Aku, Temerloh dan Dompet

 

p1040008

Pada 16 November 2008, aku dan empat orang rakan ku melakukan satu ekspedisi ke Temerloh, Pahang Darul Makmur. Hmmm, sudah setahun aku tidak menjejaki bumi Pahang selepas aku dan rombongan Pantai Timur ku tahun lepas berkelana di sini. Kali ini, aku berkembara bersama rakan-rakan rumah sewaku.

Pada mulanya, tidak terfikir di benak kami untuk keluar berjalan kerana ketika itu, aku dan rakan-rakan ku sedang menghadapi peperiksaan akhir bagi semester tiga. Aku hanya tinggal satu subjek lagi untuk aku hadapi manakala rakan-rakanku ada dua subjek untuk mereka hadapi. Idea untuk keluar berjalan muncul ketika rakan yang serumah dengan kami juga keluar berjalan. Dalam kepekatan kami ‘tension’ mengulang kaji, elok juga rasanya kami keluar dan menghirup udara segar di samping melihat tempat orang yang belum pernah aku lalui.

Korang nak pergi mana?’ tanya rakanku kepada rakan yang mahu berjalan tadi.

Nak pergi kenduri kahwin. Lepas tension sikit’ jawab mereka.

Kalau macam tu, kita orang nak pergi Temerloh lah. Jauh sikit…’ gurau rakan ku.

Elok jugak tue. Jom kita pergi, naik keretaku.’ Jawabku dengan yakin.

Mereka terpanar dan melihat sesama sendiri. Mereka pandangku dan aku membalasnya dengan muka yang tenang dan penuh keyakinan bahawa aku tekad nak laksanakan idea mereka. Mereka berulang-ulang tanya kepadaku sama ada betul atau hanya gurauan semata-mata? Aku tetap mahu pergi!

Maka bermulalah perjalalanan kami ke Temerloh.

Berbekalkan ViVa hijau keluargaku, kami bertolak dengan mengisi minyak penuh di hentian R&R Seremban. Masing-masing menyumbang RM 10 untuk mengisi minyak kereta kami. Satu jam setengah kami dalam kereta, maka kami tiba di Genting Sepah, tempat kami menjama’kan solah Zohor dan Asar. Selama 20minit kami berhenti di sini dan selepas itu kami menyambung perjalanan ke Temerloh. Sepanjang perjalanan, 2 jam perjalanan, banyak yang aku lihat akan ciptaan Allah s.w.t yang Maha Agung, Maha Sempurna. Pelbagai bentuk rupa ciptaan-Nya yang berlegar-legar di atas muka bumi ini.

 

Ya ALLAH! Besar sungguh kekuasaanMu.

Tujuan kami ke Temerloh adalah bagi menghadiri Walimatul Urus ahli keluarga kepada rakan yang sekelas dengan rakan rumah sewaku yang ikut bersama dalam pengembaraan ini. Alang-alang ke sana, eloklah kita melihat kebesaran alam ini. Kami tiba di tempat tujuan kami pada pukul 4.30 petang. Pada mulanya kami jangka akan tiba 3.30 petang. Namun, oleh kerana kami ini orang baru di Pahang, tak tahu jalan maka ia bertambah menjadi 4 jam perjalanan. Tapi, tidak mengapa kerana sedikit sebanyak kami tahu jalan-jalan di Temerloh ini. Tiba sahaja di rumah pengantin atau pondok pengajian (kerana tuan rumah menjalankan majlis di pondok), kami di alukan ke tempat makan untuk menjamu selera. Sodap juga masakan orang Pahang ni.

Selesai menjamu selera, aku dan rakan-rakanku terus meminta diri kerana ingin pulang semula ke Nilai pada hari itu juga. 4 jam perjalanan lagu yang perlu di tempuhi. Kami tidak mahu meneruskan perjalanan pada waktu malam, risau berlaku sesuatu yang tidak di duga. Setelah bersalaman dengan tuan rumah, kami meneruskan perjalanan pulang ke Nilai. Kali ini bukan aku yang memandu, rakanku yang memandu. Aku sudah menjalankan tugasku sewaktu mahu ke sini dengan tenang dan sabar. Waktu itu memang aku penat dan mengantuk, dan memang tiada upaya untuk memandu pulang. Rakanku tidak kisah, lalu mencapai kunci di tanganku untuk memandu kereta.

3 jam perjalanan, sekali lagi kami tiba di Genting Sepah. Aku baru terjaga. Huish! Lama betul aku tidur. Memang penat tahap kemuncak. Kami berhenti untuk mengisi minyak kereta walaupun masih ada minyak di tangki kereta. Dalam hatiku berkata, ‘Jimat jugak ViVa ni’ (bukan promosi). Aku membantu rakanku untuk mengisi minyak kereta setalah rakanku memberi isyarat untuk membantunya. RM 25 minyak di isi kali ini, boleh kata pergi balik dari N.Sembilan ke Pahang hanya RM 75 sahaja. Aku tekad untuk pergi sekali lagi apabila kami bercuti nanti. Kami bertolak kembali dan tekad untuk singgah di Sate Kajang, Kajang. Setelah selesai solah jama’ Maghrib dan Isya’ di Masjid Kajang, kami terus meluru ke Restoran Sate Kajang Haji Samuri (bukan promosi juga). Sedang mencari wang ku, aku sedar bahawa dompetku tiada. Aku panik. Satu kereta ku geledah dan sepahkan. Tiada. Aku katakan kepada kawanku untuk pergi dahulu ke restoran dan aku berpatah balik ke Masjid Kajang, takut-takut teringgal di sana. Namun, tiada juga. Akhirnya, rakanku terpaksa menggunakan wang mereka untuk membayar bahagianku sedangkan aku sudah merancang untuk membelanja mereka pada malam itu. Maafkan aku…

Setelah selesai menjamu selera, kami pulang dalam kepenatan tetapi gembira. Walaupun terdapat peristiwa pahit menimpaku dalam pengembaraanku ini, namun ia tetap memberi seribu satu pengalaman baru kepada ku terutamanya dalam penjelajahanku di Temerloh, Pahang. Satu pengiktibaran kepadaku agar sentiasa berwaspada dengan baramg berharga terutamanya barang-barang yang selalu dalam dompet; wang, i/c, lesen kereta dan kad perniagaan. Aku sedar bahawa ini merupakan pengajaran bagiku untuk tidak melalaikannya.

Salam Kembara!

 

 

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Advertisements

2 thoughts on “Aku, Temerloh dan Dompet

  1. Salam..
    sy pn bru2 ni prnah t’tggal dompet sms pg ke terengganu brsma emak..masyaALLAH,risau, tkt, sume ader..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s