Jumpa Semula

“Apabila solah telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu ke muka bumi, carilah karunia Allah s.w.t dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung” ( Al-Jumu’ah: 10 ).

Pada Aidilfitri yang lalu, aku mengambil kesempatan menziarahi guru-guru dan rakan-rakan lama aku yang sudah lama tidak bersua. Seperti yang aku janjikan dahulu, kembara ku ini adalah langkah permulaanku untuk aku kenal akan jalan ‘ini’. Dalam isu yang lalu, aku menceritakan kembaraku di rumah rakan seperjuanganku yang aku kenal mereka sejak bangku sekolah menengah lagi serta guruku yang banyak membantu aku dalam mengenal jalan ‘ini’. Hingga sekarang, hubungan kami masih akrab dan kuat seperti kisah kami di sekolah menengah dahulu. Kali ini, aku menceritakan pengembaraanku bersama mereka yang juga punyai kesedaran ISLAM dan masih mencari keindahan agama ISLAM namun perlu di bimbing dan dibantu. Mungkin anda merasakan satu kekekokan tentang kisah ini, tapi aku cuba menjiwai dengan perasaanku tentang orang masa kini. Aku berharap sedikit sebanyak kisah ini mampu mengetuk pintu hatiku untuk thabat dalam perjuangan ini dan memberi kesedaran betapa perlunya kita melangkah di ‘luar sana’ dan turun padang bersama mereka, membantu mereka. Aku tidak lagi hanya mahu membatu kan diri sahaja tanpa melakukan sesuatu untuk mereka…


 
Dalam kembaraku ini, aku mengambil kesempatan untuk berjumpa semula dengan saudaraku. Seawal 9.30 pagi, aku bertolak dari Seremban menuju ke Kajang, Selangor. Saudaraku menanti di sana. Dalam perjalanan, aku berfikir bagaimnana diriku yang tidak seberapa ini mahu mengajak mereka ke ISLAM yang syumul? Hmmm, mungkin jawapanku ini nanti akan terjawab selepas pengembaraanku nanti. Aku terus fokus dengan pemanduanku, kereta ViVa hijau meluncur laju di atas lebuh raya Utara-Selatan. Selama 40 minit pemanduanku ke di atas lebuh raya, akhirnya aku keluar di susur keluar Kajang. Alhamdulillah, tiba juga aku…

Aku terus menuju rumah saudaraku di Taman Muhibbah, berhampiran kota Kajang. Pon… Pon… aku cuba hon dari luar rumah mereka. Tiada reaksi. Aku keluar dari keretaku sambil menekan punat kunci pada control key padaku. ‘Assalamualaikum… Dah siap lum?‘ kataku dari luar sebelum di pelawa masuk oleh adik mereka, Danial. ‘Lum lagi… jap yer…‘ jawab mereka. ‘Bereh…‘ jawabku semula, ringkas. Kebetulan ketika itu nenek ku ada di ruang tamu mereka dan terus ku sambut tangannya, bersalaman. ‘Apo kabo wan?‘ tanyaku, ‘Sihat jo, ko nak ke mano nie?‘ tanya nenek ku kembali. ‘Pi jalan raya ngan bebudak nie, ngan Usop‘ jawabku. Nenek ku senyum.

10 minit kemudian, Usop atau Yusuf dah siap. Aku tengok seorang lagi saudaraku seakan-akan mahu ikut aku. ‘Nak ikut tak Awie?‘ soalku. ‘Boleh gak, tunggu jap. Aku pi siap…‘ jawabnya. Tunggu. Pada hari itu juga, ibu bapa mereka masih bercuti. Aku panggil mereka Pak Cik Nan dan Achik. ‘Nak pi mana azim?‘ tanya mereka. ‘Nak pi beraya rumah kawan nie. Sorang kek Bangi jer dengan kek Pandan. Borink-borink pi sorang, ajak Usop. Pastu Awie pun nak ikut jugak. Bawak jerla diorang nie‘ jawabku. ‘Bagus-bagus. Daripada diorang duk umah jer, baik pi kenal ngan kawan-kawan ko tue‘ cadang Pak Cik Nan ku. 10 minit kemudian, mereka berdua siap. Aku dah terlewat nie. Janji dengan kawanku di Bangi nie dalam pukul 10.30 aku sampai. Sekarang dah pukul 10.30 pagi!


Khidmat Sistem Pesanan Ringkasku di gunakan. Aku lewat nie, maaf yer. Amek saudara aku kek Kajang –azim-. Terus mencari nama Alina dalam senarai phonebook ku. Alina merupakan kawanku di Kolej Matrikulasi Perlis(KMP) dahulu, sesi 2006/2007. SeTutor. Aku pun dah kenal sangat dengan ayahnya, seorang wartawan di sebuah akhbar nasional kita. Tahun lepas aku menziarahi mereka bersama dengan seorang rakanku, juga dari KMP. Tahun ini, masing-masing mahu bergegas pulang ke tempat pengajian masing-masing lalu tinggal lah Alina ini untuk aku ziarahinya. 15 minit dari Taman Muhibbah, tiba ku juga di rumahnya. Aku tak berapa pasti apa nama tamannya, tapi di seksyen tiga, Bandar Baru Bangi.

Kami di sambut oleh Alina bersama dengan bapanya. Kami terus di alu untuk duduk di ruang tamu yang kemas dan teratur dengan kuih-kuih yang tersusun. Hmmm, banyak jugak kuihnya. ‘Nie kuih tunjuk ker buat?‘ tanyaku. ‘Hmmm, kebanyakan kakak aku buat‘ jawabnya, selamba. ‘Wah! Hebat akak ko yer‘ pujiku. Terdetik dalam hatiku, alangkah baiknya kemahiran membuat kuih ini dapat di manfaatkan dalam agamaNya. Macam tak logik kan? Tapi itulah fikiranku ketika itu. Mungkin tenaga yang membuat kuih-kuih itu, boleh di manfaatkan dalam memantapkan diri kita untuk semakin hampir kepadaNya. Macam-macam lagi mindaku berpusing memikirkan ketakjuban manusia dalam melakukan sesuatu perkara, lebih-lebih lagi sesuatu perkara yang mereka minat. Ya, itulah rahsianya! Ya ALLAH kurniakan ku kekuatan untuk menguatkan agamaMu, ya ALLAH.

Sepanjang di rumah Alina, banyak yang di perbincangkan. Antaranya ialah berita-berita kawan kami yang sedang belajar dan juga kami sempat mengutip pengalaman ayahnya sebagai wartawan, malah sebagai orang lama. Hmmm, orang lama banyak pengalamannya. Bapanya seorang yang suka berkebun dan penternak ikan. Malah, kami ini di ‘tahan’ untuk di jamu dengan masakan ikan air tawar yang di tangkapnya di kebun beliau. Ya, pada mulanya aku berhasrat untuk menziarahi di rumah Alina ini tidak lama kerana kawanku di Pandan Indah sedang menanti. Lebih kurang setengah jam. Namun, pelawaan ayahnya untuk makan tengah hari bersamanya tidak mampu aku dan saudaraku tolak. Menunya, ikan keli masak cili api. Memang favourite aku. Pedas pun pedas jugak. Aku tahu bahawa rezeki yang di usahakan sendiri adalah lebih bermakna berbanding rezeki yang datang dengan kita bekerja dengan orang lain. Aku teringat, memang ada satu hadith yang menyembut tentang keberkatan rezeki yang di usaha dengan kita sendiri, tangan kita sendiri. Kini, aku berazam untuk kerja sendiri berbanding untuk mencari kerja dengan orang lain. Aku boleh lakukan!

Kembara aku ke rumah kawanku ini tidak akan ada penghujung selagi hayat aku di kandung badan. Banyak perkara yang aku lihat sepanjang aku berkembara, bila aku berkembara dan bila tamat kembara ku. Oleh itu, penulisan ku ini tidak tamat di sini sahaja dan akan selalu bersambung apabila ku memulakan pengembaraanku… Nantikan sambungannya…

 

 

MOHD NOR ADZIM B. SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

4 thoughts on “Jumpa Semula

  1. uihh sadis r den bce nukilan ang…
    xpasal2 leh wat stOry…
    trime kasih la sudi mai braye…
    aikk ryuji 6t korg wat la konvoi…amacam..
    cuti msg2 xtentu…hehehhee..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s