Hari Penentuan (Semester 3)


“Ya Allah, permudahkanlah dan jangan engkau susahkan”

“Sesungguhnya Allah bersama kita”

Ya, itulah ucapan dan doa yang di pohon daripada mereka yang sedang menduduki peperiksaan terutamanya kepada mereka yang belajar di institut-institut pengajian tinggi sama ada awam atau swasta. Study Week sudah pun lepas dan waktu persediaan bagi mereka sudah tamat! Sekarang tibalah mereka menghunuskan akal dan ‘senjata‘ mereka dalam mengahadapi ‘pertempuran’ yang dasyat pada hujung tahun ini.


Hmmm, saya bukan hendak memberi tips kepada anda untuk menghadapi peperiksaan tapi mungkin sekadar ingin berkongsi cerita saya dan rakan rumah saya dalam menempuh saat-saat peperiksaan akhir ini. Orang kata, berpantang ajal sebelum maut, jangan cepat mengalah selagi mana kita belum capai kejayaannya. Saya sangat setuju dengan ungkapan ayat ini. Saya dan rakan rumah saya, biasanya, amat relaks dalam menempuh saat hari-hari dalam hidup. Namun, apabila sangat ‘pertempuran’ ini, masing-masing menumpukan diri dalam subjek yang di ambil dalam semester kali. Rumah kami tidak pernah lekang di kunjung oleh rakan-rakan yang ingin belajar bersama. Hmmm, saya boleh katakan rumah kami ini seperti study house. Bukanlah kami ini pandai, namun kerana kita ingin saling bantu-membantu rakan-rakan kami dalam peperiksaan akhir ini.

“Dan bertolong-tolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan…” ( Al-Maidah: 3 ).

Al-Quran sendiri memberi tunjuk ajar kepada kita untuk bantu-membantu dalam kebaikan, dan berkongsi ilmu serta bantu rakan kita dalam pelajaran juga merupakan amalan kebaikan yang di tuntut dalam ISLAM. Saya melihat dan mengkaji bahawa antara kejayaan orang ISLAM dahulu, dalam zaman keemasan ISLAM yang unggul, saya melihat budaya ilmu dan bantu faham-memahami dalam sesuatu ilmu sangat giat diamalkan di kalangan ulama’ ketika itu. Malah, saya takjub dan hairan yang mereka ini(ulama’) tidak pernah meminta satu sen daripada anak murid mereka dalam mengajar ilmu kepada mereka. Hairan kan? Bagi saya, tiada yang hairan kerana mereka punyai minda yang jauh ke hadapan, mahu generasi selepas mereka menguasai ilmu mereka dan seterusnya mereka(kita ini) membongkar ilmu yang tidak sempat mereka bongkar.

ALLAHUAKBAR! Mulianya hati mereka, kita? Di mana?

Kami juga seperti anda, masih belajar dan terus belajar. Namun, dalam hati kami punyai iradah yang ingin menuntut ilmu selain dalam bidang yang kami ceburi sekarang ini. Saya dan dua orang lagi rakan saya mengambil jurusan Pentadbiran Muamalat, lima orang lagi mengambil jurusan Perakaunan dan seorang lagi mengambil pengkhususan dalam Bahasa Arab (Komunikasi). Kami yang mengambil Pentadbiran Muamalat dan Perakaunan duduk di bawah bumbung fakulti yang sama, Fakulti Ekonomi dan Muamalat(FEM) dan seorang lagi di bawah Fakulti Pengajian Bahasa Utama(FPBU) di USIM. Ilmu selain yang di ambil untuk menduduki peperiksaan juga penting seperti Aqidah, Ibadah, Muamalat, Sains, Tumbuhan, Haiwan, Kemahiran Asas dan pelbagai lagi. Hal ini kerana kita mesti menjadi seorang insan yang lengkap, tidak lengkap sepenuhnya, dengan kemahiran yang kita perolehi dan kita amalkan. Namun, saya dan rakan saya pasti bahawa kita tidak mampu mengecap semuanya melainkan kita punyai iradah yang sangat tinggi dan pengurusan masa yang baik.


Kami pada semester ini mengambil sepuluh subjek dan keseluruhannya 25 jam kredit. Banyakkan? Tapi, kami gembira kerana pada semester kali ini kami pelajari pelbagai bidamg dalam satu masa. Antaranya, Tarikh At-Tasri'(Sejarah Perundangan), Financial Management, Management, Financial Accounting, Fiqh Muamalat dan Jinayat, Statistic, Fikr Al-Islami, Usul Fiqh dan Marketing. Bagi saya, walaupun di penuhi dengan assingment yang melambak-lambak serta kerja luar yang di tugaskan kepada kami, kami mendapat manfaat yang tidak terhingga tentang ilmu yang kami pelajari. Tidak kira fasal agama kita atau kemahiran bidang kami. Semuanya sama dan akan memberi kebaikan kepada kami satu hari nanti. Kami juga tahu bahawa mengeluh tentang sesuatu, terutamanya tentang assingment yang di berikan, tidak akan membawa penyelesaian yang kepada kami. Kami bertekad untuk merubah dan berubah kepada yang lebih baik pada masa depan, dengan beransur-ansur. Kan ISLAM itu agama yang beransur-ansur? Mangapa perlu terburu-buru? Sebagai peringatan…

Saya pasti, dan begitu juga rakan saya pasti bahawa antara kita ini tidak terelak dari menerima ucapan ‘kesungguhan’ daripada rakan-rakan lama dan ahli keluarga masing-masing. Antara ucapan yang saya terima ialah:-

“Anugerah selautan ilmu, harapan seorang penuntut yang sentiasa beramal dengan ilmunya… Pelbagai kekangan ditempuh tetap tabah, bagunya tiada sakti yang boleh menghasilkan kejayaan tanpa redha Allah, restu ibu bapa, pendidik dan kudrat usahanya sendiri… I’m with humble ask for forgiveness from all og you. Bittaufiq wa najjah fil imtihanukum.”

Ini pula rakan saya terima:

“Selamat berjuang di Medan Peperiksaan sahabat-sahabat yang di hormati. Ilmu bukan sekadar terhenti di hujung pena dan kertas putih. Ilmu perlukan amalan, barulah anda menjadi seorang yang budiman dan bijaksana… Maaf segala silap dan salah. Semoga kita sama-sama dapat jawab exam dengan baik serta mendapat result yang cemerlang… InsyaALLAH.”

“Kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujuNya yangSatu… pelbagai dugaan yang menimpa… meratah keimanan kita satu persatu.. kadang-kadang terasa tak mampu.. kadang-kadang mahu beralah.. Tapi, ingatlah.. Di sana terselitnya kebahagiaan hakiki yang menanti…”

“In a survey it was asked, in how many days can a 1000 pages book can be read?

WRITER- 6month

DOCTOR- 2month

LAWYER- 1month

STUDENT- on the night before exam…

GoodLuck for exam~”

Banyakkan? Saya juga tahu anda banyak menerimanya. Cuma, mungkin boleh terfikiri untuk diri kita sendiri tentang amalan kita waktu ini… Saya tahu ketika ini ramai di kalangan mendirikan solah hajat, membaca Yaasin, membaca Al-Quran, dan amalan-amalan sunat yang lain. Namun, adakah amalan kita itu tadi ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t? Adakah kita benar-benar melakukannya kerana Allah s.w.t? Atau kita sekadar ingin memohon pertolonganNya ketika kita susah menjawab soalan peperiksaan? Saya tidak pasti apa yang anda fikirkan kerana saya bukanlah tahu apa yang anda fikirkan dalam pemikiran anda. Maka, renung-renungkanlah wahai rakanku…

Selamat Menjawab Peperiksaan Akhir kepada semua insan yang bergelar PELAJAR.

 

 

MOHD NOR ADZIM B. SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Advertisements

2 thoughts on “Hari Penentuan (Semester 3)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s