Apa erti saya menganut ISLAM? (Bahagian 1)


Aqidah ibarat tali yang di simpul kuat dan tidak mampu di buka lagi. Itulah Aqidah yang perlu dan wajib kita amalkan dalam kehidupan kita seharian!


Dalam artikel yang lepas, bahagian Pegangan Kita yang bertajuk Aqidah Kita telah saya gambarkan secara umum apa maksud pegangan itu dalam erti kehidupan kita sekarang. Moleklah saya berkongsi juga tulisan daripada ulama’ terkenal sekarang iaitu Ustaz Fathi Yakan. Bukunya yang terkenal berkenaan Aqidah ini ialah Maza ya’ni li intima’il Islam (Mengapa saya menganut ISLAM). Suka saya khabarkan kepada anda semua bahawa ini hanya pandangan saya semata-mata setelah apa yang telah saya belajar. Ustaz saya pernah berpesan : “Umur setahun jagung(muda) jangn merendahkan mereka yang sudah lama menuntut ilmu“, kepada mereka yang lebih ‘tua’ daripada saya serta mereka yang sudah dalam ilmunya, maka bantuilah saya juga dalam memastikan isi-isi yang saya sampaikan kepada masyarakat ini tidak lari dari ajaran sebenar Al-Quran dan Al-Sunnah. Bantu saya.

Secara umumnya dalam artikel yang lepas, kita dapat lihat bukti-bukti dari Al-Quran dan Al-Sunnah sangat jelas dalam mengangkat kepentingan Aqidah ini. Saya juga tidak terelak dalam menyebut bahawa inilah perkara asas yang perlu di mantapkan sebelum kita hendak meningkatkan diri kita ke tahap yang lain. Hal ini membuktikan pengajaran dan pembelajaran Aqidah sangat penting dan harus di mulakan dari akar umbi tarbiyyah. Pada athar Rasulullah s.a.w juga, seawal dakwah baginda s.a.w kepada umat manusia ketika itu tertumpu pada pembinaan Aqidah yang mapan dan kukuh dalam diri Angkatan Pertama Islam. Selama 13 tahun baginda s.a.w membina, mengukuh, memantapkan dan mengasaskan Aqidah dalam diri Angkatan Pertama ini dengan ayat-ayat Allah s.w.t kepada mereka. Justeru, kita seharusnya merasakan kepentingan membina Aqidah yang sohih sebagai perkara utama dalam diri kita sekarang.

Saya cuba merealisasikan ringkasan buku ini dalam bentuk yang mudah anda fahami. Pertama:

“Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah s.w.t yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain”

Inilah batu asas pertama yang di letakkan dalam oleh Ustaz Fathi Yakan dalam tajuk Aqidah ini. Mengimani dan meyakini bahawa Allah s.w.t adalah pencipta alam ini. Allah s.w.t mempunyai sifat yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain dalam menguruskan tadbirnya. Semua ini kita dapat lihat dengan terbentangnya tanah dunia ini, terdampar luas lautnya di hadapan kita dan megahnya gunung-ganang terpacak memasak bumi kita ini! Ini semua sudah di buktikan kepada kita. Dunia ini tidak akan wujud sekiranya pencipta kita ini tidak punyai sifat sempurna. Maka, tidak hairanlah Allah s.w.t itu adalah segala-galanya bagi kita.

“Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah s.w.t, tentulah keduanya itu telah rosak binasa; Maha Suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan” ( Al-Anbiyaa’: 22 ).

Amat mustahil di sini bagi kita untuk percaya bahawa adanya tuhan selain Allah s.w.t di dunia ini, yang juga mempunyai pemerintahan seperti Allah s.w.t. Sudah termaktub di atas, dalam Al-Quran sendiri, akan berlaku kebinasaan di dunia dan di langit sekiranya pada satu masa kita punyai dua pemerintahan yang Maha Berkuasa. Sangat Mustahil! Oleh itu, perkara ini hendaklah kita jelas dan tahu dalam meyakini Aqidah kita bahawa Aqidah kita ini adalah sohih berdasrkan pengajaran ulama’ yang di yakini imannya.

 

 

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

3 thoughts on “Apa erti saya menganut ISLAM? (Bahagian 1)

  1. Assalamualaikum..
    Molek sangatlah saudara membincangkan bahan ilmiah ini yang sebenarnya amat diperlukan oleh masyarakat kini, di Udm students yang mengambil madah Fiqh Dakwah menjadikan buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” sebagai bahan rujukan utama malah dijadikan salah satu muzakirat terpenting bagi pelajar semester 2 dan 4. selain itu setiap hari Jumaat semua pelajar madah ini wajib mengadakan Usrah denagn berdakwah kepada pelajar lain di samping menjadikan buku ini sebagai bahan asas yang perlu dikupas dan dibincangkan. di dalam kelas pelajar digalakkan mengeluarkan point2 penting serta ringkasan agar bukan setakat orang islam memahaminya malah kepada non muslim juga…. jd saya sangat bersetuju saudara membincangkan mengenainya… bagus sangat..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s