Ekspedisi Gunung Datok

dsc00118

Aku berjaya menebus kegagalanku!

Kegagalanku untuk bersama sahabat-sahabat seperjuanganku dalam menawan Gunung Datok ini. Walaupun kali ini aku tidak bersama mereka, aku bersama rakan-rakan dalam projek fakulti ku iaitu Misi Lawatan Antarabangsa, tetapi ku tetap rasakan kemanisan dan nikmat iman di puncak sana. Ketahuilah bahawa kenikmatan iman itu boleh di kecap tidak kira di mana anda berada sekiranya kita tetap di atas jalan-Nya.

“Ha! Kenapa tak datang mukhayyam(perkhemahan) lepas? Ko nie kena baiki nie..” tegur sahabat ku kepada ku. Aku sudah tunduk malu, tidak tahu apa jawapan yang patut di berikan kepada sahabatku ini. Aku tahu bahawa kesilapan ku ini adalah berpunca daripada diriku sendiri yang tidak tahu mengurus masa dengan baik. Aku bertekad! Bahkan bertekad untuk meperbaiki pengurusan harian ku agar lebih terancang dan teratur.

Ekspedisi ini telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Januari 2009, bersempena tahun baru masihi. Pada awalnya, program ini hanyalah untuk mereka yang menganjurkan pendakian ini untuk melihat atau survey tempat pendakian. Namun, apabila ada cadangan di kalangan ahli kami hendak be’rehat’ di waktu cuti, maka terbitlah idea kami untuk menggabungkan aktiviti bersama Ahlijawatankuasa Misi Lawatan Antarabangsa untuk panjat gunung. Bila sahaja persetujuan di capai, mereka terus buat persiapan dan bersedia untuk mengikuti program mendaki ini.

Apa yang penting ingin saya bawakan adalah natijah atau kesan pendakian ini ke atas diri ku. Aku merasakan bahawa diriku ini kecil dan bila-bila sahaja boleh hancur berkecai sekiranya Gunung Datok ini di hempap ke atas ku. Dalam program pendakian ini juga, turut bersama kami dalam ekspedisi ini ialah seorang Ustaz daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ustaz Hafizan. Sepanjang pendakian bersamanya, walaupun tidak lama, namun input diberikan olehnya sangat bermakna dan memberi kesan pada sanubari ku. Inilah hikmah orang beriman yang berjaya menjumpainya dan bersama-sama kongsi akan hikmah yang di beri Allah kepadanya.

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah di sebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir” ( Al-Ahzab: 21 )

dsc00121

Nah! Ambil teguran Allah ini kepada kita!!

Perumpamaan Allah meletakkan Al-Quran di atas Gunung menunjukkan kepada kita bahawa seluruh alam ini takut akan kekuasaan-Nya, takut akan kemurkaan-Nya, takut akan azab-Nya sehingga kan di ibaratkan sekiranya gunung-gunung, bukit-bukit, alam ini semuanya menerima tanggungjawab untuk menyebarkan wahyu akan tertunduk pecah kerana takut kan Allah s.w.t apatah lagi untuk menerima tanggungjawab yang besar dalam menyebarkan wahyu-Nya!

Namun kita?! Masih dalam keadaan senang lenang sambil menggoyang kaki di tambah pula hirupan air kopi di tengah petang. Kita masih di lekakan dengan budaya barat yang menyerang bertubi-tubi tanpa penyudah dalam setiap penjuru kehidupan kita. Tidak kira waktu kita bangun tidur, sarapan, makan, mandi, bekerja, semuanya di palit dengan kebudayaan barat yang total! Bahkan kita mengagungkan mereka hingga kita sendiri merendah-rendahkan tokoh-tokoh besar dalam agama kita.

Lihat isu Palestin, hingga sekarang umat Islam seluruhnya tidak bersatu untuk menyelesaikan isu besar ini, malah mereka ketepikan dan mengutamakan isu kenaikan barang, minyak naik, tetapi tiada sekelumit perasaan dalam merenung dalam-dalam diri kita! Sekadar menjadikan isu pembinaan diri sebagai aspek yang belakang dan bukan utama. Perjalanan dan pengamatan kita pada alam ciptaan Allah ini sepatutnya mengetuk pintu hati kita yang cukup keras untuk sedar akan kekerdilan kita ini, kelemahan kita ini jika mahu dibandingkan gunung-gunung yang hebat di pasak kukuh atas muka bumi ini!

 

 

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI   

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

One thought on “Ekspedisi Gunung Datok

  1. insaf lah diri..
    kita hnya makhluq y kerdil di sisi Allah swt..
    isu di palestin mybe berpunca dr sikap kita snd y tidak bersatu padu dlm menyelesaikan mslh amal dan iman..ambil iktibar dr sini dan boleh jga dr kisah kaum Tatar..tingkatkan amal ibadah kpd Allah swt,moga mndpt redhaNya…(“,)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s