Korban

lombu

Korban di benak fikiran orang kita punyai banyak makna dan tamsilan. Korban kerana Agama, korban kerana Keluarga, korban kerana Cinta, korban kerana Pangkat, korban kerana Harta dan sebagainya. Erti korban di atas sudah di fahami dan di hayati oleh masyarakat kita, tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, besar atau kecil, Perdana Menteri atau rakyat, semuanya tahu erti korban ini malah sudah ada yang melaluinya dalam kehidupan mereka. Namun, adakah kita benar-benar tahu erti ‘Korban‘ dalam Agama kita, iaitu ISLAM? Mari kita bincang bersama-sama…

Continue reading “Korban”

Advertisements

Selamat Hari Raya Aidiladha!

n1

Assalamualaikum kepada semua…

Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat pengunjung terutama mereka yang setia menyokong saya dalam bidang penulisan ini. Maafkan saya dan halalkan segala makan minum saya yang pernah anda semua berikan kepada saya. Sesungguhnya terdapat banyak hikmah yang boleh kita perolehi dalam peristiwa menyambut Eiduladha ini. Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya, Nabi Ismail a.s haruslah menjadi pendorong kepada kita untuk menjadi Muslim yang sejati. Maka, hayatilah dan dokongilah panji-panji ISLAM ini. Kalau bukan kita, siapakah lagi??? Mungkin gambar di atas tiada kaitan dengan Hari Besar kita ini, tetapi saya mahu kita fikirkan kata-kata yang terdapat dalam ‘wallpaper‘ itu untuk akal kita sebagai Muslim

“Keep Sharpening Your Mind As Muslim”

Salam EidulAdha!

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Sudah selesai Semester Tiga…


Hmmm… Sudah sebulan saya tidak menulis. Mohon maaf kerana tidak meng’update’ blog ini. InsyaALLAH, saya cuba bawa cerita sebulan yang lepas kepada anda semua. Buat pengetahuan pengunjung semua, saya dan rakan-rakan sudah selesai menghadapi peperiksaan akhir bagi semester tiga atau semester satu bagi tahun pengajian yang kedua. Alhamdulillah, kini kami menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t untuk memberi kami keputusan yang cemerlang kepada kami dengan usaha kami sepanjang semester ini. Mungkin di sini ada beberapa coretan ingin saya kongsikan kepada anda semua.

Continue reading “Sudah selesai Semester Tiga…”