USIM menyokong anda, wahai saudaraku!

Hidup!! Hidup!! Hidup, Palestin!!!
Hidup!! Hidup!! Hidup, Palestin!!!

Hari ini menjadi titik sejarah bagi warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila pihak pengurusan tertinggi telah menganjurkan Rapat Umum bagi Menyokong Rakyat Palestin di perkarangan Bangunan Canselori sehingga ke Stadium Tertutup USIM di Nilai, N.Sembilan. Selaku ketua pengurusan tertinggi USIM, Naib Canselor USIM, Datok Dr. Abdul Shukor B. Husin, telah menggepalai hampir 2000 warga USIM berhimpun dan berarak menyatakan pendirian tegas terhadap Zionis Israel dan sekutunya serta melancarkan tabung untuk rakyat Palestin.

Seawal jam 9.00 pagi, mahasiswa bersama kakitangan USIM telah berkumpul di perkarangan bangunan Canselori dengan membawa sepanduk bantahan terhadap kekejaman Zionis Israel. Laungan takbir dan jeritan sokongan terhadap rakyat Palestin dan para pejuang yang ikhlas dalam membela tanah Palestin bergema memecah ketenangan pagi tadi.

Setelah berkumpul di perkarangan bangunan Canselori, pihak pengurusan tertinggi USIM bersama warganya mengorak langkah menuju ke tapak perhimpunan di Stadium Tertutup USIM. Laungan takbir bergema sepanjang jalan menuju ke stadium. Masing-masing dengan semangat membawa sepanduk dan karakteristik mereka dalam membantah kezaliman Zionis Israel. Kami sedia, wahai Yahudi sekalian!!!

dsc002541dsc002512

Tiba di perkarangan stadium, acara di mulakan dengan pidato daripada wakil-wakil warga USIM yang terus menyatakan pendirian tegas kami, warga USIM terhadap perbuatan binatang Israel terhadap saudara kita di Palestin. Dalam banyak ucapan, pidato daripada Datok Naib Canselor sendiri menyatakan masa depan mahasiswa akan datang. Antara isi ringkasnya yang boleh saya ringkaskan di sini ialah:

” Kamu, wahai anak-anak ku, adalah masa depan negara. Sekarang kamu bersemangat, namun pernahkah kamu terfikir bagaimana kamu di masa depan? Terfikir bagaimana kamu mahu membantu saudara-saudara kamu yang di tindas di luar sana? Sekarang mungkin kamu tidak merasakan, tetapi bagaimana dengan masa ketika itu kamu di angkat menjadi pimpinan? Adakah kamu masih begini ketika itu? Tidak! Wahai anakku! Ketika itu kamu sepatutnya telah mampu membantu mereka yang di tindas dalam bentuk material dan bukan lagi dari sokongan mahupun teriakan seperti sekarang. Kamu ketika itu sepatutnya berada di samping mereka untuk berjuang membantu mereka dan tidak lagi menyatakan sokongan kamu dari tanah yang jauh. Oleh itu, jangan bersemangat ketika ini sahaja tetapi biarlah semangat kamu itu tadi berkekalan sehingga engkau menjadi pimpinan. Kuasailah ilmu kerana kelak ia akan membantu mu ketika dalam pimpinan…”.

Datok Dr. Abdul Shukor, Naib Canselor USIM
Datok Dr. Abdul Shukor, Naib Canselor USIM

Inilah antara amanat daripada seorang bapa kepada anaknya…

Amanat seorang panglima kepada bala tenteranya…

Amanat seorang Syeikh kepada anak muridnya…

Dan, wahai rakanku, ambil lah ini sebagai pengajaran dan mari kita berdoa kepada-Nya supaya kita kekal istiqomah di atas jalan-Nya. Ameen

Penulis bersama rakan, Safuan.
Penulis bersama rakan, Safuan.

 

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

4 thoughts on “USIM menyokong anda, wahai saudaraku!

  1. Salam akhi, tahniah dapat anjurkan rapat umum seperti ini. Semoga kita tetap atas jalan ini, mengembalikan kegemilangan islam dengan memandu syabab2 kepada identiti muslim yang hakiki.. Salam perjuangan dari Kaherah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s