Catatan 1

Keadaan semasa...
Keadaan semasa...

Assalamualaikum w.b.t semua…

Maafkan saya kerana membuatkan saudara dan saudari sekalian ternanti-nanti akan tulisan saya. Terima kasih kepada mereka yang terus menyokong dan memberi pandangan kepada saya dalam bidang penulisan ini. Continue reading “Catatan 1”

Advertisements

Antara Jasmani dan Rohani

Aku berjaya!!!
Aku berjaya!!!

“Ya Allah, sihatkanlah badan ku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku”

Begitulah doa yang sentiasa aku doakan dalam amalan harian ku. Termaktub dalam amalan junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w yang juga telah di himpunkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna dalam Al-Mathurat. Doa dan usaha seharusnya selari termasuk dalam menjaga badan kita untuk beribadah kepada-Nya.

Alhamdulillah, sekali lagi aku telah berjaya menakluk Gunung Datok buat kali ketiga dan kali kedua dalam masa sebulan. Continue reading “Antara Jasmani dan Rohani”

Apa Erti Saya Menganut Islam ( Bahagian 2 )

Pilih mana satu? Ia menentukan jalan anda di dunia ini!
Pilih mana satu? Ia menentukan jalan anda di dunia ini!

Beberapa minggu ini, isu Palestin mendapat perhatian hangat oleh masyarakat dunia. Dunia melihat dan terpapar sendirinya ‘wajah’ sebenar Zionis Israel. Khasnya, umat ISLAM bangkit dari tidur dan lena yang panjang untuk membantu saudara mereka yang di zalimi sekarang. Namun, sejauh mana IMAN kita selari dengan pendirian kita terhadap kekejaman dunia sekarang? Continue reading “Apa Erti Saya Menganut Islam ( Bahagian 2 )”

USIM menyokong anda, wahai saudaraku!

Hidup!! Hidup!! Hidup, Palestin!!!
Hidup!! Hidup!! Hidup, Palestin!!!

Hari ini menjadi titik sejarah bagi warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila pihak pengurusan tertinggi telah menganjurkan Rapat Umum bagi Menyokong Rakyat Palestin di perkarangan Bangunan Canselori sehingga ke Stadium Tertutup USIM di Nilai, N.Sembilan. Selaku ketua pengurusan tertinggi USIM, Naib Canselor USIM, Datok Dr. Abdul Shukor B. Husin, telah menggepalai hampir 2000 warga USIM berhimpun dan berarak menyatakan pendirian tegas terhadap Zionis Israel dan sekutunya serta melancarkan tabung untuk rakyat Palestin. Continue reading “USIM menyokong anda, wahai saudaraku!”

Kami Umat Gemilang!!!

Kami menyokong anda, wahai saudaraku!
Kami menyokong anda, wahai saudaraku!

“Kamu (umat ISLAM) adalah umat terbaik yang di lahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah…” ( Ali-Imran: 110 ).

Ayat di atas membuktikan kepada kita bahawa kita umat yang terbaik, umat yang gemilang di turunkan Allah kepada manusia. Dalam isu Palestin, umat Islam bersatu menyatukan satu suara…

Umat Islam bersatu menyokong saudara-saudaranya.

Umat Islam bangun menentang kezaliman.

Umat Islam tersedar dari lamunan tidur.

Dan ini semua membuktikan kepada kita bahawa kita umat yang Gemilang dan akan terus Gemilang. Continue reading “Kami Umat Gemilang!!!”

Salam Takziah, Kak Shikin…

Kak Shikin, ok tak tu?
Kak Shikin, ok tak tu?

 

” Segala yang di atur oleh Allah s.w.t kepada kita ada Hikmahnya”

Begitulah kata-kata yang dapat saya ungkapkan apabila saya menziarahi salah seorang Ahlijawatankuasa Misi Lawatan Antarabangsa (LA) Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Kak Shikin. Pada hari Khamis malam Jumaat baru-baru ini, iaitu pada 8 Januari 2009, saya telah di kejutkan dengan satu panggilan daripada salah seorang rakan saya, juga Ahlijawatankuasa Misi LA FEM, yang menyatakan Kak Shikin accident. Saya terkejut kerana baru siang tadi saya menelefon beliau. Continue reading “Salam Takziah, Kak Shikin…”

Sebelum Bermula…

dsc00167

Ya! Malam ini kami akan mulakan misi kami. Misi besar!

Kami akan melakarkan sejarah seterusnya mengasaskan perkara baik di bumi berkah ini.

Saya dan seorang lagi rakan saya telah terlibat dengan program Rapat Umum: SELAMATKAN GAZA di Stadium Melawati, Shah Alam. Sebelum itu, kami telah berusaha menyiapkan seberapa mungkin poster bantahan kami terhadap ISRAEL LAKNATULLAH bagi menunjukkan pendirian kami terhadap mereka sangat tegas dan mereka perlu gerun bahawa pemuda-pemuda Malaysia ini akan membantu saudara seISLAM kami di bumi Palestin bagi membebaskan mereka daripada belenggu syaitan ISRAEL. Alhamdulillah, inilah sebahagian hasilnya…

dsc00168

Ini adalah bukti kami, mahasiswa-mahasiswa Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memahami dan mendalami isu ini apatah lagi isu ini adalah isu berkaitan dengan agama kita, aqidah kita! Kami akan berusaha dan terus berusaha untuk membantu saudara-saudara kami yang sedang berjuang di sana dengan apa jua bentuk bantuan dan pertolongan kepada mereka. Moga usaha yang kecil ini mampu membakar semangat mahasiswa-mahasiswa yang lain dalam isu Palestin ini.

 

 

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)