Apa Erti Saya Menganut Islam ( Bahagian 2 )

Pilih mana satu? Ia menentukan jalan anda di dunia ini!
Pilih mana satu? Ia menentukan jalan anda di dunia ini!

Beberapa minggu ini, isu Palestin mendapat perhatian hangat oleh masyarakat dunia. Dunia melihat dan terpapar sendirinya ‘wajah’ sebenar Zionis Israel. Khasnya, umat ISLAM bangkit dari tidur dan lena yang panjang untuk membantu saudara mereka yang di zalimi sekarang. Namun, sejauh mana IMAN kita selari dengan pendirian kita terhadap kekejaman dunia sekarang?

Dalam keluaran yang lepas, seperti yang saya janjikan, saya akan cuba menelaah dan berkongsi bersama dengan saudara sekalian atas nukilan ulama’ dan da’i al-haq di atas jalan-Nya, Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan, dalam bukunya Maza Ya’ni Li Intima’il Islam ( apa erti saya menganut ISLAM? ). Saya hanya meringkas dan memudahkan pembacaan saudara sekalian sahaja. Tiada tokok tambah melainkan saya melakukan kajian bersama para ulama’ yang pakar dalam bidang ini.

Tulisan yang lepas, kita telah bincang bahagian satu yang berkaitan dengan aqidah dan dalam bahagian ini saya telah meringkas satu ‘point’ dari 19 perkara asas dalam bahagian aqidah. Kali ini, insyaALLAH, saya akan meringkaskan dan berbincang bersama dengan saudara sekalian.

“Saya mestilah mengimani dan menyakini bahawa Allah s.w.t tidak menciptakan alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja kerana perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan”

Allah itu menciptakan dunia, bahkan makhluk di seluruh semesta ini adalah ciptaan Allah s.w.t. Kita telah lihat betapa cantik, tersusun dan sempurnanya ciptaan Allah ke atas dunia ini. Malah, semua ciptaan Allah itu mempunyai tujuan tersendiri dan kadang-kadang kita tidak tahu apakah tujuan ciptaan itu kepada kita melainkan Allah s.w.t.

Mari kita lihat lalat dan perhatikan dalam-dalam. Mungkin antara kita ada yang bertanya:

“Bermanfaatkah lalat ini kepada kita. Aku tengok macam tak ada jer, bawa kotor adala…”

Seterusnya kita menyangka lalat ini tidak punyai manfaat kepada kita dalam kehidupan. Tidak! Ketahuilah Allah itu tidak cipta perkara-perkara yang sia-sia untuk kita. Dalam pemerhatian saya, saya melihat keupayaan lalat untuk mengesan bau busuk juga punyai faedah dalam kehidupan kita. Apabila longgokan sampah di rumah kita yang sudah melimpah serta di hurung lalat, maka sedarlah akan kita bahawa sampah itu dah penuh dan mengeluarkan bau yang tidak menyelerakan hidung kita. Bangun dengan sendirinya peghuni rumah itu untuk membuang sampah yang sudah penuh. Jika tidak ada lalat, atau bau busuk itu tadi tidak ‘memberi kesan’ terhadap kita, adakah kita akan membuangnya? Mungkin sampah itu akan penuh satu rumah pula!

Lihat! Hanya seekor lalat mampu memberi kesan terhadap kehidupan kita walaupun hanya sedikit. Apatah lagi sekiranya ciptaan Allah yang besar-besar seperti lautan, gunug-ganang dan sama waktu dengannya. Banyak lagi ciptaan Allah yang kita tidak tahu tujuan ciptaannya melainkan kita melakukan kajian yang terperinci ke atas ciptaan-Nya.

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan di kembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia” ( Al-Mukminun: 115-116 ).

Oleh itu, dalam diri kita perlu ada rasa rendah diri atau tawaddhu’ atas ciptaan-Nya. Jangan ujub, riak, takabbur dan bangga diri dengan kelebihan kita. Kesedaran terhadap kekuasaan  PENCIPTA dunia ini sebenarnya dan sepatutnya meningkatkan iman kita dan ubudiah kepada-Nya. Akhirnya, kita sebagai hamba-Nya akan punyai aqidah yang mantap dan utuh serta tidak mudah runtuh pegangan kita apabila di‘serang’ dari pelbagai arah serta keadaan yang berlainan fahaman dengan aqidah kita.

WaALLAHua’alam

Rujukan:-

1. Al-Quran dan terjemahannya.

2. Maza ya’ni Li intima’il ISLAM (Apa Erti Saya Menganut ISLAM)

 

mohd-nor-adzim

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

                                             UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

4 thoughts on “Apa Erti Saya Menganut Islam ( Bahagian 2 )

  1. salam.buku yang menarik.digunakan untuk usrah.
    memberi banyak pengetahuan bagi memantapkan lagi hamba ALLAH ini yang hina lagi dusta.diharap agar buku ini dijadikan sebahagian dalam P&P pelajar2 sekolah rendah terutamanya.

    1. Maaf akhi, ana xberapa perasan anta la..
      Ramai sangat kenalan ana nie…
      Tidak mengapa, kita kan bersaudara, saling kenal mengenali. Ukhwah di mana-mana shj boleh didapati..

      1. subhanAllah akhi,

        tidak mengapa, tidaklah wajib pun enta mengetahui kewujudan ana, tapi cukuplah kalau ana khabarkan, kita pernah berjumpa beberapa kali semasa program ISMA NS. kalau masih ingat nama ana, mohd azmir, dari sydney

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s