Sudah selesai Semester Tiga…


Hmmm… Sudah sebulan saya tidak menulis. Mohon maaf kerana tidak meng’update’ blog ini. InsyaALLAH, saya cuba bawa cerita sebulan yang lepas kepada anda semua. Buat pengetahuan pengunjung semua, saya dan rakan-rakan sudah selesai menghadapi peperiksaan akhir bagi semester tiga atau semester satu bagi tahun pengajian yang kedua. Alhamdulillah, kini kami menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t untuk memberi kami keputusan yang cemerlang kepada kami dengan usaha kami sepanjang semester ini. Mungkin di sini ada beberapa coretan ingin saya kongsikan kepada anda semua.


Sepanjang musim peperiksaan, saya melihat rakan-rakan saya begitu tekun dan bersungguh-sungguh dalam mengulang kaji pelajaran mereka. Siang hinggalah ke malam. Namun, dalam kesibukan mengulang kaji pelajaran mereka, mereka tidak lupa akan kebergantunggan mereka terhadap yang SATU. Allah merupakan tuhan kita dan DIA lah layak di sembah serta merupakan tempat tumpuan utama kita. Selalunya kita hanya bergantung harap kepada-Nya apabila kita menghadapi kesulitan atau kesusahan. Namun, apabila kita selami sirah junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w, kita dapati baginda s.a.w tidak pernah lekang dalam berdoa kepada-Nya. Tidak kira susah mahupun senang. Tidak kira waktu itu umatnya di seksa atau tidak. Malah, ketika umat ISLAM kuat juga, baginda s.a.w tidak pernah melupakan Allah s.w.t. Satu kisah masyur yang di ceritakan oleh Aisyah r.anha ketika melihat suaminya yang selalu bangun malam dan memohon keampunan daripada-Nya, lalu di tanya suami tercintanya;

Ya Rasulullah, engkau merupakan hamba kesayangan-Nya dan telah di ampun dosa dahulu mahupun masa depan. Engkau juga merupakan manusia yang telah di janjikan syurga oleh-Nya. Mengapa engkau masih sanggup bangun malam dan berdoa kepada-Nya?” tanya Aisyah r.anha.

Apa jawab baginda s.a.w?

Tidak bolehkah aku menjadi di kalangan hamba-hambaNya yang bersyukur?” jawab baginda s.a.w.

Lihat dan Fikir! Bagimana seorang rasul yang sudah di jamin masuk syurga masih dan berteusan mengharap keampunan kepada Allah s.w.t.? Tidak kira siang mahupun malam. Tapi kita?… Inilah teladan terbaik bagi kita dan menjadi tanggungjawab kepada kita untuk mengikutinya.


Peperiksaan yang kita hadapi ini hanyalah segelintir dari ujian yang telah di susun oleh-Nya kepada kita. UPSR, PMR, SPM, matrik mahupun universiti sekadar memberi pendedahan kepada kita untuk menghadapi ujian-ujian yang lebih besar. Semakin besar ilmu dan ketaqwaan kita, maka semakin besar ujian yang akan menanti.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan hanya dengan mengatakan ‘Kami telah beriman’ dan mereka tidak di uji? Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta( Al-Ankabut: 1-2 ).

Allah pasti menguji kita dan ujian-Nya berdasarkan ketaqwaan kita kepada-Nya. Kadang-kadang kita hanya di uji dengan ujian yang kecil dan kadang-kadang yang besar. Semua ini mahu meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t semata-mata. Mahu memberi kefahaman kepada kita bahawa tiada jalan mudah untuk menuju kejayaan dan pasti setiap kejayaan akan di lempari duri yang tajam dalam perjalanan menuju kejayaan. Saya dapat lihat dalam kalimah azan kita setiap hari iaitu ‘Mari menuju kejayaan‘, merupakan satu motivasi kepada kita untuk menuju kejayaan dengan keyakinan kita tertumpu kepada-Nya. Maka, rakan-rakan yakinlah bahawa walau sebesar mana ujian kita, tempuhilah dengan keyakinan yang tinggi kepada-Nya.

Salam Kejayaan!

 

 

MOHD NOR ADZIM B. SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Advertisements

2 thoughts on “Sudah selesai Semester Tiga…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s