Antara Jasmani dan Rohani

Aku berjaya!!!
Aku berjaya!!!

“Ya Allah, sihatkanlah badan ku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku”

Begitulah doa yang sentiasa aku doakan dalam amalan harian ku. Termaktub dalam amalan junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w yang juga telah di himpunkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna dalam Al-Mathurat. Doa dan usaha seharusnya selari termasuk dalam menjaga badan kita untuk beribadah kepada-Nya.

Alhamdulillah, sekali lagi aku telah berjaya menakluk Gunung Datok buat kali ketiga dan kali kedua dalam masa sebulan. Segala kekuatan dan keinginan itu hanya datang daripada Allah s.w.t kepada ku. Pada 17 Januari 2009 lepas, aku telah menyertai Ekspedisi Gunung Datok yang di anjurkan oleh AJK Penajaan, Misi LA FEM buat kali pertama kepada warga USIM. Aku sebagai urusetia yang bertugas membantu mereka dalam mengendali peserta-peserta yang menyertai ekspedisi tersebut. Seramai 45 orang warga USIM, terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi telah menyertai ekspedisi tersebut. Tidak lupa juga kepada Pensyarah kami, En. Asharaf sebagai Pegawai Pengiring dan juga Pegawai Penasihat Misi LA FEM 2009 juga menyertai ekspedisi tersebut.

Aku tidak mahu bercoleteh panjang tentang pendakian ini tetapi mungkin satu renungan bersama untuk kita hayati dalam kehidupan kita sebagai hamba-Nya. Antara jasmani dan rohani… Kita harus tahu bahawa kedua-duanya penting dan harus di titik berat oleh setiap insan. Terkadang kita lupa bahawa badan kita ini di perlukan untuk beribadah kepada-Nya dan bukan hanya melakukan kerja harian di tempat kerja masing-masing atau di universiti. Terkadang kita lupa bahawa pengisian rohani juga penting dalam mengisi ‘kekosongan’ yang ada dalam hati kita. Ini semua mesti di perhatikan dan diamalkan secara bersama.

Mereka bangun kerana-MU...
Mereka bangun kerana-MU...

“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap, dan mereka menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka” ( As-Sajadah: 16 ).

Amalan rohani ini akan menyeimbangkan kekuatan rohani dan jasmani bagi setipa insan. Hal ini akan menjadikan jiwa dan badan orang-orang yang melakukan kedua-dua amalan ini, khususnya orang mukmin yang memahami tuntutan amalan ini akan menjadi kuat dan berdaya saing. Badan yang kuat akan menjadi benteng fizikal bagi setiap keadaan yang akan di hadapi oleh orang mukmin, tidak kira waktu peperangan, kemarau, banjir besar, semua itu akan dapat di harunginya dengan mudah apabila fizikal itu kuat.

Rohani yang mantap akan membina jati diri orang mukmin itu kental dan tidak mudah mengalah pada setiap ujian yang menimpa mereka. Keyakinan mereka dan kebergantungan mereka kepada Allah akan menjadi sumber kekuatan mereka ketika mereka lemah dan di uji dengan ujian yang tidak di sangka-sangka. Jiwa mereka kuat!

Aku mahu menjadi seperti ini, dan kita seharusnya mesti menjadi mukmin seperti ini. Jasmani dan rohaninya mantap. Aku berharap semua di kalangan kita mampu melakukannya terutama kepada ku. Oleh itu, perkara ini menjadi titik tolak untuk ku bangun dan membersihkan diri untuk menjadi mukmin yang mantap jasmani dan utuh rohaninya. Ameen…

 

 

mohd-nor-adzim1MOHD NOR ADZIM B. SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

                                             UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM

5 thoughts on “Antara Jasmani dan Rohani

  1. i.ALLAH, beritahu masa, tarikh dan jumlah peserta nak ikut. Ana akan bawa anta sampai atas sana nanti, i.ALLAH…

  2. “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah….” (Hadis Riwayat Muslim)

    Developing strength is what muslims should concern to themselves..

  3. “Ketahuilah wahai saudaraku bahawa yang dimaksudkan berzikir itu bukanlah cukup hanya dilafazkan sahaja.Bertaubat adalah zikir,bertafakkur merupakan mcm zikir yang paling tinggi,mencari ilmu termasuk berzikir,mencari rezeki bila baik niatnya kerana Allah juga termasuk zikir dan semua aktiviti yang dilakukan dalam rangka mendapat keredhaan Allah maka itu merupakan zikir…”-hasan al-banna.

    Pengisian yang mnarik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s