Debaran semakin berakhir…

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Hari yang ditunggu-tunggu semakin tiba. Usaha yang telah dikerahkan selama ini akan diketahui jua hasilnya. Doa yang sudah dipanjatkan selama ini kepada-Nya akan di ketahui makbulnya jua. Perjuangan panjang yang di tempuhi akan meniti pengkakhirannya tidak lama lagi. Esok, akan kita tahu apakah yang kita akan perolehi selama ini… Esok, akan kita tahu di mana tempat yang akan ditujui pada masa depan.. Maka, tabahkan hatimu semua untuk menghadapinya…

Pemuda,

Ini merupakan detikmu sebelum engkau melangkah ke satu zaman yang baru selepas zaman persekolahan mu dahulu berakhir. Zaman dahulu kan menjadi sejarah dan akan meninggalkanmu bersama seribu jenis kenangan yang kau tempuhi dahulu. Ketika itu, engkau belajar, kau berjalan dan juga engkau melihat serta menimba pengalaman daripada mereka yang cukup berpengalaman. Sekarang, sudah tiba engkau pula menggunakan segala pengalaman yang engkau perolehi itu tadi untuk digunakan dalam kehidupanmn. Ketahuilah, ketiaka inilah segala ujian akan datang ‘bertemu’ mu, tidak kira dari bawah, atas, kanan ataupun kiri. Ketahuilah, walau apapun keputusan yang engkau perolehi, terimalah seadanya dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.

Pemuda,

Bukan bermakna engkau gagal sekali, akan gagal selama-lamanya. Tuhanmu, Allah s.w.t, menjanjikan kepadamu apabila engkau hadapinya dengan tidak bersedih dan tidak berputus asa dengan rahmat-Nya, ketahuilah bahawa rahmat-Nya akan melimpah-limpah ke atasmu tanpa disangka-sangka..

Pemuda,

Aturkan langkahmu dan thabat di atas jalan-Nya. Jangan sesekali engkau berpatah balik atau undur langkahmu ke belakang. Tapi, jadilah seperti arus sungai yang deras menuju hilirnya, walau apa rintangan yang di hadapinya. Jadilah seperti singa yang garang dan berani di rimba bagi menegakkan kalimah-Nya di atas muka bumi ini. Dan, jadilah engkau mukmin yang sejati dan hakiki di dunia ini…

Pemuda,

Aku sentiasa mendoakan kejayaanmu di dunia dan di akhirat, juga aku doakan engkau istiqamah di aras jalan-Nya…..

Daripada saudara seperjuanganmu…

Kepada semua calon SPM 2008 di Malaysia yang akan menerima keputusan esok…

One thought on “Debaran semakin berakhir…

  1. kegagalan arini jadikan pedoman mhari esok supya masa depan ader matlamat yang hendak digapai..tapi itukah diri kita sekrg..???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s