Korban

lombu

Korban di benak fikiran orang kita punyai banyak makna dan tamsilan. Korban kerana Agama, korban kerana Keluarga, korban kerana Cinta, korban kerana Pangkat, korban kerana Harta dan sebagainya. Erti korban di atas sudah di fahami dan di hayati oleh masyarakat kita, tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, besar atau kecil, Perdana Menteri atau rakyat, semuanya tahu erti korban ini malah sudah ada yang melaluinya dalam kehidupan mereka. Namun, adakah kita benar-benar tahu erti ‘Korban‘ dalam Agama kita, iaitu ISLAM? Mari kita bincang bersama-sama…

Kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna:

“Berkorban yang saya maksudkan ialah menyumbang jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segalanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada Jihad yang tidak menuntut kepada pengorbanan”.

Al-Banna mahu membawa kita ke arah satu dimensi sebenar dalam erti pengorbanan yang sebenar dalam agama kita. Eri yang di hayati dan di praktiskan dalam kehidupan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat r.anhum. Al-Banna mahu kita jelas bahawa pengorbanan itu tidak akan membawa erti jika kita tidak bersama-sama dan tidak bersungguh-sungguh melakukannya, malah pengorbanan itu sering di kaitkan dengan Jihad. Saya melihat di sini bahawa erti ‘korban‘ sering di signifikasikan dengan erti Jihad kerana erti jihad tidak akan dapat di hayati sekiranya dalam jihad itu tiadanya pengorbanan yang di lakukakn oleh mereka yang menyangka mereka sedang berjihad.

Kita ambil contoh tentang badan kita. Korban atau jihad tidak akan tercapai sekiranya tubuh kita tidak di’korbankan’ dalam jihad yang kita lakukan. Tak kira jihad lisan, jihad badan, jihad pena, jihad ekonomi, semua itu perlu pada kedua-dua faktor ini. Kedua-dua faktor ini tidak dapat dipisahkan walau apapun berlaku.

Kisah Nabi Ibrahim a.s contohnya, telah mengambarkan kepada kita erti korban dan jihad yang sebenar dalam agama kita. Bagaimana mungkin seorang bapa yang kasihkan anaknya, Nabi Ismail a.s, sanggup menyembelih anaknya itu jika tanpa pengorbanan? Masakan mungkin seorang bapa mampu melaksanakannya tanpa jihad yang qawiyyah(kuat) dalam dirinya? Semua itu tidak akan berlaku melainkan Nabi Ibrahim a.s memahami erti korban dan jihad itu sendiri. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa pengorbanan kepada agama adalah lebih besar berbanding pengorbanan yang lain.

Cuba kita teliti kisah ini. Seorang sahabat yang agung, Abdullah Bin Rawahah r.a, telah di arahkan oleh baginda rasul s.a.w ke medan perang untuk menentang tentera Rom di luar kota Madinah Al-Munawwarah. Namun, apabila tiba hari keberangkatan tentera-tentera ISLAM ke medan perang, Abdullah Bin Rawahah tidak menyertainya sehinggalah tiba pada hari Jumaat. Ketika Nabi s.a.w berkhutbah, baginda s.a.w terlihat Abdullah Bin Rawahah masih belum berangkat le medan perang lalu baginda s.a.w bertanya:

“Mengapa engkau belum berangkat lagi, ya Abdullah bin Rawahah”

Abdullah menjawab, “Aku ingin bersolah di belakangmu kerana engkau pernah bersabda ‘Barangsiapa yang solah di belakang orang yang di ampuni dosanya, maka dosanya juga akan terampun’. Maka ku tahu bahawa engkau seorang ma’sum dan aku mahu solah di belakangmu agar dosaku juga akan terampun”

Maka Rasulullah s.a.w menegur beliau, “Wahai Ibnu Rawahah, ketahuilah kamu berjihad menegakkan agama ISLAM ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya”.

Nah! Satu tamparan, tamparan maut yang menghinggap di pipi kita. Rasulullah s.a.w menegur sahabatnya yang menangguh jihad dan pengorbanan kerana agama. Korban dan jihad kerana agama adalah lebih besar berbanding dengan amalan sunat yang sangat di tuntut kerana perkara ini sendiri di akui oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w sendiri hanya menunaikan haji dan umrah sekali dalam hidupnya tetapi Rasulullah s.a.w banyak menyertai perang dan berdakwah kepada manusia. Tidak kira siang dan malam. Inilah resam kehidupan Rasulullah s.a.w dan inilah kehidupana para rasul sebelum baginda s.a.w. Secara tidak langsung perkara ini menunjukkan kepada kita bahawa sungguh besar erti korban dan jihad dalam agama. Sungguh mulia di pandang oleh Allah s.w.t kepada mereka yang berkorban kerana agama serta berjihad di atas jalan-Nya.

Selain erti korban dan jihad yang kita cuba selami, kita seharusnya tahu bagaimana dan di mana korban dan jihad ini di laksanakan. Kita lihat dalam sirah Rasulullah s.a.w yang mana baginda s.a.w banyak menyertai peperangan, berdakwah ke sana ke mari, dari pembesar hingga ke hamba malah mengutus surat mengajak ISLAM kepada raja-raja yang berada di sekeliling tanah arab yang belum menganut agama ISLAM. Apa yang mahu di tunjukkan oleh baginda s.a.w kepada kita hari ini? Baginda s.a.w mahu melihat diri kita ini tidak hanya duduk di rumah, berzikir dengan zikir khususiyyah atau membaca Al-Quran sahaja, tetapi mahu kita keluar dan bertebaran di seluruh muka bumi dengan membawa panji-panji ISLAM ke seluruh pelosok dunia. Ini yang baginda s.a.w inginkan daripada kita. Meneruskan risalah agung hingga hari kiamat.

Sabda Rasulullah s.aw. : “Barangsiapa berjaya mengajak seorang manusia bertemu hidayah-Nya(agama ISLAM), maka dia telah perolehi ganjaran yang lebih besar dari DUNIA dan SEISINYA”.

Dakwah memerlukan pengorbanan dan jihad yang tinggi dalam diri seseorang muslim. Para sahabat a.anhum telah menunjukkan kepada kita bahawa betapa pentignya pengorbanan itu dalam menegakkan ISLAM. Mereka tidak berkorban setahun sekali, terutama dalam EidulAdha, tetapi jiwa mereka di korbankan setiap masa bagi memenuhi dunia ini dengan pancaran hidayah-Nya. Seharusnya kita, lebih-lebih kita kini berada di era ISLAM sedang di tindas dan di jatuhkan oleh musuh kita, berdiri teguh dan membangunkan diri kita seperti para sahabat r.anhum kembali menjulang ISLAM ini di mata setiap insan. Tibalah masa bagi kita menjadikan para sahabat r.anhum sebagai idola dan uswah itu dalam pasca moden hari ini. Semangat korban dan jihad hasruslah berkobar-kobar dalam jiwa kita setiap hari, setiap masa setiap kali jantung kita berdenyut…

SALAM PENGORBANAN!

 

 

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s