Saya Accident…


“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan hanya dengan mengatakan ‘Kami telah beriman’, dan mereka tidak di uji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka pasti Allah mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta” ( Surah Al-Ankabut: 2-3 ).

SyafakaALLAH… ana doakan anta cepat sembuh’ doa Ustaz Sofee.

Saya terlibat dengan accident pada Sabtu yang lepas, hari yang sama pada Majlis Perkahwinan Ustaz Razman. Peristiwanya berlaku selepas saya selesai tugasan saya di rumah penganti perempuan di Lobok Cina, Rembau. Secara jujurnya saya juga tidak tahu bagaimana saya boleh accident dengan motosikal saya. Saya tidak pasti. Sama ada kesilapan saya sendiri atau perkara lain. Saya tidak ingin menyalahkan siapa-siapa dalam perkara ini. Ini semua qada’ dan qadar Alaah s.w.t kepada saya. Saya Redha.

Saya accident di persimpangan Rantau-Pedas, di simpang tiga. Ketika itu saya mengekori sahabat saya, Ustaz Sofee yang memandu Toyota di depan saya. Saya ekorinya perlahan dan sepanjang pemanduan saya itu, saya rasakan pemanduan saya ini paling berhati-hati yang pernah saya buat. Ikut sebelah kiri jalan, tidak memotong dengan tergesa-gesa dan brek sebelum masuk sesuatu simpang. Ini yang saya buat. Tiba-tiba, sebuah kenderaan kereta Waja memberi signal ke kanan, lalu Ustaz Sofee memberi signal ke kiri untuk mengelak kenderaan Waja itu. Saya juga brek. Namun, sekiranya inilah yang tertulis ke atas saya, perkara ini tetap berlaku. Perancangan Allah s.w.t itu Maha Sempurna berbanding perancangan manusia. Saya redha. Mungkin ada hikmah yang saya perolehi dalam accident ini. Ustaz Sofee lantas membawa saya ke klinik berdekatan. Tidak silap saya nama klinik itu ialah Klinik Rantau. Kami menunggu dalam 10 minit untuk di panggil oleh doktor yang bertugas pada hari itu. Sejurus masuk ke dalam bilik rawatan, saya di kehendaki berbaring di atas katil yang di sediakan. Doktor tiba untuk memastikan tiada perkara serius berlaku.

U gerakkan lutut dan jari kaki kiri U‘ arah doktor itu.

Saya ikut.

Alhamdulillah, tiada yang serius berlaku. Hanya luka dan lebam yang menyakitkan sahaja yang saya alami. Selepas tamat pemeriksaan dan injection ke atas saya, kami boleh beredar dari bilik pemeriksaan dan menunggu di luar untuk mendapatkan ubat-ubatan. Saya di berikan 3 ubat makan dan 1 ubat sapu pada luka saya. RM 43 semuanya, tapi semua itu di bayar oleh sahabat saya, Ustaz Sofee. Saya cuba menahan, tapi beliau tetap membayarnya. Saya terharu, tidak tahu apa yang ingin saya katakan, hanya kalimah ‘Terima Kasih’ sahaja yang mampu di sebut.

“Tidak beriman seseorang itu selagi mana dia tidak kasihi saudaranya seperti mana dia kasihi dirinya sendiri” Riwayat Imam Bukhari.

Sebelum menyambung perjalanan saya, kami singgah di tempat kejadian untuk mengambil motosikal saya yang tidak berapa ‘cedera’ dalam kemalangan itu. Kami sambung perjalanan. Sepanjang perjalanan, saya hanya mampu menahan sakit saya yang membawa motosikal saya. Lutut dan tapak kaki kiri saya lebam dan luka hingga menimbulkan kesakitan yang amat. Saya sabar.



Tiba di rumah, kaki saya bertambah sakit dan pada malam itu memang saya berehat sahaja. Sempat sahaja saya melihat pasukan England mengalahkan Kazakhztan di kaca televisyen. Malam itu saya agak sukar untuk tidur. Mungkin menahan sakit saya itu. Saya terlelap pada pukul 3 pagi. Pagi Ahadnya, denyutan itu sudah berkurang namun terasa. Sahabat handai juga mengambil kesempatan untuk menziarahi saya di rumah, di samping berjalan raya di rumah saya. Jazakallahu khoiran jazak… Namun, hati saya masih meragui terhadap tahap kesihatan sebenar saya. Saya tekad untuk berjumpa dengan doktor bagi mengesahkan tahap kesihatan sebenar saya. Pagi tadi, pagi Isnin, saya telah pergi ke Hospital Pakar Senawang, Senawang. Doktor mengarahkan saya untuk x-ray kaki saya bagi memastikan tahap sebenar kaki saya ketika ini. Alhamdulillah, tiada apa yang teruk melainkan terdapat sedikit perubahan pada sendi lutut saya. Alhamdulillah, engkau Maha Mengasihani hamba-hambaNya… Umumnya, saya boleh ke kuliah esok, dan kembali ber’tugas’ sebagai mahasiswa semula. Oleh itu, pengajaran yang saya perolehi ialah jangan menunggang motosikal ketika hujan, saya accident ketika hujan, kerana jalan itu belum pasti selamat bagi saya ketika hujan. Saya juga tahu bahawa ujian itu bukan hanya dalam bentuk cercaan manusia atau birokrasi dalam sesuatu pentadbiran, tetapi juga dalam bentuk alam semula jadi dan kenderaan sekali pun. Ujian inilah sepatutnya meningkatkan semangat kita, keyakinan kita terhadap jalan-Nya…

 

 

MOHD NOR ADZIM B. SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Advertisements

17 thoughts on “Saya Accident…

  1. salam adzim.. ustazah baru baca coretan awk ni.. Syafakallah.. yakinla dengan janji Allah pasti ada hikamah di sebalik ujian ini..

  2. Allah’akbar…
    Sungguh berat ujian Allah yang diberikan kepada anta…
    mdh2an Allah bantu menyembuhkan kesakitan yang anta alami… InsyaAllah….

  3. Salam.
    Bertemu di alam maya.. Moga dipermudahkan segala urusan.. Syafakallah.

    Ukhuwwah fillah abadan abada.

    dri,
    KMB

  4. Allah sentias b’sma dgn org2 yg sabar…

    Stiap manusia diberikan ujian oleh Allah supaya kita tdk alpa dr m’ingatinya setiap ms….

    Semoga lbh tabah m’hdpi hidup ini..

  5. salam…bagaimana kesihatan anta skrg…
    moga dipermudahkan oleh Allah…
    ujian Allah tanda kasih sayangNya kpd kita…

  6. After a long journey pursuing the real phenomenon of da’wa, Allah gives us a slight pain because of His love. Shafakallah, may the little pain that you deserved is the sacrament(forgiveness) from Allah..

    Something bells my ring,
    A thousand miles of journey begin with a single step. All the steps have you been walked by left foot marks. Don’t worry, just go on. People will follow you

  7. erm…..len kali ustaz adzim..klau memandu tu jgn berkhayal ya..

    klau ya pn pikir ttg dakwah n gerak keja….tgk tempat ya…

    ana x marah tp membebel ja…

  8. Takziah ats ape yg b’laku…

    Semoga cpt smbh…

    lutut sbhgn aurat lelaki…

    buka mnda,bka hati,pikir sndri….

  9. Terima kasih kepada semua.

    Saya juga mengharapkan ALLAH s.w.t memberi rahmat dan hidayahNya kepada kita semua. ALHAMDULILLAH, saya semakin pulih.

    Terima Kasih kepada mereka yang memberi peringatan kepada saya tentang AGAMA kita yang INDAH ini. JazakaALLAHu Khoiran Kasiran…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s