Salam Takziah, Kak Shikin…

Kak Shikin, ok tak tu?
Kak Shikin, ok tak tu?

 

” Segala yang di atur oleh Allah s.w.t kepada kita ada Hikmahnya”

Begitulah kata-kata yang dapat saya ungkapkan apabila saya menziarahi salah seorang Ahlijawatankuasa Misi Lawatan Antarabangsa (LA) Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Kak Shikin. Pada hari Khamis malam Jumaat baru-baru ini, iaitu pada 8 Januari 2009, saya telah di kejutkan dengan satu panggilan daripada salah seorang rakan saya, juga Ahlijawatankuasa Misi LA FEM, yang menyatakan Kak Shikin accident. Saya terkejut kerana baru siang tadi saya menelefon beliau.

“Teruk ker?”  Tanya saya.

“Tak tahu la, tapi berdarah la…” jawab kawan saya.

Ketika itu dalam hati saya berdoa panjang-panjang kepada Allah s.w.t supaya beliau di lindungi Allah s.w.t daripada segala kecederaan yang parah. Sebelum ini, dua rakan saya sudah mengalami kemalangan. Kedua-duanya parah. Saya mengharapkan supaya Kak Shikin tidak parah seperti mereka. Pagi Jumaat itu, saya menelefon Pensyarah Penasihat Misi LA, Cik Huda, untuk memaklumkan kemalangan tersebut. Beliau juga terkejut dan menyatakan ingin menziarahi Kak Shikin pada petang Jumaat itu juga.

Lebih kurang 5.34 petang, saya dan rombongan ziarah Kak Shikin bersama Cik Huda bertolak menuju ke Hospital Tuanku Ja’far, Seremban. Dalam perjalanan, sempat sahaja kami membeli sedikit buah tangan untuk beliau sepanjang tempoh di Hospital nanti. Tidak lupa juga kami membincangkan idea untuk Kak Shikin mengutip dana bagi Misi LA. Kami tiba lebih kurang pada pukul 6.03 petang dan setibanya kami di sana, sudah terdapat di kalangan rakan kami yang menziarahi beliau. Alhamdulillah, tidak parah. Kami bersyukur dan gembira kerana Kak Shikin masih boleh tersenyum dengan keadaan beliau ketika itu.

Setelah sejam bersama Kak Shikin, kami mengundur diri. Ketika itu juga, rakan-rakan Kak Shikin yang serumah dengan beliau juga telah tiba. Hm, sudah tiba shift yang baru. Sebelum beredar, sempat kamu bergambar dan mengucapkan Selamat Menjalani Pembedahan dan Moga Cepat Sembuh. Oh ya, terlupa saya. Tumit kaki kanan beliau berlubang dan perlu di bedah. Beliau akan di bedah di Singapura, tempat asal beliau. Mari bersama mendoakan beliau akan cepat sembuh dan boleh kembali hidup sebagai manusia normal.

Gambar bersama Cik Huda
Gambar bersama Cik Huda

Salam Takziah, Kak Shikin. Daripada Ahlijawatankuasa LA (D’Sydney) FEM 2009.

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s