Kami Umat Gemilang!!!

Kami menyokong anda, wahai saudaraku!
Kami menyokong anda, wahai saudaraku!

“Kamu (umat ISLAM) adalah umat terbaik yang di lahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah…” ( Ali-Imran: 110 ).

Ayat di atas membuktikan kepada kita bahawa kita umat yang terbaik, umat yang gemilang di turunkan Allah kepada manusia. Dalam isu Palestin, umat Islam bersatu menyatukan satu suara…

Umat Islam bersatu menyokong saudara-saudaranya.

Umat Islam bangun menentang kezaliman.

Umat Islam tersedar dari lamunan tidur.

Dan ini semua membuktikan kepada kita bahawa kita umat yang Gemilang dan akan terus Gemilang.

Namun, cukupkah setakat berdemonstrasi atau memboikot barangan mereka, Zionis Israel?

Cukupkah?

Tidak! Selagi kita tidak punya kesedaran!

Tidak! Selagi kita tidak punya iman yang mantap!

Tidak! Selagi ukhwah kita tidak mantap!

Tidak! Selagi mana kita tidak menguasai ilmu pengetahuan!

Tidak! Selagi mana dakwah kita tidak menyeluruh kepada semua manusia!

Semua itu tidak akan berlaku melainkan kita punya iman yang mantap, kesedaran yang hakiki dan penguasaan ilmu yang meluas serta dakwah yang mencakupi semua pelosok dunia. Saya melihat isu Palestin ini adalah rahmat daripada Allah s.w.t kepada kita untuk bersatu, tersedar dari lamunan tidur dan bangkit menentang kezaliman yang mana selama ini menguasai hidup kita. Satu rahmat kesedaran kepada semua umat Islam untuk kembali menghayati ajaran Islam yang benar. Dulu kita takut kerana kita merasakan kita keseorangan, namun ketahuilah wahai saudaraku bahawa umat Islam itu tidak akan keseorangan, tidak akan kesunyian malahan kita kan bertambah dan terus bertambah. Tapi, bagaimana kita mahu jadikan pertambahan kuantiti seiring dengan peningkatan kualiti insan itu?

Anda sendiri yang tahu…

Anak kecil pun tahu kemanusiaan
Anak kecil pun tahu kemanusiaan
Wakil Palestin berucap.
Wakil Palestin berucap.

 

Terus menyokong.
Terus menyokong.

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

One thought on “Kami Umat Gemilang!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s