama di sebuah Masjid, di Lubok Cina. Majlis kemudian di teruskan dengan jamuan daripada tuan rumah pengantin wanita di Lobok Cina juga. Saya, seperti biasa di jemput untuk menjadi Deejay bagi majlis perkahwinan beliau.

Dalam majlis tersebut, dua tugasan yang di pertanggungjawab kepada saya selain menjadi deejay, saya juga menjadi pegawai P.A System, menjaga kelengkapan sound system yang telah di sediakan untuk saya gunakan sepanjang waktu bertugas saya. Hmmm, berat tu… Walaubagaimanapun, saya tetap komited dalam melaksanakan dua tugas serentak sebagai latihan kepada saya untuk menghadapai tugasan yang lebih berat lagi dari dua tugasan ini. Pernah saya sebutkan dalam satu artikel, sekiranya kita tidak berjinak-jinak dengan bebanan yang lebih, mungkin kita akan kecundang di tengah jalan. Oleh itu, kepada pengunjug di hormati sekalian, janganlah anda mudah merasa lemah atau putus asa dengan bebanan tugas yang telah di taklifkan kepada anda, tetapi rasailah tugas itu sabagai satu sunnatullah bagi anda untuk merubah paradigma anda pada masa depan nanti.

Semasa menjalankan tugas, saya juga memerhatikan manusia. Melihat dan menafsir mereka. Bukan saya nak mengata apa-apa keburukan tentang mereka, cuma saya cuba mencari di kalangan mereka yang dalam diri mereka punyai sinar yang mahu untuk di terangi dengan sinar yang lebih kuat. Kita sekarang lebih memerhatikan mereka yang berada di bandar atau di pekan kecil, perangai mereka terkini, dan memang kita akan lihat mereka seakan-akan ‘rosak’. Namun, kita jarang mengambil tahu mereka yang duduk di luar bandar tentang perangai mereka. Apa yang saya perhatikan, terutama golongan muda, mereka mempunyai satu ikatan kesatuan yang teguh dalam melakukan sesuatu. Tidak mengeluh dalam melakukan sesuatu tugasan mereka. Saling bantu-membantu dan tolong-menolong sesama mereka. Ini merupakan satu kelebihan yang kita semakin lupa akan kepentingannya dalam era moden ini. Orang muda adalah tiang negara yang terpenting dalam mengukuhkan sesebuah negara. Sekiranya mereka ini, punyai sedikit kesedaran, tetapi tidak di ambil peduli maka sia-sia lah apa yang kita rencanakan selama ini untuk orang muda sekarang.


4 jam saya bertugas pada hari itu. 4 jam juga saya merasakan banyak yang saya pelajari pada hari itu. 4 jam juga saya menilai diri saya ini. Kesannya, hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Bekerja dengan niat membantu agama-Nya tidak akan rasa penat malah bersemangat penuh untuk merealisasikannya. Itulah yang saya belajar. Bekerja bukan kerana duit, bukan kerana populariti mahupun kerana kita ini hebat berbanding daripada orang lain, tetapi kita bekerja kerana kita ini hamba-Nya, ubudiah kita hanya kepada-Nya. Kita di ciptakan oleh-Nya untuk beribadah kepada-Nya semata-mata. Alhamdulillah, saya sedar akan akarnya itu. Selesai mengemas, saya bertolak pulang seperti biasa bersama dengan seorang sahabat saya, Ustaz Sofee. Dalam perjalanan, otak saya berputar ligat dalam memikirkan masa depan saya. Saya hendak jadi apa? Saya mahu kerja di mana? Di manakah fokus tarbiyyah saya? Apakah saya akan dapat membantu dakwah ini selepas saya tamat belajar? Semuanya itu berlegar-legar di udara minda saya sehinggalah saya jatuh dari motosikal saya di tepi jalan, mungkin saya lalai sebentar… Saya terlibat dengan accident…….


 

MOHD NOR ADZIM B. SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

One thought on “Mabruk alaihi ya Ustaz Razman!

  1. berfikir ttg dakwah & tarbiyyah tu baik tp tgk jugak la tempatny…

    len kali guna kaki ja…x yah naik motot ya ustaz…

    byk benda lg yg x terbuat ni….tp fikirkan bahawa dakwah & tarbiyyah ini akan ada kelangsungannya oleh orang lain, jd kita sbg hambaNYA x akan pernah penat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s