Catatan 1

Keadaan semasa...
Keadaan semasa...

Assalamualaikum w.b.t semua…

Maafkan saya kerana membuatkan saudara dan saudari sekalian ternanti-nanti akan tulisan saya. Terima kasih kepada mereka yang terus menyokong dan memberi pandangan kepada saya dalam bidang penulisan ini.

Sejak dua minggu lepas, kesihatan saya agak merisaukan saya kerana masuk hari ini, saya masih demam. Namun, alhamdulillah, keadaan sudah semakin pulih dan tenaga sudah kembali untuk membantu-Nya di dunia ini. Mungkin saya boleh coretkan di sini selain daripada saya menulis makalah-makalah yang berilmu seperti yang saya canangkan dalam laman maya saya ini.

Seperti yang anda maklum bahawa tentera HAMAS telah memperolehi kemenangan ke atas Zionis Israel yang memncerobohi Gaza selama 22 hari dari tarikh 27 Disember 2008. Ketakutan dan kebaculan Israel terserlah kerana mereka hanya mampu membunuh orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita sahaja. Sedangkan kekuatan tentera HAMAS tidak terusik dan mereka hanya mampu mengorbankan seramai 50 orang tentera HAMAS daripada ribuan tentera HAMAS. ALLAHUAKBAR!

Selain itu, kesedaran ummah terutama umat ISLAM telah menular ke seluruh dunia di atas tindakan kejam Zionis Israel kepada takyat Palestin. Bantuan terus menerus di sumbangkan oleh masyarakat dunia dan tidak terkecuali kita, Malaysia. Setakat yang saya tahu, pertubuhan Aman Palestin Malaysia Berhad telah berjaya membawa masuk pelbagai ubat yang bernilai hampir 100 000 ribu ringgit malaysia kepada rakyat Palestin. Tambahan pula, semalam, pertubuhan tersebut juga sedang berusaha untuk membawa masuk ‘regenarator’ yang berfungi sebagai pembekal elektrik ke Gaza kerana bekalan elektrik yang terputus di Gaza dan telah menyukarkan pihak perubatan untuk melakukan tugas mereka. Mari bersama kita doakan kesejahteraan saudara-saudara kita di sana…

Pada minggu lepas juga merupakan minggu demam seUSIM kerana ramai kawan saya yang demam dan tidak mampu untuk ke kuliah serta tutorial kerana penyakit ini. Saya juga terkena. Para pensyarah juga tidak terelak daripada di jangkiti ‘virus’ ini. Ada yang disuspek denggi dan ada juga yang disuspek ‘Chikungunya’… Hmmm, saya pun tak tahu nak tulis macam mana. Mungkin ini adalah anugerah Ilahi kepada kita untuk memadam dosa-dosa kecil yang pernah kita lakukan dahulu. Ketahuilah wahai kawan-kawanku, sakit bukan bermakna kita ini bermasalah tetapi Allah mahu memberi peluang kepada kita untuk melihat kembali dalam diri kita akan ketaatan dan kepatuhan kita kepada-Nya. Sejauh manakah kita taat kepada-Nya?

Selain itu, projek saya iaitu Misi LA FEM 2009 telah di hempap dengan pelbagai masalah dan dugaan pada minggu lepas. Pada mulanya, bajet yang sepatutnya dikumpulkan oleh kami hanyalah RM 80K sahaja tetapi telah meningkat ke RM100K kerana krisis ekonomi dunia sekarang. Tambahan pula, kos pengangkutan yang sepatutnya percuma untuk kemudahan pelajar ke program-program yang dianjurkan juga di kenakan bayaran berdasarkan jarak destinasi program. Namun, apabila saya berjumpa dengan AJK Misi LA FEM 2009, terpancar ketenangan dan kesanggupan mereka untuk menghadapi ujian yang penuh perit ini. Segala usaha yang anda lakukan, insyaALLAH, akan membuah hasilnya asalkan niat kita kerana Allah s.w.t.

 Oleh itu, mari bersama berdoa untuk kesejahteraan dan kebaikan khususnya kepada umat Islam supaya mereka tersedar dari mimpi yang panjang serta bangkit bersama dan bersatu dalam satu berisan yang utuh seperti yang telah di rencanakan oleh Baginda s.a.w kepada para sahabat r.anhum.

 

 

mohd-nor-adzim2MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

                                             UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

5 thoughts on “Catatan 1

  1. salam…kini penularan demam disebabkan nyamuk semakin rancak…diharapkan semua semakin mengambil langkah2 berjaga2…misi LA FEM 2009 tu apa??alhamdulillah,hamas dah menang…semoga kemenangan ini x melekakan kita…semoga pengisian kpd kemenangan masih lagi diteruskan…apa yg terjadi kpd saudara kita d palestin sudah menjadi kewajipan kpd kita utk ambil tahu dan bersama merasai kesusahan mereka….so,truskan memboikot n amalkan qunut nazilah…

  2. jazakaALLAHu khoiran kasiran kpd saudara-saudari sekalian kerana mengambil berat ttg sy. Bagi peacemaker, Misi LA FEM merupakan projek bagi mahasiswa tahun 2, fakulti ekonomi dan muamalat (fem) utk mengadakan Lawatan Antarabangsa(LA) ke luar negara. Pada thn ini, insyaALLAH, kami akan ke sydney, australia… Anda boleh layari laman rasmi Misi LA FEM ini di http://internationalvisitfem.blogspot.com.

    terima kasih atas sokongan anda semua…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s